Ketika menulis post artikel ini, saya sedang menahan kesakitan di kepala yang berdenyut denyut kerana tidur yang sangat lewat semalam selepas berada di dua lokasi berbeza di dua negeri yang tidak sama dari awal malam hingga siang datang bertamu kembali.
hasilnya pagi ini ketika jam sudah melewati waktu tengah hari dan saya ketika itu masih lagi menghabiskan sisa sisa keletihan berjaga semalaman semalam. Berlingkur bak kata Parpukari - supporter BPN yang baru bergiat cergas sejak dua menjak kebelakangan ini dengan kawan rapatnya GOMO...
Blog pertama saya buka petang ini ialah saudara penyokong kuat BPN kita iaitu GAP. Seperti biasa macam macam cerita saya dapat tahu menerusi tulisannya. Memang menarik sekali himpunan info yang disediakan untuk santapan pengunjung setia samada kawan atau lawan. Apatah lagi dengan tajuk ' Siapa No 2 ' yang memuatkan juga info
Memang tidak mustahil Anwar akan lari keluar negara. Kerana kredibiliti DS Najib sangat kuat hingga gagal dirobek oleh Anwar. Dalam hal ini kekuatan DS Najib sudah diuji berkali kali. Namun Anwar dan pakatan rakyat tetap gagal.
Pandangan sekarang tertumpu kepada jawatan no 2 dalam UMNO. Kerana jawatan Presiden sudah pun berjaya dimenangi tanpa bertanding oleh DS Najib. Pencapaian yang membanggakan..
Antara tiga calon yang bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya menjadi Timbalan Presiden UMNO amat menarik untuk disingkap. Kerana mereka semua ada bakat dan pengalaman. Cuma antara yang baik tentu ada lagi baik dan terbaik. Dan sangat layak untuk menjadi regu yang sesuai bagi DS Najib. Yang lain tentu baik juga cuma belum masanya lagi untuk mendaki ke puncak no 2 demi untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam pelbagai kementerian atau kedudukan.
Dalam hal ini perwakilan UMNO akan menentukannya. Jika mereka mementingkan duit dari pengalaman dan kebolehan seseorang calon tentu punah jahanamlah nasib kita kita semua. Kerana ia membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat menguasai Malaysia serta memiliki dana yang banyak untuk naik menjadi orang penting di dalam negara selepas menguasai kedudukan penting di dalam UMNO.
Bayangkan jika ia meresap masuk di dalam urusan pemilihan bakal pemimpin kita ? Tentu ia sangat bahaya.
Menerajui negara memerlukan gandingan yang mantap. Kerana PM memerlukan TPM yang berani dan berpengalaman sepanjang masa PM terpaksa keluar negara atas urusan rasmi...
Siapakah dia ?
Anda lebih arif untuk menilai dengan baik dari segi senioriti, pengalaman dalam kabinet, ketelusan serta suci dari skandal skandal. Saya tidak berniat memberi nama kerana persepsi kita berbeza. Jika bakal TPM/ Tim.Presiden dari kalangan mereka yang tidak berpengalaman atau berintegriti ia boleh mengeruhkan rupa serta persepsi masyarakat terhadap UMNO sekaligus BN dan Kerajaan akhirnya. Meskipun kita sedar bahawa antara tiga calon tentu ada yang terbaik dari yang baik baik....
Jangan anggap tulisan saya ini melobi atau berkempen untuk sesiapa kerana saya bukan baik dengan siapa siapa. Lagipun siapalah saya kerana nama saya tidak sehebat blog blog yang telah dikenali ramai seperti blog blog yang saya pautkan di bawah ini... Cuma pandangan saya ini sekadar memberi pandangan peribadi kepada anda semua agar berhati hati di dalam urusan memilih pemimpin kerana ia sangat penting.
Buktinya, urusan pengebumian Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah ditangguhkan oleh para sahabat demi membolehkan pengganti baginda dilantik terlebih dahulu untuk mengelakkan perpecahan yang sangat sangat ditunggu oleh musuh Islam dari dalam atau luar. Jika ia tidak penting tentu urusan tersebut akan dilambat lambatkan oleh mereka.
Dalam hal ini saya juga berhasrat memaparkan panduan menjadi seorang pemimpin atau ciri ciri sebenar pemimpin berdasarkan nasihat seorang ulama Sufi bernama Al Imam Hassan Al Basri kepada Amirul Mukmini – Umar bin Abd Aziz.. Beliau telah ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam, maka jawabnya :
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi.
Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya.
Dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Kepada sesiapa sahaja yang berjaya nanti diharap agar sentiasa memegang AMANAH kepada AMANAH yang diAMANAHkan oleh seluruh rakyat MALAYSIA yang berjumlah 28 juta orang yang ditentukan oleh para PERWAKILAN UMNO yang berjumlah tidak sampai 2800 perwakilan .
Jangan rabun mata dengan duit atau ganjaran dunia kerana nasib negara kita bergantung kepada undian anda semua.
Moga Allah memberikan Malaysia pemimpin pemimpin yang baik dan amanah serta dapat membela nasib agama bangsa dan tanah air kita sepanjang masa tanpa takut kepada sesiapa pun selain ALLAH sahaja...
10 ulasan:
tokwan pinjam artikel ni boleh ? timo kasih
PEEHHH TUAN PANGLIMA, BEGITU DALAM SEKALI..
SAYA SETUJU TUAN PANGLIMA, DS NAJIB PERLUKAN TAG TEAM YANG KUAT...DAN PADA PANDANGAN SAYA SAN SRI MUHYIDDIN ADALAH PARTNER TERBAIK...INI JUGA DIGERUNI PIHAK LAWAN...MANA TAKNYA..MINTAK SUAKA POLITIK LAGII
LARI ANWAR LARI...MUAHAHAHAHA
Salam,
Dalam hal ini, saya cukup berkecuali kadangkala isu dalam masa "terdesak" boleh memakan seseorang pemimpin.
Biar siapa pun yang menang, keteguhan dan kemantapan bangsa(mungkin perlu disebut kesamarataan bangsa seperti yang diinginkan DAP) perlu diketengakan semula dengan method yang lebih efisien.
Dalam hal ini juga, saya lebih menyokong kenyataan yang UMNO perlu dibersihkan dari budaya "memberi dan menerima" ataupun sedekah dalam makna yang cukup mendalam, iaitu rasuah.
Apa yang pasti, AMANAH adalah sesuatu yang akan dipersoal di Hari Penghitungan kelak.
SALAM PANGLIMA..
AKU MENGHARAPKAN AGAR PERWAKILAN NANTI DAPAT MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAKSANA DEMI MENYELAMATKAN UMNO DAN NEGARA MALAYSIA INI.
PILIHLAH YANG BERSIH DI KALANGAN MEREKA YANG BERSIH!!!
DSN tetap akan menjadi PM nanti. kata kata fitnah PR yang mengatakan PakLah tidak mahu serahkan jawatan PM pada DSN adalah tidak benar. sebagai ahli BPN kita mesti tangkis fitnah PR.
aku tak kisah siapa bakal TPM asalkan dia adalah seorang yang berpengalaman dan ikhlas didalam perjuangan UMNO.
Benar....kita memerlukan orang yang beramanah dan dilihat amanah..
Siapa pun yang dipilih terserah kepada perwakilan..
BPN sekadar menjadi penasihat dan memberi panduan kepda perwakilan agar pilihan mereka TEPAT..
Calon pilihan no2 terhebat, lupakan yang lain!
Yang mula-mula menyuarakan keinginan untuk jadi no2 adalah Muhyiddin. Dia lantang menyuarakan pendapat bahkan dialah orangnya yang menggerakkan Pak Lah supaya berundur dan sehingga Pak Lah mengumum pelan Peralihan Kuasa. Khabarnya dia tidak disenangi PL kerana kelantangannya itu kerana itu PL mencaturkan dan merestui Ali Rustam untuk no2.
Tetapi Muhyiddin seorang yang bijak dan padai berkerja. Dia mana dia diletakkan disitu dia memberikan jasanya. Memang dia calon no2 yang paling layak. Memang ada perwakilan yang bersungut tentangnya tetapi itu tidak mengapa. Itu hanyalah kerana dia tidak 'merenjis'. Saua katakan tadi - itu tidak mengapa kerana itu petanda dia tidak terikut-ikut budaya politik wang yang berleluasa dalam UMNO sekarang. Inilah pemimpin yang kita akan pilih. Apabila 2 calon lain 'merenjis', kita terima tetapi undi tetap untuk yang satu ini - MUHYIDDIN YASSIN.
Dari segi pencalonan, dia mendapat yang tertinggi. Bermakna hasrat seluruh ahli UMNO dan rakyat adalah kepadanya. Semoga para perwakilan tidak kelabu mata dengan RMRM yang dirawarkan. Yang lebih penting adalah para perwakilan tidak mengkhianati suara dan amanah dari bahagian masing-masing. Cukuplah para perwakilan telah mendapat sedikit dahuli. Memadailah setakat itu.
Muhyiddin telah mengumumkan bahawa dia direstui oleh DSN. Kita pasti memang DSN berkehendakan orang yang berpengalaman dan tegas. Orang yang keras, berpinsip, berani kerana benar. Memang sejak awal lagi imej Muhyiddin telah cuba dicalar oleh lawan. Kerana itu dia di label sebagai sombong. Biarlah kalau muka dia muka sombong asal mampu dan ikhlas menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk negara.
Siapa no2? Muhyiddin lah pilihan kita! Pilihan tepat dan terhebat.
No.2 Semesti untuk TS Muhyiddin...bebas rasuah, berani, berpengalaman.....selamat UMNO.
Say No to "Oral Sex". Respect your Wife.
Ok, suatu artikal yang bagus tuan.
errr..
tumpang tanya, org pembangkang takleh jd PM ke?
Catat Ulasan