Jika penyokong Pakatan Rakyat suka bakar bendera..manakala segelintir rakyat di Indonesia juga turut membakar bendera kita kerana termakan isu-isu tertunggak hingga berani membakar bendera negara kita.
( seperti laman ini http://gambarhehe.com/2009/04/bendera-malaysia-dibakar.html )
Maka kita kena lawan penghinaan mereka dengan menggalakkan pemasanga bendera negara. Apatah lagi di saat kemeriahan menyambut MERDEKA di bulan Ogos ini.
Kita sebagai rakyat yang menghargai tanah tumpah darah ini perlu bersikap cintakan bendera negara kita. Jika ada orang di Malaysia tidak suka negara kita maka kita patut mendesak agar mereka dihantar pulang ke tempat asal....samada mereka rakyat negara ini atau pendatang yang tak reti istilah 'menjunjung langit di bumi yang dipijak' ...
Dengan kehadiran tarikh keramat 31 Ogos sudah tinggal beberapa hari sahaja lagi maka marilah kita sama sama kibarkan bendera Malaysia di semua tempat samada pejabat, rumah malahan di blog agar kemeriahan sambutan bulan Kemerdekaan ini akan dapat dirasai oleh semua.
Tahniah Malaysia atas kemerdekaan kali ke 52 tahun ini...
Moga kita akan kerja lebih keras membebaskan 'negeri-negeri' yang sudah terjajah oleh Pakatan Rosak hasil permainan politik kotor yang mereka mainkan sehingga menjajah pemikiran rakyat hingga kita kalah berterusan dalam PRK semenjak PRU 12 yang lalu.
Perjuangan ini juga adalah jihad siber dan kita kena yakin syurga tidak berada di bawah tapak kaki Nik Aziz sahaja bahkan di bawah tapak kaki orang lain yang benar benar mewarisi ilmu Nabi...Dan mengamalkan pendekatan Nabi dalam menyeru rakyat kepada kasih sayang bukan kebencian melampau atau mengkafirkan orang Islam...
4 ulasan:
Bro,saya ada buat kempen kibar jalur gemilang di Facebook.Jom join kempen!
http://apps.facebook.com/causes/339537/43151295?m=d23f40b3
Fadzli
Salam, tahniah dan syabas Malaysia...
Salam geng
Saya pun turut serta dalam kempen ini.
Rujuk blog saya -->
http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/08/kibarkan-jalur-gemilang.html
Hidup Malaysia!
Catat Ulasan