Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Ogos 2009

Edisi Gembira : PKR kehilangan Adun Lunas dan 200 ahli di Kedah

ADUN Lunas keluar PKR

23/08/2009 11:48am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.
Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan

http://www.utusan.com.my


200 ahli PKR keluar parti

23/08/2009 11:32am

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.

Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas
Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Allah telah memberi hidayah kepada umat Melayu ini bahawa PKR dan PAS bukan memperjuangkan bangsa daan agama Islam yang sebenar. PKR & PAS menggunakan Islam semata-mata untuk nafsu serakah pemimpin-pemimpin mereka sendiri..

Syabas, mantan ahli-ahli PKR Padang Serai dan ADUN Lunas berani melepaskan diri dari jajahan pengkhianat bangsa dan agama...

Cari Blog Ini

Translate