Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Julai 2009

Edisi Perpaduan : Nik Aziz sudah insaf kerana pukulan di Manik Urai ?

Alhamdulillah kita panjatkan kepada Allah Taala kerana cahaya perpaduan sudahpun muncul di hujung lorong perpecahan yang mengikat hati-hati Umat Melayu selama ini..

Semoga ikhlaslah pandangan terkini beliau yang selama ini begitu keras menentang perpaduan yang barangkali kerana begitu setia mendengar kata-kata punahsihat yang berada di sekeliling pinggang yang bernama Geng Erdogan. Hingga akhirnya dibelasah teruk oleh anakanda beliau Nik Abduh dalam blognya.


Cuma barangkali ia juga satu strategi selepas kalah undian walaupun menang di Manik Urai ? Bayangkan tidak pernah lagi sebelum ini MB Kelantan tersebut terpaksa mengetuk pintu rumah rakyat satu persatu. Namun ia berlaku di Manik Urai.

Siapa tahu kerana Nik Aziz dikenali sebagai ahli politik yang sukar dibaca langkah dan penangannya. Bahkan oleh orang PAS sendiri yang kerap menggeleng kepala dengan tingkah laku tok guru mereka yang jauh dari akhlak mulia Nabi kita yang amat Rahmat dan Belas Kasihan kepada umatnya.

Terbaru Tun Mahathir juga meragui kesedian Nik Aziz tersebut seperti yang dicatatkan oleh Utusan Malaysia di sini http://www.utusan.com.my

Kata beliau :



“Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang UMNO, dan selepas pemimpin Pas (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita.


“Sebabnya mereka kempen untuk Pas dan bukan untuk kerajaan,”



Sekarang, apa kata kita tunggu apakah keputusan Kerajaan UMNO / BN dalam menerima hasrat berbaik-baik PAS yang disuarakan oleh Nik Aziz.



Dalam kenyataan balas Timbalan Perdana Menteri berkata :




"Kita mengalu-alukan kenyataan beliau itu. Kalau ada keputusan (daripada Nik Abdul Aziz) seperti itu, langkah susulan akan diambil. Mesyuarat MT UMNO pada 31 Julai ini akan membincangkan perkara ini dan bagaimana untuk memulakan langkah awal dan mengadakan perbincangan serius mengenainya.



Cuma, selepas segala masalah yang timbul selama ini maka apa kata kita sebagai rakyat mendoakan PERPADUAN di atas terjelma antara agama dan bangsa di negara kita ?



Bukankah ia bekalan yang akan kita pusakakan untuk anak cucu kita satu hari nanti ????



Malangnya belum pun lagi artikel ini ditulis, sudah ada blogger menyiarkan kenyataan Nik Aziz yang menafikan mahu berbaik-baik dengan UMNO.

Seperti kata Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/2009/07/27/perpaduan-antara-kerajaan-ya-antara-parti-tidak-–-nik-aziz/



Adakah benar atau ia mainan Husam Musa bersama tukang tulisnya Kickdefella atas arahan Anwar ?


Wallahu A'lam.



Yang penting, dalam berbuat baik dan sedia memaafkan nampaknya ada lagi yang mahu mengikut kata syaitan agar sentiasa memenuhi hati dengan AMARAH DAN DENDAM berbanding dengan KEMAAFAN dan PERDAMAIAN.



Jadi, siapa yang kita nak ikut sebenarnya ? Parti nama Islam tetapi praktikal tidak islamik atau parti tidak beretorik dengan serban dan janggut namun melaksanakan Islam dalam teras pemerintahan dan perbuatan ?



nik-ajes-lee3.jpg (508×418)

Gambar Nik Aziz dengan Lee Kuan Yuew bekas PM Singapura ( blog Kapar )


5 ulasan:

Arif Omar berkata...

DAH BERUBAH SEMULA. MULUT MUNAFIK BIASALAH BOS. LIHAT KATA NIK AZIZ HARI INI : BERITA HARIAN
Bukan kerjasama Pas-Umno tapi kerajaan negeri dan Pusat: Nik Aziz


KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan Umno tetapi antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Katanya, laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan Umno bekerjasama adalah tidak tepat dan di luar maksud kenyataan beliau.

"Saya cakap antara kerajaan (negeri) dengan kerajaan (pusat). Untuk apa nak bekerjasama dengan Umno," katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini, hari ini.

MymassaVoice berkata...

Ayuh kawan-kawan! sama-samalah kita turun mempertahankan ISA sabtu ini! dapatkan info lengkap anda mengenai ISA di mymassa.blogspot.com

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Apakah selama ini UMNO tidak kenal PAS ? berputar macam seban deme juga.......

najamarine berkata...

sokong bro arif...

ni sume permainan mereka..setelah di lihat memaki hamun dan menggelar bermacam2 gelaran kepada pemimpin kerajaan yg seagama dan sanggup mempertahankan rakan ciom molot DAP mereka dalam setiap isu sebenarnye telah memakan PAS sendiri..

kerajaan perpaduan jelas kuiz yg di reka balaci2 AnwaRiBrahim ni untuk tunjukkan konun2 mereka sangat ikhlas..
sekarang...kerjasama dengan kerajaan pusat..ini kalau orang kelantan tak nampak lagi memang payah jugak...
sejak bila kerajaan pusat tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri kelantan tentang pembangunan negeri kelantan dan juga untuk rakyatnya???kenape baru sekarang nak bersuara walaupun sudah lebih 20thn kerajaan pusat membangunkan negeri kelantan"??nak bodek royalti hak bertindih tu ke??atau nak tambah peruntukan negeri kerana nak songlap lebih??

bukan nak pikir negatif,tapi inilah kebenarannya..lihat je muka nik aziz dalam buletin pagi kat TV3 pagi tadi...bkan main berkerut pertahankan kenyataan dia tentang kerjasama bukan untuk UMNO,tapi dengan kerajaan pusat..kerajaan pusat tu bukan majoriti nya org UMNO ke???bukan di terajui orang2 UMNO ke??

ini lah NIK AZIZ...ayat pertamanya adalah ayat seorang yg berilmu atau ulama'..tapi lepas kenyataan kedua mesti dah jadi politik.siapa yg ajar skrip keduanya tu???lu orang pikir la sendiriiii!!

Tanpa Nama berkata...

Makin sehari semakin nampak jelas PAS bertambah taksub kepada DAP. Sehinggakan ada ahli PAS yang sudah beranggapan ‘PAS itu DAP, DAP itu PAS!’ Tetapi malangnya, DAP tidak pernah beranggapan begitu, sebaliknya mereka tetap berkata bahawa DAP itu tetap DAP.

Hari ini PAS telah menyatakan bahawa DAP ialah parti yang teragung dan tersangat baik bagi membela nasib masa depan orang melayu/Islam.

PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui ‘kehalalan’ perbuatan itu, namun PAS akan lakukan juga demi untuk menunjukkan betapa sayangnya PAS terhadap DAP.Sebaliknya DAP pula TIDAK pernah memeberi reaksi seperti yang PAS berikan kepada DAP.

Baru-baru ini juga berlaku kematian seorang pegawai khas kepada EXCO DAP Selangor – lihat bagaimana PAS bersimpati, hingga ada yang sanggup ikut ’sembahyang mayat’ mendiang itu. Berteriak sana sini untuk menuntut keadilan.

Kematian misteri seorang ’siswazah wanita’ di sebuah Universiti tidak pernah PAS buat macam kematian pegawai khas EXCO DAP itu. Wanita itu rakyat negeri Kelantan pula. Mengapa PAS bersikap talam dua muka dalam hal ini.

Kemana arah tuju orang melayu/Islam mahu di bawa oleh PAS? Kekiblat DAP atau Islam? Sedangkan hari ini PAS cuma sibuk dengan DAP, hari-hari DAP! DAP! DAP! Mana negara Islam yang selama ini diperjuangkan oleh PAS? Sedangkan DAP yang di agung-agungkan dan disanjung itu anti-Islam.

Sebagai bukti yang jelas dan nyata kepada apa yang telah berlaku di Kedah. Kerajaan Tempatan cuma runtuhkan “rumah potong babi” sahaja. DAP sanggup tinggalkan PAS demi membela rumah ‘potong babi’ nya. Kesian PAS!

Akibat dari robohkan rumah potong babi itu, MB PAS terpaksa berjumpa Lim Kit Siang untuk berbincang. Hasilnya DAP dapat untung besar. PAS terpaksa mengaku tidak akan buat apa-apa sesukahatinya dan kena bincang dengan DAP dulu dalam semua hal pentadbiran di Kedah.

Di P Pinang, walaupun PAS ada seorang ADUN, di pinggirkan oleh DAP. Sekarang di Kedah, walaupun DAP ada seorang ADUN, ianya nampak lebih berkuasa dan bersuara dari ADUN PAS di P Pinang.

Jika inilah caranya sikap PAS, tidak mustahil PAS akan menjadi parti ‘tumpangan’ sahaja dalam Pakatan Rakyat.

Cari Blog Ini

Translate