Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Mac 2009

Edisi Pagi : Tiga Pendekar Baru untuk Tiga Perang demi Tiga Kemenangan ~ Malaysiakini






gambar : blog pilihan anda Desperado 
Exco Multimedia BPN 


Tahniah !!!

Kepada Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan juga Ketua Wanita yang baru serta bakal Ketua Parti UMNO @ Presiden yang sudah sah jawatannya.

Perubahan yang melanda dan disahkan melalui undian perwakilan (walau ditohmah dengan politik wang ) adalah satu tanda transformasi UMNO sendiri yang sedar di mana perlu diubah dan di mana perlu dibaiki.

Jika tidak, seperti kata DS Najib - Kita perlu berubah atau kita akan rebah !

Yang menang jangan rasa terlalu bangga dan kalah jangan terasa sangat hina

Kita hanya dipilih dan yang tidak terpilih kena terima masanya belum tiba untuk dirinya menggandang amanah berat memimpin umat di negara kita menerusi jawatan di dalam parti pusaka bangsa ini.. Begitu juga dengan penyokong kena sokong siapa yang jadi ketua kita sekarang samada di wanita, puteri atau pemuda sendiri.

Semalam saya difahamkan ramai menghadiri sidang chatroll BPN dan saya memohon maaf kerana tidak dapat online melalui hp kerana berada di Giant untuk urusan membeli barang keperluan memandangkan esok dan lusa saya akan keluar kawasan lagi. Tetapi saya sempat curi masa guna hp untuk chat dengan team BPN yang online seperti cheguman., yeopperak  yang melayan tetamu BPN di chatroll kita.

Pagi ini saya berchat dengan Andaksz@yahoo.com ( teman siber ) yang baru dikenali semasa debat BPN vs BNM minggu lepas. Ada juga antara yang saya baru kenali tersebut adalah rakan yang pernah dikenali menerusi blog tetapi tidak pernah berbual secara maya seperti Pu3, Pak Mie, Qasehnuryz dan lain lain. 

Hikmah besar disebalik debat tersebut ialah saya mendapat ramai teman siber baru samada pro atau opposisi melebihi seratus orang. Meskipun BNM tidak datang hantar wakil selepas dua hari kita ajak berdebat di chatroll tetapi BPN tetap dikutuk.

Apatah lagi saya digelar dengan bermacam gelaran yang saya rasa ia tidaklah seteruk yang dilontar kepada Nabi junjungan yang pernah juga digelar Gila, Ahli Sihir, Perosak Ummah dan sebagainya. Saya tahu ramai orang ucap Syahadah tetapi hati musyrik ( bercampur iman dan kufur ) hingga tidak taat pada perintah Allah sepenuhnya. Jika mereka benar pasti tidak ada kata nista akan keluar dari lidah mereka yang kononnya beriman kepada Allah ! Apatah lagi mendakwa diri pejuang agama Allah !!!!!!


Kata Andaksz - sebelum pemilihan saya pro Mukhriz. Selepas pemilihan saya pro Ketua Pemuda. Sokong siapa jadi ketua. Imej chat saya dan dia ada di atas seperti anda dapat lihat sendiri..Saya juga telah dapatkan kebenaran beliau untuk paparkan chat tersebut di posting saya pagi ini..

Apa makna kata kata Andaksz di atas ?

Ahli perjuangan UMNO yang faham dan sedar pasti akan bersikap seperti Andaksz.  Sokong siapa yang dirasakannya layak samada Mukhriz, Khir atau Khairy dan menerima sesiapa yang diputuskan sebagai penerima undi teramai demi memastikan parti terus stabil dan utuh. Bukan memboikot parti atau menimbulkan huru hara kerana calon sokongan mereka tidak diterima.

Dalam berparti konsep Wala ( patuh ) kepada Pemimpin sangat ditekankan kerana ia faktor kejayaan Nabi bersama sahabat di dalam berjuang. Lihatlah perang Uhud di mana ada antara pasukan tentera yang sengaja ingkar arahan Nabi maka kekalahan telah dialami oleh orang Islam dan dikenang sehingga kini.

Saya harapkan ramai orang berpendirian seperti Andaksz di atas dan tidak melayan perasaan dirinya sehingga melebihi perasaan sebenar yang patut dicurahkan kepada parti yang didokongnya selama ini. Ingat tiga lagi medan PRK akan kita depani tidak lama lagi dan marilah betulkan saf atau kita akan menjadi punca keruntuhan kuasa yang kita ada ini kerana kita bersengketa sesama sendiri kerana besarkan perasaan dari perjuangan membela agama bangsa dan tanah air.

Ok, itu bab UMNO dan sekali lagi saya pesan agar semua Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita akan berusaha jadikan tiga PRK di Bukit Gantang, Batang Ai dan juga Bukit Selambau akan dimenangi UMNO sebagai bukti pertama tahap daya kepimpinan mereka dan sebagai  hadiah pertama mereka selepas dipilih oleh ahli ahli UMNO untuk UMNO juga !


Di bawah pula saya siarkan sedikit komen terkini saya dalam menjawab provokasi opposisi yang cuba naikkan kemarahan saya dan saya telah maafkan mereka demi Allah kerana Allah dan bagi Allah !!!

Satu lagi, pagi ini saya akan berada di PWTC. Sejak semalam lagi  saya harap nak hadirkan diri dan saya harap dapat bersua dengan rakan rakan blogger BPN di sana yang sudah turut serta sejak hari pertama lagi. Jika anda hadir sama jangan lupa call / sms saya nanti.


Komen tersebut sila klik di sini


Blogger Panglima Perang Cyber said...

Tak puas hati lagi ke nak kenakan dan buat saya marah ?

Moga Allah maafkan dosa dosa saudara.

Kita perlu sedar kita adalah saudara sesama agama.

Jangan dipandang saudara sebagai musuh utama.

Munafiq zaman nabi pun tak dikutuk sebagai menjaga rahsia mereka.

Hanya sahabat Huzaifah Al Yamani r.a sahaja yang menyimpan rahsianya tidak pernah kita dengar rahsia tersebut dibongkarkan beliau.

Saidina Umar r.a tahu kelebihan beliau di mana nak kenal munafiq kena periksa adakah beliau hadir atau tidak majlis pengkebumian orang tersebut.

Maknanya ?

Sifat AsSattar ( Menutup Aib ) diamalkan demi membuktikan Islam itu agama Rahmat seluruh alam.

Menyakiti hati muslim dilarang apatah lagi menfitnahnya dengan wanita, salah laku dan sebagainya.

Sedarlah saudaraku dari pihak sana!


Kepada sahabat BPN teruskan berjuang..

Akhlak kunci utama kemenangan Nabi dan kita juga akan jadikan akhlak mulia teras perjuangan untuk mencapai kemenangan menaikkan nama agama bangsa dan negara kita..

Selagi kita mengamalkan prinsip agama pasti kita akan ditolong oleh Maha Perkasa dalam perjuangan kita..


4 ulasan:

Aiman berkata...

ape motif saudara panglima siarkan komen2 tu??ape sy xckp yg bnr??sy amik tu dr blog abg mie..ahli BPN kn??nape kte kami nk naikkan kmrhan??trase ke??peace..hehe

Panglima Perang Cyber berkata...

Aiman memang tak kisah kan ? hahaha

tu je komen saya.

tak nak layan nanti kata sombong.

Malaysian-2Day berkata...

Saudara Yang Di Pertua BPN - Panglima PerangCyber,

Saya harap dapat saudara menasihatkan seluruh ahli2 BPN agar bersatu hati dan menerima segala keputusan yang telah di buat di Persidangan UMNO ini. Saya lihat masih ada yang tidak puas hati dengan keputusan yang telah di capai. Ini seperti membuka pekung di dada dan perkara ini juga akan di ambil kesempatan oleh pihak pembangkang.

Perpaduan dalam parti harus di serlahkan bukan pepecahan. Ada ahli BPN yang masih mengetuk pahat setelah rumah siap di bina.

Harap mengambil perhatian sirius dalam hal ini. Pilihanraya kecil sangat hampir, ini bukan masa untuk kita berpecah belah. Terima kasih

Aiman berkata...

pelik laa..nape anda xbalas langsung komen..nape tn panglima..btol ke pe yg aku ckp tu..klu xbtol perjelaskan laa..aku ckp pon ntok kebaikkan korg gk..tp klu nk buat dono gk mmg btol laa korg hanya di tugaskan untuk myerang pmbangkang dgn ape care skali pon..orait..

Cari Blog Ini

Translate