Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Mei 2009

Edisi Khas : Selamat Hari Ibu dan Lagu Khas untuk Ibu Ibu di Seluruh Dunia !!!




Lagu : Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

http://www.liriklagu.com/liriklagu_ad/Aeman_Ibu.html

5 ulasan:

kamal berkata...

SELAMAT HARI IBU....BACA SEKIRANYA SAYANGI IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

bungaraya berkata...

Semalam, selepas maghrib, aku asyik bersembang dengan isteriku diruang tamu rumah ku sambil menengok TV.Anak-anak turun sekejap kebandar membeli sesuatu katanya. 15 minit kemudin mereka kembali dari bandar dan membawa sesuatu derta meletakkannya diatas meja dihadapan ibu mereka. Membuka kotak cantik itu lalu terserlahlah Kek Selamat Hari Ibu. Anak-anakku lalu memeluk ibunya dan mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu mereka yang tersayang.
Isteriku mengalirkan air matanya tanpa hiba dan kesyukuran menerima rasa kasih sayang anak-anak tercintanya. Aku minta kebenaran untuk ketandas sekejap untuk membuang air kecil. Tetapi sebenarnya aku tidak tahan dengan suasana hiba dihadapan mataku. Aku kebilik air untuk menangis sepuasku tanpa kesyukuran melihat akan anak-anakku sangat sayang kepada ibunya.

Anak-anakku ketawa apabila aku terntanya satu soalan.
"Bila hari bapa nak????"

Cheguman berkata...

Ucap terima kasih pada ibu walaupun ibu mungkin tidak berniat pada awalnya untuk melahirkan kita.

Dan jangan lupa ucapkan terima kasih pada kerajaan walaupun kerajaan sekadar mel;aksanakan kewajipan 'mereka'.

Mereka? 'mereka' itu sebenarnya kita, terutama pegawai kerajaan.

Justeru jika kerajaan dilihat lemah, maka sebahagian puncanya juga datang dari kelemahan pegawai kerajaan.

Tahu, tak apa.

PS: Siapa ada 'terambil' gambar saya dengan Pak Habib, tolong emailkan. TQ.

zedmagel berkata...

Bro Panglima Perang Siber,

Selamat Hari Ibu. Biar pun ibu kesayangan saya telah berpulang ke Ramhatullah 2 tahun lalu, tetapi ingata dan kenangan saya bersamanya tetap dilubuk hati saya.

Boleh dikatakan setiap nafas dan urat nadi saya berdenyut saya masih mengingati ibu. Ibu satu kurniaan yang sempunra dari Allah buat saya dan buat kita semua.

AL FATIHA BUAT IBU saya dan semua ibu-ibu.

Ex-UMNO berkata...

Mahkamah telah putuskan, MB Perak HARAM.

Cari Blog Ini

Translate