Untuk melengkapkan tulisan tentang artikel ini, saya sudah copy screen blog tersebut seperti imej di atas, agar jelas kepada kita semua sebagai rakyat untuk melihat sendiri apakah benar dakwaan saya ini bahawa PR sebuah pakatan yang hipokrit dalam menerima keputusan yang diputuskan kepada mereka..
Saya tidak bercadang untuk menyalin semua tulisan blogger Tulang Besi yang dilihat kerap membela Erdogan dan Anwar ini. Cukuplah saya sekadar memberitahu kepada anda bagaimana sikap sebenar pakatan 'rosak' mereka itu.
Bahkan dalam artikel Nizar bintang tiga, ada juga pengunjung menyalin artikel beliau dan meletakkan gelaran Tulang Besi di bawah komen tersebut.
Seperti dijangka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka maka tidak kiralah samada
RAJA @ MUFTI @ HAKIM akan dikaitkan dengan apa jua cara dan maklumat sekalipun agar dilihat memang pro kepada KERAJAAN.
Taktik yang sama ini sudah diulang ulang banyak kali dan tidak mustahillah jika kes liwat Anwar sekalipun diputuskan selepas perbicaraan bermula Julai nanti, rakyat tidak akan percaya sedikitpun kepada keputusan tersebut.
Apatah lagi Anwar Ibrahim sudah berjaya menanam minda rakyat bahawa yang jahat dan keji hanyalah Barisan Nasional sedangkan sebaliknya yang berlaku seperti yang kita dapat lihat akhir akhir ini....
Ini ekoran kerana mereka sudah berjaya menanam keraguan terhadap ketiga tiga institusi utama negara kita selama berbelas belas tahun selepas Anwar Ibrahim dijatuhkan Allah dari jawatan Timbalan Perdana Menteri ekoran isu liwat.
Jika anda berminat membaca cubaan mereka untuk memburuk sangkakan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, sila ke sana dengan menggunakan link di bawah !!!!
Sila nyatakan komen anda tentang tindakan pembangkang ini....Tq
2 ulasan:
salam saudara panglima perang cuber..
pendedahan2 ini sebenarnya tidak berhasil kepada pengikut tegar PR,sekurang2nya boleh membuka mata pengundi2 di atas pagar.mereka2 yg berada di atas pagar ini boleh menilainya sendiri kerana pengundi2 atas pagar jugalah yg menentukan setiap keputusan pilihanraya.
mereka2 yg bukan ahli mana2 parti politiklah yg menjadi majoriti...
benar...persepsi golongan pertengahan inilah matlamat kita.
kerana nasib agama bangsa dan negara bergantung kepada mereka semua..
mari kita sebarkan info bermanfaat di semua tempat di alam maya ini.
Catat Ulasan