Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 April 2009

Edisi Pagi : MB Terengganu akan dijatuhkan dengan usul tidak percaya ? ~ Malaysiakini

Cerita 1

Salam perjuangan kembali bergema selepas beberapa hari mengalami masalah talian internet, dengan nawaitu kembali jitu untuk memastikan tiada lagi ruang dan juga peluang akan diperolehi oleh lawan, dalam memenangi minda rakyat yang mudah sahaja menerima tetapi sukar dan jarang sekali mengkaji dengan teliti maklumat yang disampaikan kepada mereka.

Selepas berkali kali tewas dalam 'peperangan kecil' maka sekarang kita perlu pastikan usaha kita kena semakin kuat dan keras dalam melawan dakyah palsu dan fitnah lawan kita.

Jika tidak kita akan menjadi mangsa 'kekejaman' persepsi yang ditanam oleh lawan kita demi untuk kelangsungan hidup perjuangan politik mereka yang jelas berpecah matlamat namun berpakat demi dendam kesumat yang lama tersimpan menjadi pembangkit semangat....

Apa tunggu lagi, ayuh kita gempur dan lawan sekuat tenaga berita berita yang mahu memecahkan kita semua...

Takbir !!!!



Cerita 2


Ura ura MB Terengganu akan dijatuhkan ada disentuh oleh blog Kedahlanie di sini  


Adakah Dr Idris Jusuh akan kembali menjadi MB ? Wallahu A'lam..

atau adakah ia perang saraf terbaru pembangkang selepas MIC juga turut mengutarakan hasrat mengundurkan diri dari Kabinet seperti laporan Malaysiakini di sini ????


Cerita 3

Ramai telah risau dan khuatir nasib peniaga peniaga Melayu ekoran pembubaran kementerian Usahawan dan Koperasi yang menyediakan pinjaman Tekun dan Mara untuk orang bangsa kita... GAP turut sama menyuarakan hasratnya juga kerisauan hatinya berkenaan hal tersebut.Termasuk sebuah blog baru bernama Aspirasi di sini

Lalu saya rasa kita patut tunggu penjelasan yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri atau mereka akan diserang habis habisan jika gagal memberi sebab yang jelas kenapa kementerian menjaga kepentingan orang Melayu tersebut telah dihapuskan... 

Jika kerana ingin mengambil hati orang Cina dan India, saya rasa kita perlu fikir kembali...

Lihat berita tersebut di sini :




Apa pendapat anda pula ?


Sebelum itu mari kita baca janji TPM kita TS Muhyidin untuk menjelaskan hal tersebut di blog ini http://kerispusakamelayu.wordpress.com/ 

2 ulasan:

najamarine berkata...

ermm...betul ke sumber ni?sebab org terengganu pun tak tahu menahu..laporan tisak sahih tidak boleh kita amik bulat2..

macam kes MIC nak kuar dari BN,terang2 fitnah..sama seperti MCA n GERAKAN dulu yg kunun2 mengugut hendak keluar parti tetapi ternyata tidak tepat dan hanya provokasi dari pembangkang..

hati2 la apabila menilai sesuatu berita yg datang kepada kita..dengar bole, percaya?wallahu'alam..

PEJUANG CYBER berkata...

Kita tunggu dan lihat... tak baik sebar2 kabar angin...

Cari Blog Ini

Translate