Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Mac 2009

Edisi Pagi : Kembali Menulis Blog Pagi Ini


Salam semua. Pagi ini saya sudah selamat kembali ke rumah selepas 11 jam bermusafir pulang dari Terengganu. Pergi pun 11 jam sama dengan masa pulang walau pun berbeza waktu, semalam waktu malam dan hari Jumaat lepas waktu siang..

Di dalam perjalanan saya sempat melihat banyak kenderaan sedang berpusu pusu ke Kuala Lumpur. Dengan kenderaan mewah dan konvoi beramai ramai, saya jangkakan mereka ini pasti perwakilan atau pemerhati Persidangan Agung Umno yang bermula hari ini...

Ramai pelik pastinya dan tertanya tanya kenapa kerap panglima keluar kawasan sehari dua ini !

Sebenarnya panglima mendapat jemputan untuk memberi panduan dan nasihat motivasi kepada pelajar pelajar di program anjuran sahabat panglima.

Beliau sering membuat program-program untuk pelajar pelajar dan panglima sering dijemput untuk menjadi tenaga penggerak program tersebut.

Jika sebelum ini berbulan bulan lalu sahabat panglima telah pun mengajak menghadiri program anjurannya tetapi terpaksa ditolak kerana BPN kita ketika itu masih lagi di peringkat ibarat bayi yang perlu diberi sepenuh perhatian dan juga 'belaian'..


[bpn.jpg]


Namun selepas 4 bulan berlalu maka panglima merasakann sudah sampai masanya panglima memenuhi ajakan ikhlas beliau kerana BPN kita juga sudah mampu dan boleh berdiri sendiri. Tidak mengapa jika panglima keluar kawasan sekalipun - pada hemat panglima..


Dengan kekuatan hampir 100 blog yang ada dalam list blogger bpn di semua blog sahabat ahli BPN maka kita tidak risau lagi dengan tohmahan dan juga fitnah pembangkang. kerana kita mempunyai Batalion Blogger yang aktif dan aggresif di dalam mencuci kembali najis najis yang dilontar pembangkang ke arah kerajaan kita selama ini.


Jika selama ini mereka sering menguasai alam siber dengan jumlah puluhan blog dan laman pro pembangkang namun sekarang mereka sudah sedar perbuatan mereka menggunakan alam siber untuk tujuan memburukkan orang dan juga menabur fitnah / persepsi dan juga andaian tanpa asas telah pun dikacau oleh blogger BPN.. 


Mereka baru sedar ruang siber ini bukan milik mereka sahaja, dan ianya tidak lagi menjadi kawasan mutlak hak pembangkang. Apatah lagi untuk disalah gunauntuk tujuan yang saya sebutkan di atas. Kerana marah dan benci maka sebuah blog untuk mencaci blogger kita telah pun dibina untuk tujuan tersebut ( sila klik sini )


Jika diikutkan perancangan awal memang panglima tidak akan terputus dengan sambungan internet semasa pergi memenuhi ajakan menghadiri program kepada pelajar2, kerana broadband sudah dimiliki.


Namun masalah talian yang berlaku ekoran kawasan pendalaman menyukarkan panglima terus melayari internet untuk mengetahui perkembangan terkini alam siber. Kecuali line Celcom sahaja yang boleh membantu menyambungkan di mana sahaja walau jauh di ceruk desa.


Lagipun peluang mendidik generasi muda tidak wajar ditolak dan sememangnya untuk menolak ajakan sahabat baik pun tak sampai hati ! Di samping peluang mendapat sedikit pengalaman berinteraksi dengan bakal pelapis kepimpinan negara adalah satu peluang sangat menyeronokkan..


Meskipun panglima sedar tugas membanteras fitnah pembangkang dan juga hasutan mereka lebih besar juga, namun panglima merasakan perlu ada sesekali program seperti itu dihadiri oleh panglima agar peserta peserta yang terdiri dari generasi muda kita tidak akan terpedaya atau terkeliru dengan dakyah pembangkang..Sehingga mereka akan merasa tidak berbangga dengan negara kita atau merasakan kebaikan dibuat kerajaan seperti 1001 keburukan.


Walaupun ilmu tidak tinggi dan pengalaman tidaklah banyak, tetapi sedikit sebanyak yang dipelajari dan diamalkan boleh dikongsi dengan pelajar pelajar yang datang agar mereka dapat menjadi manusia berguna untuk agama bangsa dan negara.


Setakat ini sahabat2 bpn selalu call dan sms perkembangan terkini BPN kita dan terima kasih atas makluman tersebut.


Persidangan Agung Umno telah pun bermula dan panglima mengharapkan perwakilan akan memilih gandingan yang mantap antara Presiden dan Timbalan Presiden. Ramai nampaknya sukakan gandingan Muhyidin dan Najib dan pasti yang terbaik dan paling ikhlas akan menjadi pilihan perwakilan.


Jalankan kewajipan memilih pemimpin dengan akal dan hati bukan berdasarkan kepada wang yang diberi... Ingat Allah agar Allah akan menggerakkan hati kita memilih yang boleh membela agama bangsa dan negara kita ke mercu kejayaang yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang.


Kerana penentu kestabilan Malaysia adalah parti pemerintah dan UMNO tentu sangat penting untuk diisi oleh mereka yang sedar dan insaf konsep amanah melalui jawatan untuk digunakan ke jalan Allah tanpa ada unsur unsur mencari kekayaan duniawi atau kebanggaan diri.


Itu sahaja edisi pagi ini dan edisi petang Insya Allah akan menyusul suku ketiga hari ini.


Salam hormat dan selamat berjuang !




Isu isu lain :


1. Poster biadap pembangkang menghina Sultan dan Mufti Perak

[hina2.JPG]

Jika ia dinafikan pembangkang sekalipun, sememangnya mereka tetap bencikan Mufti dan Sultan dan ternyata mereka sangat berani untuk menghina Sultan hingga sanggup menggambarkan ke tahap Murtad - keluar agama, sebagaimana dibuat oleh Blogger Ibnu Hasyim di sini :




Komen balas menarik ada di bawah tajuk tersebut ditulis oleh pemberi komen nama Talhah :

Walau apa pun yang difatwakan Di indonesia, ianya tidak boleh diguna pakai Di Malaysia.

Secara prinsipnya anda salah jika mensyaki atau membuat penyataan yang menjurus kepada DYMM Sultan Perak Murtad. Walaupun dengan tanda "?" itu. Seolah-olah nak menyuruh orang mengesyaki dan menuduh seseorang itu murtad. Memang anda tidak menyatakan secara terang tapi tindakan anda itu boleh mempengaruhi pemikiran orang lain dan seterusnya membuat pendapat sendiri bahawa Sultan Perak mungkin murtad. Ini adalah satu pekerjaan yang amat keji seperti baling batu sembunyi tangan pada pendapat saya kerana anda tidak mengunakan kaedah yang betul. Berhati hati lah kerana perbuatan ini seperti tindakan Iblis dan Syaitan yang membisik-bisik serta menimbulkan pra-sangka dan was-was dalam hati manusia. 

Sudah terang Fatwa di Indonsia tak boleh diguna pakai di MAlaysia kerana kita ini berlainan Daulah.

Harap anda hentikan perbuatan ini dan bertaubatlah.

3 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

hahaha tergelak saya tengok blog parpu kunyit..begitu semangat mereka menegakkan fitnah...

takpe takpe ahli BPN boleh bereskan mereka semua..semua penyebar fitnah akan terima hukuman di dunia dan di akhirat nanti..

Tanpa Nama berkata...

blog BPN sebarkan fitnah boleh tn panglima??b4 tuduh org tgk geng sndri dlu..

Tanpa Nama berkata...

Berhati hati lah kerana perbuatan ini seperti tindakan Iblis dan Syaitan yang membisik-bisik serta menimbulkan pra-sangka dan was-was dalam hati manusia. ---Tn panglima khas untuk tn pglima..amek dr blog tn jgk..khas ntuk tuduhan tn mgenai risalah tu..slagi xda bukti ptt senyap je..n peg la buat laporan klu rase pihak sendri rs bnar..jgn senyap je..papepon xda bukti snyap..peg bkk blog parpu kari bace ape die ckp psal tugu demokrasi yg pecah tu..die fitnah kte PR pecahkan n jual untuk dpt duit..ade bukti semua tu...nshat org tp dri sndri yg kne...kamon laa tn speaker BPN..nasihatkan anak buah..time dlm debat bkn men lg brsopan diorg..luar mcm ape..hipokrit..see ur team first before u atack other team..

Cari Blog Ini

Translate