Salam sahabat semua.
Menjelang PRK Manik Urai yang saya yakin bakal menjadi pencetus kebangkitan UMNO di bawah DS Najib Tun Razak, saya juga berkeyakinan kejayaan memerlukan bantuan semua pihak hingga ke saat saat terakhir.
Dengan dua ribu pengundi yang berada di bandar bandar maka mereka ini pasti dapat menjadi agen membawa mesej yang ditulis dan disebarkan oleh kita di alam maya ini.
Justeru itu saya juga menyeru diri saya dan rakan2 untuk meluangkan masa setakat daya yang ada bagi memastikan kita dapat menyerang dengan lebih tersusun dan tepat kepada sasaran agar fitnah yang mereka ada adakan akan kita cantas satu persatu tanpa rasa takut atau bimbang.
Terima kasih kepada sahabat kita di medan juang yang tetap tidak putus membekalkan info dan senario terkini di sana.
Yang paling menggembirakan ialah tanda tanda kemenangan sudah jelas dapat dilihat kerana rakyat sudah pun muak dengan permainan politik yang tidak ada kesan apa apa kepada persekitaran kampung mereka selama hampir 20 tahun di bawah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.
Mereka tentu sekali tidak suka kepada kewujudan wat Siam yang lebih tinggi dari masjid di Kelantan dan tugas kitalah memberitahu mereka yang tidak dapat mengakses ke ruang siber. Mudah-mudahan kita akan kembali bersatu menyokong Kerajaan dan UMNO bagi mengelakkan perpecahan dan keruntuhan kepada kejayaan yang telah kita kecapi sekarang ini.
Janganlah kita lupa bahawa kemajuan hasil dari usaha berterusan negara kita memikirkan cara menaikkan taraf dari negara tidak dikenali kepada negara yang begitu disanjung oleh negara negara Asia atau Barat sekalipun.
Jadi, sesiapa sahaja perlu menolak parti yang terbukti gagal melaksanakan janji mereka dalam PRU atau PRK sebelum ini. Nasib baiklah hanya 5 negeri ( sekarang 4 ) sahaja yang menjadi medan ujian kepimpinan mereka semua di atas platform haram bernama PAKATAN RAKYAT yang haram disokong kerana menggalakkan perbuatan bertentangan dengan Islam seperti mencari gaduh atau menuduh orang sesuka hati.
Ayuh !! kita habiskan peluru kita pastikan mereka akan tumbang kali ini dan menjadikan ia satu hadiah sangat bermakna kepada Perdana Menteri kita yang baru menyamut 100 hari menjadi PM semalam.
10 ulasan:
Salam tuan panglima.
ni berita baik untuk rakyat Malaysia..
11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri
1. Bagi meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.
2. Penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu. Sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
3. Masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.
4. Kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang sudah diberikan setakat ini.
5. Caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang dari antara RM500-RM700 seorang.
6. Menjelang 2010, seramai 10,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.
7. Tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit. Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
8. Peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.
9. Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, jumlah permohonan tertangguh pada 1 November 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lalu, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.
10. Infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.
11. Liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.
long live untuk our prime minister ds najib.
ore pah kecek blawok..ado jah piliherayo..gi ceramoh kecek agamo..sikit2 hare..hare jadah..
rakyat kelate hok dok reti baso dok puji2 nik aziz lebih pado puji nabi. demo ni dok ingat nik aziz dok penah wat doso.
beto la ore kato nik aziz tu ok..tapi puok dio dok pikir ore dok keliling nik aziz tu lagu mano? demo2 tu tunggu pelue jah..puok2 tu dok perguno dio jah..
jange jadi supo bekas PM kito..rakyat kato dio ni molek jadi pemimpin sebab BERSIH..digela MR clean..tp apo kesudohenyo..Pak Lah di lempar supo sampoh oleh ore hok kato dio ni bersih.
kalulah nik aziz naik dan jadi supo Pak Lah..sapo hok rugi..ore melayu jugok yg rugi.
tengok pulok ko gus dur..dulu ore kato pemimpin agamo..tp keno bue jugok ko rakyat indonesia..kalu dio panda memerintah..tokke dio ditolak oleh rakyat indonesia..ko lagu mano?
kawe dok pehe nga puok2 dok reti bahaso ni..ado otak tp dok lutut.
kalu nik aziz mati..lagu mano jadi nga pah lepah ni..doh la hj hadi puok dio dok pande..nasa pon di ludoh...
aku dok yakinlah nga puok ni..buke jadi koho molek..tapi koho huru haro...
anakmuda kini berada di manek urai sedih dengan ulama PAS yang biasa dibibir menabur fitnah, maki hamun, mengkhafirkan sesama Islam. Apapun, rakyat manek urai perlu sedar, hampir 20 tahun PAS memerintah kelantan, apa pembangunan yang di bawa kepada rakyat manek urai? jambatan sehala menghubungkan manek urai baru dan lama? nak tengok rupa jambatan itu? tengok kat http://ohpolitik.blogspot.com.
Salam pg5 dan kwn2...
Kalau nak di kira PRK MU ini boleh memberi makna yg sungguh besar kpd kebangkitan Umno di kelantan dan negeri2 lain di negara ini.
Peratusan org melayu yg tinggi 98% sdh tentu melambangkan kebangkitan kembali org melayu di negara ini jika Umno menang.
Apa pn kita mengharap sgt kefahaman yg jelas diberikan oleh pemimpin2 kita khasnya TPM dan pengerusi perhubungan negeri kelantan disetiap ceramah2 yg diatur diterjemahkan dgn baik 14july nanti...
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Slmt berjuang demi agama, bangsa, dan negara tercinta.
memohon jasa baik pihak tuan meng'highlight'kan blog kami utk perkembangan terkini dan cerita-cerita bawah tanah yg berlaku di PRK Manek Urai utk tatapan rakan2 1 perjuangan. terima kasih..
Undilah PAS, sama sama kita kuburkan BN di Manek Urai.. pade doh BN ni, tak releven lagi.
Penghuni Gua : Tuan Guru Haji Hadi ( Bapa kerajaan perpaduan yang disumpah oleh Tuan Guru Nik Aziz tempohari ) telah bertanya : ke mana gerangan DS Najib Razak PM Malaysia. Mengapa PM tidak datang ke Manek Urai.
2. Senang sahaja jawapannya. Nak tahu jawapannya?
3. BN akan menang di PRK Manek Urai. Buat apa lagi PM perlu datang. Cukup le dengan TPM sahaja yang datang. Ia tak ada kena mengena dengan hantu Atlantuya.
4. Lainlah dengan PAS. Masih tak yakin akan menang. Itu habis semua jeneral turun walaupun sebelum ini diharam datang Kelantan dan di sumpah seranah oleh TGNA. Tapi TGHH buat tebal muka sahaja. Itu pun bukannya TGNA suka sangat dengan kehadiran TGHH dan Nasaruddin datang. Tapi apa TGNA nak buat, dah jenis dua orang lebai muka tak tahu malu ni , nak datang juga, dibiarkan lah oleh TGNA.
5. Dengan kedatangan 2 pak lebai inilah yang menyebabkan PAS mungkin kalah, kerana 2 pak lebai ini telah disumpah oleh TGNA. Jadi inilah faktor kekalahan PAS. PG rasakan mungkin BN menang dengan majoriti 651 undi. Asas perkiraan ini ialah........................................
6. Jadi diulang sekali jawapan atas pertanyaan TGHH ialah : PM tak perlu hadir ke Manek Urai sebab BN telah melihaat tanda-tanda yang BN akan menang.
7. Lihatlah nanti. Jika PAS kalah, janganlah pula datang penyakit gila meroyan macam kumpulan Nizar di Kuala Kangsar tempoh hari. Manek Urai tu jalannya sempit. Jika 50 orang yang meroyan atas jalan, campur pulak dengan lembu yang dah sedia ada dan tidor bersama di jalan, haru dibuatnya Manek Urai.
8. Krghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Bohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
salam bro...insyallah sye akan sedaya upaya utk menyampaikan informasi2 tentang keburukan pembangkang dan kebaikan umno-bn utk pembaca semua..di harap dgn izin Allah S.W.T,Tuan Aziz Tuan Mat(umno-bn) menang p.r.k manek urai nnt...same2 la kite berdoa...
anakmelayu30.blogspot.com
support bro..!!!
saya sokong.....
terima kasih semua. blog manekurai2009 telah pun disebar luaskan kepada semua rakan2 BPN dan kenalan saya.
harap ia akan menjadi perhatian ramai nanti.
semoga kita akan menang di Manek Urai esok..
Amin...
Catat Ulasan