KENYATAAN AKHBAR KEDUA YUSRI ISAHAK – 23 OGOS 2009
Tujuan saya untuk bertemu pihak media adalah untuk menjelaskan beberapa kekeruhan yang timbul akibat penampilan saya minggu lalu. Saya mendapat banyak reaksi dan spekulasi daripada pelbagai pihak. Jadi saya tampil untuk menjelaskan bahawa kenyataan akhbar tersebut diadakan dengan iniasiatif saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ianya dibuat untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga. Untuk itu, saya mempertahankan segala kenyataan yang saya buat sebelum ini.
Di pihak saya, saya menganggap kes ini sudahpun selesai. Namun apa yang saya perhatikan, sejak 20 Ogos yang lalu, pelbagai tohmahan telah dilontarkan yang mana menyimpang daripada tujuan asal saya membuat kenyataan akhbar. Keadaan ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar ini kerana saya merasa sedih melihat serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat.
Secara tidak langsung saya merasa dibabitkan sama di dalam usaha-usaha memburuk-burukkan Rohaizat. Tetapi apabila keadaan semakin buruk dan Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.
Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati.
Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.
Semasa saya tampil ke hadapan tempoh hari ialah kerana saya merasa marah dan kecewa kerana saya dijadikan kambing hitam di dalam kes yang membabitkan Koperasi itu. Kerana itu kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Malangnya, usaha saya untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam kes itu telah digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.
Saya yakin akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua- dua kenyataan akhbar ini. Sebanyak mana wang dan harta dunia sekalipun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya.
Sebagai seorang Islam dan warganegara yang bertanggungjawab, saya cuma ingin menyatakan apa yang berlaku, tanpa takut atau mengharapkan balasan ataupun dieksploitasikan oleh mana-mana pihak.
Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang sihat dan mencerminkan kematangan bangsa yang telah merdeka selama 52 tahun. Pembangunan dan kestabilan negara yang telah dicapai selama ini tidak harus dilupakan begitu sahaja.
Tujuan kenyataan akhbar saya ini bukanlah untuk mendapat publisiti atau untuk mana-mana pihak mengeksploitasi apa yang terjadi. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sama-sama bermuhasabah diri dan menghindarkan sengketa sesama kita.
Janganlah kita keji-mengeji, hina-menghina, fitnah - memfitnah sesama Islam kerana ia akan mendatangkan perpecahan yang boleh mengancam kepentingan kita bersama.
Percayalah, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini apa yang saya lakukan adalah kerana desakan hati nurani saya.
Sekian terima kasih.
Yusri Ishak.
8 ulasan:
Setuju dengan Panglima
Sokongan boleh diniagakan...calon songlap UMNO sekarang dah tak songlap lagi...calon bersih...UMNO Ngok.
sebenarnya isu ini takde kaitan langsung dgn Rohaizat. Apabila PAS menggunakan isu ini bermakna mereka sudah kehabisan isu.
Salam PPC, Yusri tidak mahu menangung beban di akhirat, bukan kerana dia dibayar untuk membuat pengakuan begitu...... PAS yang mengaku Islam tulin masih membuat fitnah, kerana mereka yakin akan tetap ke syurga....
Salam,
Usaha syaitan terhalang lagi.
TQ Yusri. Bersabar ajelah.
ini sama gak islam plastik..kah..kah..
dah terlambat kah..kah..kah
dah kalah pun ...7-0
wakah..wakah..wakakahh...
Nampak nya UMNO makin bertambah parah. setiap strategi yang diaturnya tidak pernah menjadi. Di mana salah silap nya?
Sehingga ke hari ini UMNO masih tidak nampak pulih. Sudah 7 PRK dilalui, semuanya kecewa belaka.
N11, Permatang Pasir majoriti penduduk melayu, UMNO tewas dengan teruk. Bagaimana pula dikawasan majoriti bukan melayu pula? Adakah UMNO akan mendapat sambutan pula? Saya rasa jawapan nya TIDAK.
Jika trend pengundi yang sama berlaku di N11 Permatang Pasir merebak keseluruh negara, pasti UMNO akan menerima padah buruk pada PRU13 nanti.
PRU13 semakin hampir, tanda2 UMNO untuk bangun semula langsung tidak nampak. Nampak nya UMNO sudah hilang akal, cuma menunggu hari untuk di pukul mati.
Catat Ulasan