Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Julai 2009

Edisi Pagi : Makluman Penting


Beh395.jpg (327×328)


Pagi ni Panglima ingin membuat makluman beberapa perkara.

1. Blogger Pembela Negara tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan yang boleh mengancam keamanan dulu, kini dan selamanya. Jika pihak penyokong ISA dapat kebenaran berhimpun dari pihak berkuasa maka BPN tidak teragak-agak untuk beri sokongan dan galakan kepada anda semua agar dapat hadirkan diri ke sana. Kerana menggalakkan perbuatan melanggar undang-undang tidak selari dengan aspirasi kita sebagai blogger pembela negara ! Jangan kita meniru perbuatan pembangkang yang suka melanggar undang-undang dan hanya memikirkan keuntungan politik mereka sahaja tanpa mengira faktor keselamatan awam.

Image hosted by Photobucket.com

2. Panglima juga tidak dapat hadir kerana ada urusan kerja dari 1 Ogos hingga 5 Ogos hadapan. Panglima akan berada di 'luar rumah' sepanjang tempoh berkenaan. Mohon maaf kepada semua kerana tidak dapat sertai ' perarakan'... Walau pada awalnya telah memberikan kesanggupan turut sama hadir di perarakan tersebut.

3. Beberapa blogger yang dulu rakan BPN telah membuang logo samada sengaja atau tidak sengaja, Wallahu A'lam. Kebanyakan mereka telah mengubah wajah blog dan mungkin di ketika itu berlaku kesilapan atau keterlekaan hingga logo BPN tidak dimasukkan...Namun demi memastikan peraturan dan syarat BPN dipraktikkan maka saya terpaksa membuang blog yang tidak lagi memakai logo BPN. Mohon maaf !

4. Saya mendapat tahu bahawa Blog http://beritamalaysiakini.wordpress.com telah mengemaskini blognya dan telah memasukkan beberapa blog BPN di sana. Sahabat boleh menambah link di blog dengan memasukkan link blog tersebut. Saya akan meminta lebih ramai blog kita akan dimasukkan dalam senarai di sana...

5. Saya juga telah membuang semua blog pro pembangkang kerana merasa tidak untung sedikitpun meletakkan link link mereka di sini. Maka saya berharap agar kita membuang semua blog blog mereka dari 'dilihat' berada di blog kita. Masa berdamai sudah TAMAT...

mexican-wrestling-9


5. Saya telah mendapat tahu ada sedikit pergeseran antara rakan kita para blogger yang hebat dan mantap ini.... Saya telah menghubungi dan meminta rakan lain menjadi pendamai kepada dua kumpulan ini. Namun nampaknya ia masih lagi berterusan.

Pertelingkahan sesama blogger perlu dielakkan dan saya khuatir kerugiaan lebih besar dari kebaikan akan terjadi susulan dari perpecahan di kalangan blogger pro negara ini. Maka BPN menyeru semua agar melupakan sengketa jika mereka BENAR BENAR sayangkan nasib agama, bangsa dan tanah air dari diri dan dendam mereka sendiri.

Itu sahaja dari saya. Harap maklum.

7 ulasan:

PaKMie berkata...

Salam panglima dan kwn2...

Tq atas info2 terkini.Sama2lah kita mantapkan blogger BPN, sesunggohnya keiklasan dan semangat yg jitu yg ditunjukkan oleh BPN tambahan semasa menjelang pilihanraya kecil dlm membangkit dan menangkis segala tomaohan jahat pembangkang yg diketuai oleh Yg diPetua BPN seharusnya dipuji.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Iklas dri PaKMie.blogspot.com

Slmt berjuang!!!demi menengak kebenaran...

YANG GAMBI berkata...

Salam bos,

Kawan bersetuju dengan pendapat tuan, kita sesama blogers perjuangkan kebenaran untuk negara tiddak perlu berlaga sesama sendiri. Jangan tambahkan keresahan masyarakat dengan demontrasi jalanan..

Biarkan mereka dengan cara mereka untuk melakukan huru-hara, masyarakat sebenarnya sudah benci dan meluat dengan tingkah laku puak-puak yang suddah keterlaluan ini.

Anon berkata...

Blogger parpukari haramjadah tu macam mana!...

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

saya menurut perintah

abe MIE

Unknown berkata...

Saya amat terharu dengan pesanan yang diluahkan oleh Panglima…

Bagi saya apa yang diluahkan oleh Panglima adalah bertepatan dan saya menyokong dari hati saya sendiri dengan sejujur-jujurnya…

Terima kasih Panglima…

Blogger setiakawan tetap setia pada kawannya, blogger setiakawan tetap menghormati kawannya dan blogger setiakawan juga sentiasa menerima teguran dari kawannya…

HARAPAN SAYA AGAR BLOGGERS PRO UMNO DAPAT BERSATU DIBAWAH NAUNGAN PARTI KERAMAT PARTI UMNO !!! HENTIKAN PERBALAHAN DIANTARA SESAMA KITA!!! TANAMKAN SIKAP KETERBUKAAN DIDALAM DIRI KITA!!! AYUH KITA PERTAHANKAN HAK KITA!!! KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN UMNO!!! KALAU BUKAN KITA !!! SIAPA LAGI YANG AKAN MEMPERTAHAN DAN MEMPERJUANGKAN UMNO!!!

BERJUANGLAH!!! BERJUANGLAH!!! DAN TERUSLAH BERJUANG !!! SEMARAKKAN JIWA ANDA DENGAN SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG UMNO DULU KALA!!! KITA PENYAMBUNG WARISAN PEJUANG BANGSA!!!

SALAM HURMAT

SALAM PERJUANGAN

BJ

Parang Sasau berkata...

SALAM

SAYA AMAT BERASA KECEWA DENGAN TINGKAH LAKU SALAH SEORANG BLOGGER PRO UMNO YANG CUBA MEMECAH BELAHKAN PERPADUAN DIANTARA BLOGGER PRO UMNO !!! SEPATUTNYA KAMU SEMUA BPN PERLU MEMBATU RAKAN SEPERJUANGAN KAMU UNTUK MENEBUS MARUAH SALAH SEORANG PENYOKONG BPN YANG TELAH DIMALUKAN SECARA TERBUKA!!! WALAUPUN SAYA BUKAN AHLI BPN TETAPI SAYA MENYERU AGAR AHLI BPN DAPAT MELAWATI LAMAN BLOG INI DAN TOLONG FLAGKAN BLOG INI >>> SILA COPY URL INI http://mayakhairy.blogspot.com/2009/07/maya-berdoa-pada-yang-kuasa-selamatkan.html

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih atas sokongan sahabat semua.

saya rasa kekuatan kita apabila kita menggabungkan kelebihan yang ada di kalangan blogger pembela negara dan memaafkan kesilapan rakan rakan yang mungkin terlanjur terkasar bahasa.

justeru saya harap yang bersalah atau tidak akan memohon kemaafan dan kembali merapatkan saf perjuangan mereka demi nasib anak cucu kita yang memerlukan kestabilan politik bagi menjamin kestabilan ekonomi.

Yang penting, nasib bangsa serta agama kita akan terbela apabila suara suara kita dapat disatukan.

Itulah peranan dan cogankata kita selama ini, 1suara 1arah dan 1akidah melalui konsep 1malaysia.

Bersama kita jayakannya...

Terima kasih dan ayuh kita teruskan perjuangan !!!!!!!!

Cari Blog Ini

Translate