Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Julai 2009

Edisi Manik Urai : PAS terbukti salah guna jentera kerajaan di Manik Urai ~ Malaysiakini


Info dipetik dari blog Manekurai2009.blogspot.com ( please letakkan link blog ini di blog anda ) :

Sebelum ini Pas begitu lantang menuduh UMNO menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen di Manek Urai, sehinggakan lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri pun dipolitikkan dan dianggap menyalahgunakan kemudahan dan kenderaan kerajaan. Pasukan keselamatan turut dikatakan menjadi sebahagian daripada siri kempen BN.

Titik peluh dan keringat anggota polis mengawal lalulintas bagi melancarkan perjalanan kenderaan (termasuk kenderaan pemimpin pembangkang sendiri) tidak pernah dihargai malah tohmahan dan tuduhan liar dibuat untuk merosakkan imej mereka.

Husam Musa, orang harapan Nik Aziz sendiri menyamakan khemah-khemah yang menempatkan anggota polis itu sama seperti khemah yang didirikan tentera Amerika untuk menyerang Iraq. Melampau la lu bro!!!

Kehadiran agensi-agensi kerajaan yang menjalankan tugas di Manek Urai dianggap sebagai musuh. Apakah mereka sedar sekiranya RTM tidak ditugaskan di Manek Urai adakah ucapan kepala-kepala pembangkang ini boleh disebar ke serata negara?

Apakah tanpa surat khabar, aktiviti calon mereka sendiri boleh diikuti pembaca di tempat lain?
Pernahkah mereka mengucapkan terima kasih apabila agensi kerajaan turut membuat liputan pada aktiviti mereka? Usahkan ucapan terima kasih, agensi-agensi kerajaan inilah yang menjadi sasaran sumpah seranah mereka.

Sebenarnya kehadiran agensi-agensi kerajaan ini adalah untuk melaksanakan tugas. Tidak ada satu pun kenderaan kerajaan diguna untuk kegunaan parti BN.

Sebaliknya Pas dengan sewenang-wenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri Kelantan untuk berkempen. Tanpa segan silu dengan logo kerajaan Kelantan di pintu, kenderaan ini diguna keluar masuk kampung meraih undi untuk calon mereka. Apakah ini tidak dikatakan sebagai penyalahgunaan jentera kerajaan.

Mengekori sebuah Pajero milik kerajaan negeri Kelantan lengkap dengan sticker PAS

Gambar di atas dirakamkan di Kampung Kubur Jantan dalam Peti Undi Lata Rek. Anda saksikan sendiri kenderaan kerajaan Kelantan diguna untuk tujuan politik. Siap ada sticker Pas lagi kat cermin belakang. Di sini Pas mengadakan satu program (aku tak nak sebut program apa nanti bagi promosi percuma pulak), jauh di hujung kampung.

Kerana rasa curiga, kami kru ManekUrai2009 mengekori kenderaan ini dari jalan besar lagi sejauh kira-kira 2 km masuk ke Kampung Kubur Jantan.

Mereka memecut bila sedar diekori..

Pada mulanya tidak ada apa yang berlaku. Tetapi apabila mula menyedari diekori mereka memecut mula kenderaan walaupun dalam keadaan jalan kampung yang sempit dan tidak sempurna. Bayangkan memandu laju di jalan seperti ini pastinya akan membahayakan kenderaan lain dan juga kanak-kanak yang bermain di tepi jalan.


Memecut laju sehingga membahayakan kanak-kanak

Tidak salahguna kenderaan kerajaankah ini??

Kenderaan kerajaan tadi membelok masuk ke tempat program Pas. Memikirkan risiko yang dihadapi sekiranya turut masuk ke kawasan berkenaan, kami mengambil keputusan merakamkan dari jauh sahaja sebagai bukti untuk paparan di ManekUrai2009.

Relevankah kain rentang di atas?! Sekarang siapakah yang guna jentera kerajaan sebenarnya?!


7 ulasan:

cucupakkasim berkata...

umno NGOK, pas NGEK, maka jadi lah politik malaysia politik NGOK-NGEK, kah..kah..kah..

Kassim Bin Abu berkata...

Sauudara panglima perang transformer..

agaknya kalau dibandingkan dengan BN, siapa lebih banyak menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka ??? Jangan hipokrit lah, buat malu saja..

PAKCIK berkata...

kedua-dua lidah bercabang..pegang kepala dan hantuk kedua-duanya..

Tanpa Nama berkata...

jangan sebut sikit atau banyak, masalah buat atau tidak.

fikir elok-eloklah wahai cucunda sekelian.

malu pakai ketayap tapi cakap tak serupa buat.

ManTop berkata...

ramai orang panas hati baca artikel ko ni..

good panglima.


mampuslah korang dok sokong parti jamin syurga.

Gedung Akal berkata...

Aku rasa dua2 jenis main politik saja bukannya faham bahawa politi itu ibdah. Kau faham ke Panglima apa itu ibadah?

Tanpa Nama berkata...

memang siksaan Allah kepada orang lebih banyak ilmuu dua jkali ganda lagi besar dari orang jahil.

jangan ingat sesuka hati kecek / cakap tak dihisab.

gedung akal - baik kau tuikar je nama jadi gedung tak berakal.

ingat soalan tu panglima bpn tak leh jawab ke ?

ohhh baru aku ingat ibadah di sisi geng PAS ni ialah mencarut dan mengutuk.

pantut laaa...

Cari Blog Ini

Translate