Berikut adalah petikan dari PENASIHAT UNDANG-UNDANG UMNO Website:
"..Banyak telah diperkatakan di dalam akhbar dan juga blog-blog berkenaan status saudara Rohaizat bin Othman, calon BN N. 11 Permatang Pasir untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kecil ini. Begitu juga berkenaan tindakan tatatertib terhadap beliau oleh Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara. Pejabat ini ingin menjelaskan perkara berikut.
Perkara 48 Perlembagaan Malaysia jelas maksudnya iaitu seseorang hanya akan hilang kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen [di dalam situasi saudara Rohaizat, Ahli Dewan Undangan Negeri] jika:
(a) Tidak sempurna akal;
(b) Seorang bankrap yang belum dilepaskan;
(c) Memegang sesuatu jawatan berkepentingan;
(d) Gagal menghantar penyata belanja pilihanraya dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki;
(e) Disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 1 tahun atau denda tidak kurang daripada 2 ribu ringgit dan ia tidak mendapat ampun; dan
(f) Hilang kewarganegaraan.
Berdasarkan kepada perkara di atas, Saudara Rohaizat bin Othman tidak hilang kelayakannya dan nasihat di atas juga telah diberikan oleh Pejabat ini kepada pucuk pimpinan UMNO. Justeru itu, Saudara Rohaizat bin Othman telah dipilih untuk menjadi calon BN N.11 Permatang Pasir...".
BINGO!
#2. Dalam isu yang sama, AGENDA DAILY.COM ada menyoal apa kah sebenarnya agenda MAJLIS PEGUAM baru-baru ini...
"Apa agenda Majlis Peguam ??
Pilihan raya sepatutnya membabitkan pengundi, parti yang bertanding dan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR).
Pihak lain tidak wajar masuk campur apatah lagi membuat kenyataan yang boleh menyebabkan proses pemilihan wakil rakyat di sesuatu tempat secara demokrasi terganggu. Bagaimanapun, Majlis Peguam tidak memikirkan risiko ini apabila mengeluarkan kenyataan yang kini menjadi isu besar dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.
petikan dari blog Sedingin Salju ( klik sini )
Selepas gagal mencalarkan imej Rohaizat mereka cuba pula mengutuk Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat iaitu Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri. Beliau cuba digambarkan tidak adil dalam membuat keputusan tersebut kerana pernah menjadi Setiausaha Pulau Pinang sebelum ini...
Itulah pembangkang yang selama lamanya akan menjadi orang yang sentiasa mencari ruang untuk memburukkan kerajaan dan BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan