Aminah serah cakera padat perbualan berhubung jawatan TKM 1 kepada SPR
25/05/2009 11:25am
BUKIT MERTAJAM 25 Mei – Calon bebas, Aminah Abdullah akan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar esok untuk menyerahkan cakera padat perbualannya dengan dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tiga tawaran yang dikemukakan kepadanya.
Tawaran itu ialah jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan wang RM80 ribu sebagai gantirugi kepada beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.
Aminah berkata, bukti yang dikemukakannya itu diharap dapat diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. - Utusan
9 ulasan:
Kalau tanya saya boleh percaya ke PKR yang selalu melaungkan slogan anti-rasuah itu pun perangai dua kali lima saja dengan Umno yang memang terkenal 1 Malaysia sebagai parti yang suka menyogok dan menerima sogokan? Saya akan kata mengapa tidak boleh percaya PKR pun dua kali lima dengan Umno? Dalam politik 1 Malaysia ini semua berita yang tersebar kita kena percaya - Najib berkhalwat dengan penyanyi wanita di Port Dickson kita kena percaya, Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya kita kena percaya, Rosmah berada di tempat pembunuhan Altantuya kita kena percaya, Najib pernah mengadakan hubungan sex luar tabii dengan Altantuya di Singapura seperti dalam versi Balasubramaniam kita kena percaya, Najib tawar sogokan RM50 juta kepada Fauzi Muda Ketua PKR Ipoh Barat untuk dapatkan ADUN PKR kita kena percaya, Najib terlibat dalam rasuah pembelian kapalselam dan Sukhoi kita kena percaya, bla...bla...bla...semuanya kita kena percaya. Jika 1 Malaysia boleh percaya Najib memang teruk, mengapa 1 Malaysia tak boleh percaya cerita Mak Cik Minah yang sedang meletup popularitinya itu?
Cuma yang yang saya masih was-was ialah bila Mak Cik Minah cuma ditawarkan RM80,000 oleh PKR untuk menarik diri dari menyertai PRK Penanti. RM80,000 saja, kata hati saya, awat murah sangat? Bayangkan fakta ini:
i) ADUN Kulim dari PKR melaporkan kepada SPRM ia ditawarkan RM5 juta oleh BN untuk menyeberangi BN. Laporan kepada SPRM disertakan bersekali dengan pita rakaman perbualan wakil BN yang menawarkan sogokan tersebut.
ii) Fauzi Muda Ketua PKR Ipoh Barat melaporkan kepada SPRM dia ditawarkan oleh DS Najib RM50 juta untuk mendapatkan dua orang ADUN PKR
iii) ADUN Malim Nawar dari DAP dan ADUN Kuala Kurau dari PKR melaporkan kepada SPRM mereka ditawarkan sogokan bernilai RM20 juta bersama jawatan penting dalam BN Perak jika menyertai BN.
iv) Banyak lagi kes-kes sogokan BN kepada ADUN PR yang dilaporkan, bukan saja semenjak dua menjak lepas PRU ke-12 ini, tapi sejak dulu-dulu lagi, yang semuanya bernilai lebih dari RM 1 juta. Semuanya nilai juta-juta!!
Tapi nilai Mak Cik Minah, aduhai murahnya...RM80,000 saja! Nak buat apa dengan RM80,000 di zaman kemelesetan ekonomi yang sudah tak tertahan ini? Kalau nak digunakan untuk cucuk botox yang bernilai antara RM2,500 hingga RM5,000 satu suntikan bagi menegangkan muka mak cik yang dah berkedut itu pun tak berbaloi, berapa lama sangat nak bertahan duit RM80,000 untuk buat suntikan botox? Harga seunit rumah teres kos sederhana sekarang ini pun sudah jadi lebih dari RM100,000, habis nak buat apa mak cik dengan RM80,000 itu? Nak beli Exora lepaslah dengan RM80,000 tu, tapi tak kan Exora saja kot mak cik?
Tapi jika nak beli lembu memang selesalah dengan wang sebanyak RM80,000 kerana harga lembu dalam lingkungan RM3,000-RM4,000 saja seekor atau dengan RM80,000 boleh dapatkan hingga 27 ekor lembu.
Hairan juga mengapa PKR letakkan nilai RM80,000 saja untuk Mak Cik Minah kita ni. Orang lain nilainya juta-juta tapi Mak Cik Minah bernilai cuma RM80,000 yang bersamaan dengan harga sekawan 27 ekor lembu saja. Pemimpin Umno yang sudah biasa dengan harga belian manusia dengan harga berjuta-juta satu kepala pasti ketawa besar dengan nilai Mak Cik Minah yang sangat murah itu. Tentu mereka berkata: sampai hati PKR menghina Mak Cik Minah dengan tawaran semurah itu!!
Pendikar
Kami tak kata. Tapi Pendikar dah mengaku tanpa sedar. Sebab saya rasa bukan tak sedar, tapi sebab dah terbiasa cakap mengarut ngarut. Mana buktinya Najib gitu Najib gini. Dari mulut Anwar? Kaki main buntut tu? Atau dari Lim Kit Siang? Manuasia yang tak mengaku berarak nak bunuh Melayu pada PRU May 13 1969 tu? Lain kali kalau nak bercakap pandang pandang. MUNKIN RM800,000 tapi 720,000 Manja (wakil Al Juburi)dah put aside nak di bagi bagi kan. Semua orang tau, budak budak PKR tak berduit. Berniaga pun tak tau lagi. Tapi kelahap boleh tahan. Kalu begitu lah cara pendikar berbicara, memang Pendikar nak kasi Melayu didalam PKR malu.
nie le akibat lu org asyik baca utusan je,,,,, kalo btl ade kes wat le report SPRM. yang salah tetap salah tak kira la MB Melaka ke, ketua pemuda umno ke..... tapi yang pelikny lmbaga disiplin umno lagi beso dr SPRM...... Pelik2.....
yang penting hasil siasatan yang btl bgtau pada rakyat, bkn yang x comfrm dah wat kecoh..... lu org pikir la sendiri.....
tp mami minah ni mmg wanita murahan pun...
Sapa Aminah?!... Kalau UMNO-BN pun PR tak takut, inikan pula si Makcik Aminah. Lawak lah!...
Mari kita sama-sama ketawa secara berjemaah dengar cerita ikut skrip lama UMNO nie!... Kah!... 3X
takpelah biar rakyat siapa rasuah jangan simpan rasuah bawah kopiah udalah huhuhu
kak min siru...
Apa yang boleh saya katakan pendedahan Mak Minah tu siap dengan rakaman audio lagi..
tunggulah !!!
oppsss lupa nak tanya, tawaran berjuta juta ringgit yang kononnya oleh BN tu ada bukti audio visual tak ?
kalau tak ada atau sekadar sumpah RM5 sahaja tak payah bising bisinglah..
Sudahlah tu...mari sokong Kerajaan BN pula.
Dah terbukti PR sekadar bermain main politik...
bukan berpolitik.
Catat Ulasan