Logo baru Pakatan Rosak ? Sumber ( klik sini )
Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini.
1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR.
2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS.
3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi kerana nak puaskan hati, sanggup terima perkara salah.
Perkara salah ialah seperti suka mendengar fitnah walaupun berbuih mulut cakap 'Fitnah lebih dahsyat daripada membunuh".
4) "Double standard mentality". Tak apa PAS ada cacat cela sebab membawa 'perkataan Islam". Jadi kalau isteri 2 atau 3 dan rumah tangga tunggang langgang tak apa. Tak apa juga memaki hamun sesama Islam seperti selalu Mohd Sabu buat. Fitnah ( berita yang tak sahih dan disampaikan pula oleh fasik seperti RPK) diterima bulat-bulat walupun tahu itu dosa besar. Yang penting mesti serban dan tudung labuh. Lepas itu buang masa berjam-jam dengar ceramah ( pesta fitnah) mengenai Datin Rosmah atau Najib.
Dan masyarakat Melayu suka memilih apa yang mahu didengar. Apa yang sesuai dengan naluri politik kita, kita terima bulat-bulkat. Yang tak kita setuju walaupun benar kita tolak. Jadi Saiful yang sudi bersumpah laknat kitra tolak. anwar yang takut bersumpah kita terima. Apa yang UMNO buat sentiasa dipandang serong. UMNO turun padang dituduh berlakon. Tak turun padang dituduh sombong. UMNO mempertahankan hak Melayu dituduh mahu menakutkan melayu untuk menyokongnya. UMNO kritik Melayu dituduh tidak membela Melayu. Ketua bahagian UMNO kaya( sebab juga berniga) habis dituduh rasuah. Pemimpin PAS naik kereta mewah tiada siapa bising. Rumah pemimpin UMNO harga jutaan ringgit disebarkan sebagai terima rasuah walaupun beliau siap tunjuk resit.Rumah jutaan ringgit Pemimpin PAS tiada siapa bising.
5) Budaya bermusuh PAS sesama Islam. Begitu kasar dan tiada ruang tolak ansur untuk UMNO. Saya nampak budaya Melayu suka duduk berjam-jam di kantin( tak buat kerja) tapi mengutuk kerajaan yang membayar gaji mereka . Tidak sedarkah yang mereka makan gaji buta( ambil gaji kerja tak jalan). Pemimpin PAS langsung tak mahu berbaik sangka dengan UMNO. NIk aziz mengungkit perkara yang berlaku 30 tahun lalu . Begitu tinggi dendam walaupun orang yang dimarahinya semua sudah meninggal dunia.
6) Taksub.
Otak dicuci supaya tak mahu percaya langsung Utusan Malaysia atau RTM. Harakah yang giat menyebarkan fitnah dijunjung tinggi-tinggi.
7) Bila berkuasa Hadi sebut hudud hanya 0000.1% dari Islam. Maknanya bukan perkara teras. Bila dah tak berkuasa tuduh UMNO tak mahu Islam. Menjerit-jerit dan berusaha melemahkan kuasa politik Melayu dengan sikap suka berarak dijalan raya. Mana-mana kerajaan akan bertindak dalam hal ini. Bila polis bertegas, dituduh polis zalim. Dan yang paling nyata, saya nampak ramai anak muda Melayu rasa hebat bila dah masuk universiti dan balik dari luar negeri. Kononnya dah pandai. Jadi secara lantang mereka berusaha jatuhkan UMNO. Kononnya terlalu zalim.
Mereka lupa yang UMNO banyak kebaikan. Mereka masih mentah dalam kehidupan. Mereka tidak tahu yang ramai orang( seperti DAP) menyokong PAS bukan ikhlas. Mereka mentah dalam percaturan politik kerana mereka masih muda. mereka tidak bodoh. Mereka hanya muda dan tiada pengalaman. Mereka menerima bulkat-bulat sokongan DAP tanpa sedar yang jika UMNO tumbang, bukan PAS yang naik. Apa pun kelemahan UMNO (sebagai satu parti ditubuhkan oleh manusia) , saya berdoa ianya kekal memerintah Malaysia.
Gambar Malaysiakini
Mungkin saudara tidak sedar jika tumbangnya UMNO bukan bermakna PAS akan memerintah.
UMNO ialah teras dalam BN. Dari 139 kerusi, UMNO mempunyai 79 kerusi. Maknanya ianya memang dominan dalam BN. Apa erti teras. Maknanya segala keputusan mesti dapat kebenaran UMNO.
Apakah PAS teras dalam PR ?
Tidak. Apa saja yang PAS nak buat terpaksa minta kebenaran DAP. ITu hakikatnya. Di Perak, Nizar tak lebih dari boneka. Itu adalah kebenaran. Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Jadi Kg Baru Cina diberi grant 999 tahun. 1000 ekar diperuntukkan pada Sekolah Cina. Hal ini tak terjadi dizaman UMNO memerintah.
Di selangor, taraf Islam dah sama dengan ugama lain. Kalau ada masjid, mesti ada kuil dan tokong. Masa UMNO memerintah, perkara macam ini tak terjadi. Yang DiPertua Perbandaran tak boleh lagi runtuhkan kuil haram . Jika runtuhkan kuil haram , mereka akan digantung perkhidmatan . Pada 1998, Mohd sabu memaki hamun anwar Ibrahim dan mencabar Dr mahathir memecat beliau kerana liwat. Karpal singh juga dalam konvensyen DAP 1998 cakap ada bukti Anwar ialah homoseks.
Gambar Blog Mysrimuara
Jujurkah Mohamad Sabu dalam hal ini. Jujurkah PAS dalam hal ini. Jika mereka pun percaya itu sikap Anwar, kenapa sanggup berkerjasama dengan Anwar. Saya bukan ahli UMNO. Saya juga kritik UMNO. UMNO pun ada silap juga. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS. Penting sangatkah kisah ( kalau betul) Rohaizat beristeri dua. Bukankah kisah hidup pemimpin PAS juga 'Panas" dengan kisah nikah di Thailand. Bukankah isteri pemimpin PAS juga meminta cerai dan tuntutan jutaan ringgit.
Bukankah juga Muslimat PAS menangis mempertahankan ADUN Bukit Lanjan yang jelas buat perkara tak baik .Jadi pentingkah menceritakan hal orang beristeri dua. Kerana Allah atau kerana politik. Inikah Islam yang kita nak tegakkan? Siapa yang fanatik? Siapa yang sanggup "berperang" menjatuhkan saudara seugama dan sanggup berbaik dengan musuh Islam sendiri untuk kepentingan politik. Siapa yang sentiasa berburuk sangka? Siapa yang jadikan orang fasik seperti Raja Petra sebagai rujukan utama? Jujurkah kita semua ? Jujurkah PAS bila menerima Anwar walaupun Mohd sabu memaki hamun anwar 11 tahun lalu. Dan soalan ini sentiasa membuatkan semua orang PAS merah muka. Tidak pernahkah terdetik dihati PAS kenapa Anwar tidak mahu bersumpah walaupun dicabar? Persoalan ini akan nampak begitu mudah jika kita jujur pada diri sendiri. Semoga bulan Ramadhan ini akan mendorong kita melihat kebenaran.
sumber : blog Azli Shukri ( http://azlishukri.blogspot.com )
8 ulasan:
Blog bodoh macam ni lah yang buatkan rakyat makin meluat dengan UMNO...kih kih kih
Salam Bro.
Saya sangat puas hati dengan ulasan sdr. Sekarang ini penyokong PAS telah dirasuk hantu tokong. Mereka tidak nampak melayu dalam UMNO itu seagama dengan mereka. yang mereka nampak dan dengar ialah, apa yang diucapkan oleh Lim Kit Siang anak beranak semuanya benar belaka.
Tak hairankah, terdapat melayu di KL yang mengundi DAP semasa pru ke 12 dulu? Bukan tanda melayu nak runtuh ke tu?
Memang Payoh Nak berbual Ngan Orang PAS Ni. Asyik Nak Anggap Diri Sendiri Betul, Diri Sendiri Mulia, Diri Sendiri Tak Pernah buat Silap. Cam Dalam Blog Kawe. Jenoh Keluarkan Fakta Nak Counter Oghe PAS Sorang Tu. Last² Senyap. Pastu Bising Balik.
Haii.. Tak Paham Btol Mentaliti Diorang Nih..
Salam,
Apabila umat Melayu sudah terlalu taksub dengan ajaran Tok Guru, sedikit demi sedikit ianya berubah menjadi penganut kepada Tok Guru.
Sebab itu umat Melayu yang menjadi penyokong PAS tetap akur dengan apa yang Tok Guru kata.......tanpa dapat berfikir lagi...
tok guru depa ada kunci syurga.hahaha..
apa kata dato najib janji syurga tentu ramai nak join.
tetapi jangan terikut dengan gaya politik mereka yang berlagak macam tuhan atau wali besar.
mereka hanya berani bercakap tetapi tunggulah bahawa azab akan menanti siapa berdusta dengan guna agama untuk dapatkan undi ( baca : dunia)
Allah akan tunjukkan akhirat nanti. Biar kita kalah dengan terhormat dari menang atas penipuan.
teruskan perjuangan sahabat2 sekelian..
Salam...
Kalau hendak berbicara ttg islam/melayu jgn bincang dgn pas/PKr.
Kalau nak bincang bagaimana nak fitnah sesama islam/melayu dlm Umno, silalah mengadap Nik Aziz or Hj Hadi.
Kalau nak belajar putarbelit sesama sebangsa/islam pergilah mengadap Anwar.
Actikel yg baik tepat dan jitu...
Syabas Pg5 Perang cyber.
Slmt berjuang demi kebenaran dan slmt berpuasa bgi org muslim.
Asalamualaikum dan salam sejahtera,www.Pakmie.blogspot.com
Tuan,
Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-
Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.
Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)
di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots with blog entry”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda secara langsung ataupun secara tidak langsung terhadap Kempen SSS ini apabila, anda telah memuatkan sekurang-kurang satu tulisan/artikel/bahan di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini.
__________________
It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.
Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab
(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).
We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots with blog entry). We wish to record our utmost appreciation for your support toward SSS campaign by having at least one blog entry/article/item, written in support of the SSS campaign, directly or indirectly. Thank you for your support toward the SSS campaign.
Terima kasih.
Satu Sekolah Untuk Semua
rujukan Artikel Tuan
salam semua..
tahniah, satu kenyataan yg tepat.
selagi melayu PAS masih TAKSUB kepada perjuangan yg akhirnya PASTI meruntuhkan kedudukan Agama, Bangsa dn Negara, maka janji Allah adalah NERAKA kepada mereka!!
teruskan dengan perjuangan mu saudara ku..kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kpd mu.
salam
Catat Ulasan