Jawapannya tiada. TIADA.
Yang ada ialah kalimah Eli. Apa itu Eli?
Dalam Matthew 27:
"From the sixth hour until the ninth hour darkness came over all the land. About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, "Eloi, Eloi, lama sabachthani?"
"Eli, Eli, lama sabachthani?" dalam Bible King James -- "My God, my God, why have you forsaken me?" ( Matthew 27:45-46, NIV)
Eli, Eli, lama sabachthani adalah ungkapan dalam bahasa 'Aramaic'.
Dalam Old Testament, 'Eli, Eli lama sabachthani' dicatit sebagai:
"My God, my God, why have you forsaken me? Why are you so far from saving me, so far from the words of my groaning?" ( Psalms 22:1-2, NIV)
Tiada kalimah Allah di sini, dan dirujuk sebagai 'Bapa':
"And he went a little further, and fell on his face, and prayed, saying, O my Father, if it be possible, let this cup pass from me: nevertheless not as I will, but as thou [wilt]. " ( Matthew 26:39)
" For he hath made him [to be] sin for us, who knew no sin; that we might be made the righteousness of God in him." ( 2Corinthians 5:21)
Dalam Luke 23:46 tercatit:
"And when Jesus had cried out with a loud voice, He said , 'Father, into Your hands I commit My spirit.' Having said this He breathed His last."
Bayangkan kalau ayat di atas diterjemahkan (secara umumnya) sebagai:
"Dan kala Jesus merintih dengan suara yang kuat, dia berkata, 'Allah Bapa, pada tangan-Mu aku menyerahkan jiwaku (rohku). Selepas mengatakan sedemikian dia menghembuskan nafas terakhir."
Terdapat dakwaan bahawa masyarakat Kristian di negara Arab, dan Indonesia menggunakan kalimah Allah dalam, Bible mereka. Sekarang, biar saya jelaskan dengan cara paling mudah mengapa ini berlaku (tetapi tetap dalam ingatan saudara bahawa dalam Bible asal tiada kalimah Allah seperti yang telah saya buktikan di atas.)
Dalam novel saya 'Tuhan Manusia', yang memang dibenci dan tidak disukai oleh kumpulan liberalis saya menuliskan bahawa ketua Theosofische Vereeniging Hindia Belanda, D Van Hinloopen Labberton, pada majalah Teosofi bulan Desember 1912 menyatakan:
‘Kemajuan manusia itu dengan atau tidak dengan agama? Saya kira bila beragama tanpa alasan, dan bila beragama tidak dengan pengetahuan agama yang sejati, mustahil bisa maju batinnya. Tidak usah peduli agama apa yang dianutnya. Sebab yang disebut agama itu sifatnya: Cinta pada sesama, ringan memberi pertolongan, dan sopan budinya. Jadi yang disebut agama yang sejati itu bukannya perkara lahir, tetapi perkara dalam hati, batin. Sepintas, ajaran-ajaran itu tampak indah. Padahal, ajaran-ajaran itu sebenarnya racun halus yang secara perlahan merosakkan keimanan seorang Muslim. Seorang Muslim yang menganut paham semacam itu, akan tidak terlalu peduli dengan konsep-konsep teologi agamanya sendiri, demi tujuan 'persaudaraan' kemanusiaan.’
Tuan-tuan, Kristian ada dua mazhab. Iaitu mazhab Katolik dan Protestan. Katolik mempunyai banyak persamaan dengan mazhab syiah dalam Islam. Mazhab Protestan, banyak persamaan dengan mazhab ahlus sunnah wal jamaah.
Evangelis cabang kecil dari Protestanisme, mempunyai satu ciri iaitu memperibumikan misi agama Kristian di negara eksotik. Contohnya, di Afrika, unsur-unsur peribumi diraikan. Maka potret Jesus boleh sahaja berkulit hitam. Pada tahun 1938, konferensi Kristian di Madras, India memutuskan Kristian harus menjalankan 'indigenisasi' (mentempatankan Kristian) di mana bentuk pemikiran, modus operandi, tabiat harus akrab dengan lingkungan tetapi dalam masa yang sama kepatuhan kepada gereja harus berakar kukuh.
Di Korea, maka Bible akan diberikan citarasa Korea. Di Lubnan, maka citarasa keAraban akan turut dititikberatkan. Di Sandakan, maka ciri-ciri tempatan akan disuntik.
Pada tahun 1972, The Theological Educational Fund yang didanai World Council of Churces menerbitkan laporan Ministry in Context iaitu bagaimana melakukan indigenisasi ini, Paderi James o Buswell pada volume VI menghuraikan indigenisasi itu ialah, 'to make gospel intelligible in the idiom of the language and culture of the receiver.'
Faham atau tidak takrif indigenisasi di atas?
Maka tidak hairanlah di Indonesia atau di Sudan, Bible memasukkan kalimah Allah untuk memperibumisasikan Kristian. Untuk menawarkan citarasa 'tempatan'. Kerana secara dominannya di Indonesia dan Sudan, Allah dirujuk sebagai Tuhan.
Dalam masa yang sama, Islam yang ditawarkan wahabi mencegah peribumisasi pada Islam dengan alasan bid'ah, tahyul dan sebagainya. Maka maulud nabi dilarang, membaca yassin pada malam Jumaat ditegah, tawasul dan tabaruk dikatakan syirik dan sanjungan untuk wali Allah dipandang cabul sehingga tarekat pun dipandang sesat. Perlahan-lahan Islam menjadi agama keras, tidak menarik, dan tidak serasi dengan unsur tempatan. Islam dilihat sebagai agama orang Arab. Ruang untuk berkembang tertutup. Perlahan-lahan Islam yang ada menjadi Islam yang sangat legalitas sifatnya. Islam atau tidak orang dinilai dari janggut panjang atau tidak, dari cara mengangkat takbir dan macam-macam lagi. Maka di Indonesia, atau di beberapa tempat lain, Kristian terlihat lebih istimewa berbanding Islam.
Sedangkan tuan-tuan, strategi indigenisasi ini mula-mula sekali dipelopori oleh Islam menerusi ayat al-Quran: 'Tidaklah Kami utus seorang rasul kecuali dengan bahasa kaumnya, supaya ia menjelaskan kepada mereka.' (14:4)
'Bahasa' dalam ayat suci di atas mempunyai lapis makna yang terperinci. Salah satunya ialah kontekstualisasi. Islam yang tiba di Jepun misalnya harus mengambil kira peribadi, atau perangai orang Jepun. Wali Songo yang mendakwahkan orang Jawa memahami strategi ini, maka tidak hairanlah Islam berkembang di Nusantara secara umumnya secara aman, dan bukan dengan cara pertumpahan darah.
Tuan-tuan, kembali kepada kalimah Allah. Allah dalam Kamus Dewan (halaman 37) dinyatakan sebagai: Tuhan (Yang Esa). Kalau Allah diterima penggunaannya oleh penganut Kristian, entri terbaharu Kamus Dewan mungkin perlu menimbangkan misalnya definisi baharu berbunyi: Tuhan (Yang Esa) untuk orang Islam, tetapi Allah juga merupakan Bapa kepada Jesus (Isa al Masih).
Naud'zubillah.
Akhir sekali Allah berfirman dalam surah al Kahfi ayat 4 dan 5: "Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."
“Pada ayat lain Allah berfirman lagi: Mereka berkata, Allah Yang Pemurah itu memiliki anak. Katakanlah sungguh telah kalian kemukakan sebuah penghinaan yang dahsyat! Hampir-hampir langit terbelah kerananya, bumi membelah dan gunung-ganang berhamburan." Ini difirmankan Allah dalam surah Maryam ayat 88-90.
Jelaslah kalimah Allah bukanlah suatu kalimah yang dapat dikongsi atas alasan apa sekalipun.
Untuk memahami strategi halus Kristian untuk menyamaratakan agama, saya ingin menjual novel saya berjudul Tuhan Manusia kepada tuan-tuan. Saya melakukan kajian yang lama untuk menulis novel tersebut dan mendapati terdapat banyak cara dan kaedah Kristian untuk memamah agama kita. Saya tidak bimbang dimarahi kumpulan liberalis, mahupun mereka yang taksub kepada pemimpin PAS tertentu. Esok, setelah kita semua mati, generasi baharu perlu berdepan dengan kesalahan, kenyanyukan, keterlanjuran dan kekeliruan hari ini. Kita telah tiada lagi untuk menjelaskan dan menolong jawab. Dan kesalahan itu akan terus berlaku, seperti mana hari ini Islam yang kita terima telah banyak dipesongkan, sehingga Rasulullah saw sendiri berasa sedih sebelum wafatnya.
Dan jika benar, PAS jujur dalam isu ini, ada baiknya PAS bertegas dengan PKR kerana aktivis gereja yang melancarkan kempen Allah For Christian ialah Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.
Banyak cara misi Kristian memamah kita, salah satu caranya menyamaratakan 'tuhan'.
Sumber Asal : http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/03/allah.html
HARAP ARTIKEL INI DAPAT DIMANFAATKAN SAHABAT BPN UNTUK DISEBAR DALAM BLOG MASING MASING.
AGAR MASYARAKAT TIDAK AKAN TERKELIRU LAGI DENGAN MAINAN POLITIK YANG INGIN MENGGUNAKAN NAMA ALLAH SEBAGAI GANTI TERJEMAHAN GOD YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN AKIDAH ANAK ANAK KITA MASA AKAN DATANG.
MARI KITA SEBAR DAN JELASKANNYA DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA KITA.
9 ulasan:
Ramai pasti setuju dgn pandangan Taib MP Baling bahwa panggilan Allah itu adalah hak ekslusif utk org Melayu beragama Islam negara ini.
Yg aku tak setuju ialah jemaah BPN yg seolah-olah mempertahankan hak ekslusif panggilan Allah itu, tetapi gaya tulisan tidak mencerminkan menghormati Allah. Cercaan, makian dan mencarut menjadi bahasa basahan mereka dlm blog ini. Begitu juga bila bercakap tentang hudud, mereka seperti bercakap senada dgn pemimpin-pemimpin Umno yg tidak menyenangi hudud itu.
Jika hendak mempertahankan Allah, kita sepatutnya bukan setakat mempertahankan panggilan namaNya sahaja, tetapi juga keseluruhn perintah dan ajaranNya, termasuk dlm soal hudud ini.Org Kristian di Indonesia memanggil Tuhan mereka Allah, tetapi tidak mengikut perintahNya. Janganlah berjalan dalam lorong yg sama seperti mereka, walaupun destinasi berbeza.
salam
Anonymous, Saturday, March 07, 2009 kata...
.....pandangan Taib MP Baling bahwa panggilan Allah itu adalah hak ekslusif utk org Melayu beragama Islam negara ini.
Bila pulak MP Baling kata "...hak ekslusif utk org MELAYU... ???
Janganlah mengelirukan umat Islam pulak !!! & memfitnah MP Baling pulak.
Ayat tu bunyi macam bukannya Islam yg berbicara tapi macam umNO je.... .
Gerakan kristian di Malaysia.....bukan setakat Jefry malahan Joseph Pairin Kitingan turut merupakan orang besar di dalam gerakan kristian di Malaysia dan Asia tenggara...satu PKR supporter yang abangnya BN supporter.....boleh tanya Mufti Perak...tentang melayu murtad...dakwaannya lebih daripada 250 ribu melayu sudah murtad........apakah hukum orang yang murtad?? setakat penjara? denda? sebatan? ISA? setujukah panglima? Atau pun kerajaan UMNO-Barisan Nasional laksanakan hukum Islam secara total dan mutlak......bagaimana?Jalan penyelesian adalah melaksanakan hukum Allah secara total.....
Cukupkah sekadar bercerita tentangnya......bolehlah tanya IFC....tidak pun tanya Sister In Islam.....tentu mereka ada jawapannya....kalu tidak pun bolehlah bertanyakan sendiri dengan datuk Mufti Perak.....siapakah orang penting disebalik gerakan ini.....tentu menarik....
Buat abg mie terjah....tak ada kerja lain...semoga panglima dapat nasihatkan abg kita nie....minat betul kat elizebeth wong....kalu suka tengok cerita lucah...bawak-bawaklah bertaubat......
Salam UMNO NET,
Saya ada menulis artikel yang bertajuk 'Sampai Masa UMNO Laksanakan Hudud - suara akar umbi 'di blog saya yang ditulis pada 09/01/2009
sila lawati www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
Buat amirhamzah64...sdr saya ragui umno akan melaksanakan hukum hudud...lihat kenyataan kepimpinan umno ini.....(saya sudah melawat blog anda)....
Mengenai isu hudud, antara yang saya jumpa adalah beberapa kenyataan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan juga kenyatan Najib, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud - amaran Dr Mahathir dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejambatu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan bolehmeneruskan kerja - kenyataan Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja - kenyataan Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992
Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan - kenyataan Dr Mahathir , temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama- ucapan Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah
Jadi bagaimana amirhamzah64...mampukah umno melaksanakan hukum ini...namun idea anda memang baik...
Terima kasih saudara Amir Hamzah64 atas semangat saudara membela agama kita dan juga nama Tuhan kita dari disalahguna sesetengah pihak.
Dalam hal ini jangan kita cuba pula membiarkan ia digunakan oleh bangsa lain yang beragama tidak sama dengan agama kita. Seperti dua orang Ahli Parlimen yang semua sudah tahu dari parti Islam SeMalaysia yang tidak kisah Allah dibenarkan diguna oleh mereka yang beragama Kristian di Malaysia.
Tujuan kita mendedahkan artikel tulisan orang PAS di atas demi menunjukkan ia perkara yang boleh disepakati oleh kita semua antara penyokong sebelah Umno dan Pas.
Kita perlu mencari titik perpaduan bukan mencari titik pertikaian termasuk membesarkan soal soal yang boleh dikategorikan bukan dalam urusan yang di bawah kuasa kita.
Adakah kita sebagai orang biasa mampu laksanakan hukum Allah jika hukum hukum lain pun kita lalai dan tidak patuh ?
Seperti hukum berbaik sangka sesama manusia, hukum agar jangan mencari salah saudara seagama, hukum jangan mengumpat, hukum jangan menjadikan musuh agama sebagai teman rapat, hukum mendoakan orang agar berubah, hukum memupuk perpaduan antara sesama Islam ?
Setiap perbuatan kita atau amalan memang tidak terlepas dari hukum samada wajib, sunat,makruh,harus atau haram.
Jika perkara inipun kita masih gagal maka apakah ada jaminan di sana ada ketelusan dalam melaksanakan hukum Allah yang kita war warkan ?
Adakah perjuangan Nabi dalam berdakwah di Mekah bermula dengan pelaksanaan Hudud atau ia disudahi dengan hudud selepas akhlak dan iman sahabat mencapai piawaian yang dikehendaki oleh Allah ?
Jika mereka dapat buktikan hari ini bahawa Nabi membawa hukuman hudud sebagai cara mengubah masyarakat pada peringkat awalnya, maka sudah pasti negara kita sudah lama melaksanakan dasar tersebut.
Bukankah hudud pernah ditangguhkan di zaman sahabat yang memerintah kerana berlaku sesuatu yang menjejaskan pencarian rezeki mereka hingga menjadikan banyak kes kecurian berlaku kerana faktor tersebut ?
Islam bukan terbina atas hukuman tetapi menggunakannya sebagai benteng selepas siap dan selesai proses tauhid tasauf dan syariat dijana dan dipraktikkan dalam masyarakat Madinah yang menjadi model kepada pemerintahan ulung Islam di seluruh dunia.
Sebagai bukti, adakah hudud di Saudi sekarang mampu mencegah penduduknya dari melakukan maksiat ? Sedangkan mereka dengan bebasnya berpoya poya di tanah luar Saudi seperti di Thailand, Indonesia bahkan di Malaysia sendiri ?
Sedangkan ketika hudud dilaksanakan zaman Nabi, pesalah datang mengaku dosa mereka bukan mereka diburu atau dicari agar dihukum oleh Nabi !!!!
Keimanan yang tinggi mendorong mereka akur dengan hudud.
Jika dilaksanakan zaman sekarang dengan situasi terlalu teruk ini maka kita akan melihat masyarakat akan semakin rosak kerana pendekatan yang kita pakai tidak sama dengan yang pernah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w
Perlaksanaan yang silap dalam waktu yang salah akan memburukkan bukan membaiki situasi tersebut.Apabila kita memahami asas asas pembinaan masyarakat Islam dari Mekah ke Madinah baru kita akan sedar bahawa Islam mengajar kita dengan nasihat dan kesedaran, bukan atas kekejaman undang undang atau kekerasan.
Jika tidak ia tidak ubah seperti kita menghukum anak tidak solat sedangkan anak belum lagi diberi kesedaran ilmu solat dan juga cara menunaikan solat dengan betul seperti yang digariskan oleh agama Islam.
Moga kita memahami dan menyerahkan urusan Hudud ini kepada pemerintah / kerajaan dan mendoakan agar proses mengembalikan fitrah sebenar manusia akan tercapai dengan kembalinya ulama ke medan mendidik umat tanpa mencampuri urusan politik yang sepatutnya diurus oleh umara, sehingga kita akan dapat melihat kembali situasi Islam semakin subur dan mekar di akhir hayat dunia yang semakin tamat ini.
Salam Maulid Nabi dan bersempena peristiwa agung tersebut marilah kita sama sama banyakkan selawat tanda terima kasih kepada Nabi kita yang menjadi sebab sebagai pemberi nikmat Islam yang mana tanpa baginda tentu kita tidak akan mampu menyembah Allah seperti yang dikehendakiNYA.
Agar hati hati kita akan kembali bersih dan semakin mudah menilai manakah yang benar dan mana yang batil di dalam perjuangan kita pada hari ini.
Salam UMNO NET,
Sebagai umat Islam kita mesti ada niat dan kehendak untuk melaksanakan hukum Allah yang tercatat di dalam Al-Quran walaupun 100 tahun lagi.
Buat masa ini disebabkan UMNO dan BN yang berkuasa di peringkat Persekutuan maka tanggung jawab itu terletak di tangan pemimpin-pemimpin Islam yang sedang berkuasa.
Pada masa ini memang tiada desakan daripada akar umbi UMNO agar Hudud ini dilaksanakan oleh UMNO. Kehendak dan keinginan ini tidak datang daripada akar umbi apatah lagi daripada pemimpin-pemimpinnya.
Kekuatan UMNO adalah kekuatan akar umbi.Jika pemikiran akar umbi berubah nescaya satu hari nanti perkara ini akan mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin tertinggi. Jawapan saudara berkenaan dengan ucapan-ucapan Tun Mahathir dan DS Najib itu bukanlah jawapan mutlak penolakan UMNO kepada hudud.
Pemimpin datang dan pergi, generasi UMNO berubah dan UMNO itu dinamik sifatnya.Sekali air bah sekali pantai berubah. Insyallah suatu hari nanti mungkin ada usaha-usaha baik walaupun hanya peringkat kajian perlaksanaan dilakukan.
Bijak pandai agama, Mufti atau pihak pengurusan dan pentadbiran agama boleh mencadangkan dari masa kesemasa kepada pemimpin-pemimpin kita selain kesedaran tinggi ahli-ahli UMNO akar umbi.
Mari kita sama-sama doakan agar Hudud Allah ini dilaksanakan di bumi Malaysia walaupun kita tiada lagi di alam nyata ini.
terima kasih
Salam Panglima Perang Cyber,
Terima kasih atas penerangan saudara. Saya faham Hukum Allah ini adalah satu hukum yang adil kepada seluruh umat manusia.
Saya setuju tentang kesesuaian masa dan ilmu serta tidak kesediaan perlaksanaan hudud di Malaysia ini ditangguhkan. Prinsip undang-undang ialah biar kita melepaskan orang yang bersalah daripada kita tersalah hukum orang yang tidak bersalah.
Saya yakin suatu hari ini hukum ini akan tertegak juga di bumi Malaysia selagi ada keyakinan tinggi bahawa hukum ini jika laksanakan dengan adil dan saksama ia akan membawa kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Walaupun kita tidak dapat laksanakan sekarang tidak mengapa kerana Allah itu amat mengetahui dan Maha pengasih dan Penyayang.
Terima kasih
Sama sama AmirHamzah64...
Moga setiap patah perkataan kita akan dinilai oleh Allah dengan sebaik baik ganjaran dari NYA..
Catat Ulasan