Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 April 2009

Edisi Pagi : Makluman Penting

CERITA 1

Salam.

Sedikit makluman kepada semua rakan BPN..

- BPN terbuka untuk disertai kepada sesiapa sahaja dengan syarat mereka tidak membawa fahaman politik yang bertentangan dengan perjuangan untuk menjaga agama,bangsa dan negara di alam siber. 

- Etika BPN berlandaskan prinsip undang undang Malaysia dan juga agama Islam. Pelanggaran prinsip tersebut akan membawa kepada pengguguran keahlian secara automatik.

- Sesiapa telah siarkan Logo, Resolusi terbaru, Pautan Ahli BPN dan juga Chatroll BPN maka ia akan disenaraikan dalam senarai Blogger BPN.Sesiapa yang gagal maka dia tidak akan diletakkan dalam senarai dan akan digugurkan buat sementara waktu.

- Logo BPN akan diberikan kepada yang sudah memenuhi syarat2 sebagai ahli menerusi Yahoo Messenger. 


Logo Kelab Penyokong dikhususkan bagi mereka yang tidak mahu menjadi ahli BPN tetapi menyokong aspirasi perjuangan BPN.. Mereka dikecualikan dari mematuhi syarat2 sebagai ahli BPN.


- Ahli BPN diminta siarkan email YM di blog masing masing serta menambah email panglima dalam senarai YM mereka untuk menerima makluman terkini.

- Pastikan list blogger BPN dan Blogger Penyokong BPN di blog anda berdasarkan list terkini di blog saya.

- Pastikan Chatroll BPN dipasang di blog untuk sesi ParlimenBPN samada dengan kawan dan lawan.

- Logo mesti berada di ruang atas blog dan list blogger bpn mesti tidak dicampur dengan blogger bukan ahli BPN.

- Ahli BPN akan dijemput jika ada sebarang pertemuan dengan mana mana pihak atau diberi bantuan jika BPN sudah memiliki dana sendiri pada masa hadapan.


Yang benar

YDP Blogger Pembela Negara
6 April 2009




CERITA 2

Ezam berjaya menepis dakwaan dirinya menipu melalui pendedahan di blog rakan BPN kita di sini http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/04/terbukti-anwar-bohong.html

Rupa-rupanya Anwar dan konco-konconya telah cuba memburukkan nama Ezam berkenaan isu tersebut sedangkan hakikat sebenar ialah Ezam tidak menyimpan 6 kotak rahsia yang dimaksudkannya..

Tahniah atas pendedaan Medan Info di atas....


CERITA 3

Video ceramah Ustaz Afandi tentang isu Pas meletakkan calon Penderhaka  yang disiarkan oleh Parpukari di blog beliau di sini http://parpukari.blogspot.com/2009/04/astagfirullah.html

Ia sangat bagus kerana mengandungi penjelasan dari sudut agama tentang tindakan PAS yang nampak selari dengan agama namun sebenarnya mereka tidak mengikut nas agama secara tepat dan jitu....

Sebarkan di blog anda video tersebut untuk kebaikan rakyat jelata di negara kita....




CERITA 4

Isu Anwar mahu bagi semua agama menggunakan kalimah Allah semasa berceramah di Sarawak turut disentuh oleh rakan bpn / blogger mahasiswa kita di sini 


Beliau nampaknya peka dengan isu sensitif tersebut dan paparan dengan keratan akhbar yang menunjukkan tokoh agama bidas Anwar berkenaan hasranyat, satu tindakan yang wajar demi menunjukkan bahawa tokoh agama kita juga tidak  bersetuju dengan hasrat songsang Anwar yang jelas beragendakan keuntungan politik dari keuntungan agama atau bangsa..

Syabas Sarfarizal yang juga merangkap antara pemimpin perwakilan pelajar UKM tahun ini....



CERITA 5

Sabtu lalu saya menerima panggilan telefon dari rakan blogger berkenaan isu video BABI yang menghina agama Islam. Butiran terperinci ada dihuraikan oleh sahabat kita saudara Angin Perubahan di sini http://anginperubahan.blogspot.com/2009/04/video-babi-menghina-umat-islam.html

Tindakan menghina adalah tindakan tidak berkesudahan olen anti Islam, namun kita tidak boleh berdiam diri dan mesti mendesak tindakan tegas dilakukakan ke atas sesiapa yang dengan sengaja cuba menjatuhkan maruah agama kita.

Harap rakan BPN yang lain dapat menulis berkenaan isu ini di celah celah posting tentang PRK dan isu politik tanah air.



Itu sahaja dulu untuk pagi ini.... 

Saya masih keletihan selepas tiba di rumah jam 2 pagi semalam selepas bertolak jam 11 pagi dari Kelantan.... Mahu berehat sekejap untuk hilangkan penat....


Selamat berjuang rakan rakan semua... 



Demi agama, bangsa dan negara kita....




5 ulasan:

Jumayatara berkata...

Ingat kan apa kebenda pengumuman penting.

Semua benda basi....nak jadi BPN...tak sior aku , kena maki 7 keturunan, bodoh sampai mampos.


BN kalah teruk satu kenyataan...semua dah tahu..DS Najib dah tahu.....ada dia sibuk nak kempen... Pak Lah dah tahu BN kalah....ada dia sibuk ambil tahu ...sebab dia dah tahu...BN kalah teruk.



No to BN. Selamatkan Malaysia

Panglima Perang Cyber berkata...

Tok Mudim - terima kasih rajin menyibuk di sini..

Unknown berkata...

TOLONG MINTA SIARKAN VIDEO INI KESEMUA BLOG-BLOG BPN...

MINTA PASTIKAN VIDEO INI DISIARKAN...

MINTA KERJASAMA ANDA PERANG CYBER UNTUK MENYEBARKAN VIDEO KEPADA RAKAN-RAKAN BPN...

SELAMAT BERJUANG

-PENA BERDARAH-

Unknown berkata...

Assalamualaikum...
saya ucapkan tahniah kepada BPN kerana sensitif terhadap isu-isu semasa umat Islam seperti blog-blog yang menghina Nabi dan terkini,video tersebut...

p/s:walaupun kita berlainan pendapat namun atas nama Islam,moh le kita bersatu!

Panglima Perang Cyber berkata...

ok... x-pkr selamat datang...

yang menyokong tindakan bpn isu isu sensitif islam saya ucapkan terima kasih..

yang benci saya ucapkan terima kasih juga.

kerana ia akan menjadi sayang satu hari nanti.

salam perjuangan.

Cari Blog Ini

Translate