Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Oktober 2009

Edisi Sabtu : Pendapat Blogger-Blogger Isu Mereka Difitnah Menjadi Blogger Upahan !

Saya mendapat respon hangat oleh blogger-bogger yang sempat memberi komen artikel saya berkenaan fitnah pembangkang yang menuduh blogger yang mengkritik pembangkang adalah blogger upahan.

Jika dulu Kerajaan tidak begitu menghargai peranan blogger namun sekarang beberapa siri pertemuan telah diatur dan hasilnya memuaskan ramai pihak kerana suara mereka tidak sahaja berkumandang di alam siber bahkan diungkapkan juga di hadapan pimpinan negara kita.

Antaranya ialah Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dan juga dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin di Carcosa Seri Negara tempoh hari.

Di bawah respon rakan blogger dan anda boleh tambah jika mahu berikan pandangan untuk menafikan fitnah pembangkang bahawa kita adalah blogger upahan yang tidak ada minat berjuang kerana Allah tetapi kerana fulus sahaja.


Terima kasih kepada yang telah memberi komen...


____________________________________________________________________


SHAH said...

Assalamualaikum

walaupun masih hijau lagi dalam dunia penulisan blog berunsur politik dan sebenarnya amat hijau mengikuti segala perkembangan politik negara.

kupasan yang cukup menarik saya rasakan berkenaan dengan karenah blog pro pembangkang. kupasan isi yang menjelaskan secara terperinci apakah sebenarnya dunia blog lebih2 lagi etika yang disalah gunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

teruskan perjuangan, saya sentiasa bersama pihak anda dalam mengharungi karenah tak masuk pihak pembangkang.

11:43 PM, October 30, 2009


Aspirasi said...

Syabas Panglima... mereka semakin rasa tertekan ni....

11:47 PM, October 30, 2009


Che Leh Jangok said...

Mudahnya mereka melontar pertuduhan. Mereka rasa mereka tahu kerana itulah yang mereka dok buat kot. Nak tutup kehinaan sendiri tu kena lontarkan busuknya kepada orang lain lah barangkali.

12:27 AM, October 31, 2009


Apai Ngelai said...

Salam bro,

memang benar, kita tak pernah dapat bersaing dengan blogger PR yg sentiasa menghadap komputer 24 jam sambil buat fitnah.. itu bukan kepakaran dan bukan bidang kita. Blog kebanyakan rakan2 kita termasuk kawan sendiri pun diupdate selang 2-3 hari.. jarang2 ada masa nak update setiap 24jam.

Tapi inilah yg beritahu diri kita sendiri, sebab KITA TAK CARI MAKAN DENGAN BERBLOGGING. Tak macam kebanyakan blogger yg pro-PR. Lihatlah blog mereka yg penuh iklan sana sini, sampai jenuh kena scrol ke bawah nak cari isi kandungan yg nak dibaca. (Macam tengok movie kungfu kat TV2 - Selang 5-10 minit iklan.......)

Apakah blogger PR saja2 nak reka cerita supaya blog mereka sentiasa dikunjungi dan mendapat perhatian peniaga untuk menempah ruang bagi iklan produk mereka? apa sebenarnya kerja mereka, berblogging untuk mendapatkan kebenaran atau untuk mendapatkan keuntungan? Atau sambil menyelam sambil telan suma pembohongan yg ditulis?

1:28 AM, October 31, 2009


hilbert said...

Salam Panglima,

Biasalah tu Panglima..orang PAS atau DAP ataupun PKR, sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk membuat andaian seperti itu.

Apabila puak mereka melihat ada saja blogger yang menulis lebih menyebelahi kepada UMNO ataupun mana-mana anggota lain dalam BN maka blogger-blogger itu juga tidak akan terlepas daripada tohmahan yang sudah boleh disifatkan sebagai sudah berakar didalam minda mereka.

Bagi saya sendiri, saya bukannya ahli UMNO ataupun berbangsa Melayu, namun apabila saya telah melihat perjuangan UMNO yang sangat jelas dengan dasar-dasar partinya yang mudah untuk difahami dan diterima jadi tiada sebab untuk saya menafikan sesuatu yang benar.

UMNO setelah di bawah kepimpinan Presidennya yang baru iaitu Datuk Seri Najib, saya melihat ada sesuatu perubahan yang semakin boleh menarik keinginan orang Melayu khususnya untuk terus mendekati UMNO. Cara kepimpinan PM kita sekarang ini senang dan mudah sekali untuk kita fahami kemana arah tuju negara untuk dibawa.

Berdasarkan kepada keadaan seperti itulah maka bagi saya tiada sebab lagi untuk rakyat mengatakan yang mereka tetap menolak apa jua perjuangan yang dibawa oleh UMNO serta BN. Mereka tidak sepatutnya terus menutup mata, hati serta jiwa raga mereka tanpa terlebih dahulu membuka fikiran untuk berfikir tentang sesuatu perkara yang sedang terbentang di depan mata mereka.

Maka saya percaya itulah antara punca dan antara sebab-sebabnya menjadi masalah yang masih membelenggu dalam kotak pemikiran puak-puak PAS/DAP/PKR sehingga sukar untuk melihat bahawa sebenarnya ada perbezaan pada setiap kali adanya perubahan, namun mungkin oleh kerana ketaksuban membabi-buta mereka kepada pemimpin-pemimpin yang mereka sanjungi itulah sebagai penyebab kepada gagalnya pihak mereka melihat semua itu.

5:34 AM, October 31, 2009


PUTERI said...

Ada antara blogger yang tidak cenderung kepada mana-mana politik, tetapi mengkritik figur2 pembangkang seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim, tidak bermakna mereka blogger pro UMNO. Tetapi mereka adalah blogger yang turun padang untuk bersama-sama menyebarkan kesedaran dan kebenaran kepada masyarakat demi melihat negara ini aman, dan tidak dikhianati oleh individu2 yang sebenarnya seperti musang berbulu ayam. Blogger2 pro pembangkang yang diupah ini sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri, kerana merekalah yang diupah dan dengan kebangkitan blogger2 yg jujur dan ikhlas tanpa menerima habuan wang ini menjadikan mereka seakan terhimpit kerana mungkin akan menjejaskan mata pencarian mereka. Itulah hakikatnya. Sebenarnya mereka blogger pro pembangkang yg makan gaji dgn kerja menfitnah dan memaki ini lah yang membuka pekung di dada sendiri.

8:39 AM, October 31, 2009


DaVillageBoy said...

Perjuangan kita harus disemarakkan lagi...hari ini mungkin blogger2 Pakatan sial ini akan bertambah gerun Pembela negara..hampir berjuta rakyat Malaysia yang membaca Sinar Harian 31/10/2009 boleh membaca hasil tulisan abg...ini akan mendatangkan ketakutan dalam diri mereka...

2:55 PM, October 31, 2009

1 ulasan:

AbgTuah berkata...

SALAM..

ADALAH SATU PEMBOHONGAN JIKA DITUDUH BLOGGER PRO KERAJAAN INI MENGAMBIL UPAH DARI AKTIBITI BERBLOGGING.

CUMA YANG ADA ADALAH KEBANGAAN DIHATI APABILA TELAH MENDAPAT PERHATIAN DAN DIIKHTIRAF BAHAWA SUARA BLOGGER JUGA AMAT BERKESAN BAGI MENANGKIS SEGALA TOMAHAN YANG DILEMPARKAN KEPADA KERAJAAN SELAIN DARI MENYAMPAIKAN INPUT-INPUT YANG POSITIF KEPADA PEMBACA.

PENULIS TAK PERNAH MENYUARAKAN PERKARA INI...TETAPI UNTUK PENGETAHUAN UMUM, BUKANNYA MUDAH UNTUK BERGERAK KESANA-KEMARI DI DALAM KESIBUKAN TUGASAN HARIAN DAN PERLU PULA MENGELUARKAN RATUSAN RINGGIT DUIT POKET UNTUK MENGHADIRKAN DIRI BAGI MENDAPAT BERITA ATAU PUN MEMBANTU DISETIAP PRK.

TAPI INILAH PENGORBANAN KECIL DARI KAMI BLOGGER PRO KERAJAAN DEMI MAHU MELIHAT KERAJAAN YANG ADA TETAP STABIL DAN TERUS BERJAYA.

KAMI MENYIMPAN PERPATAH..USAH DITANYA APA YANG PARTI/KERAJAAN BERIKAN KEPADA KITA..SEBALIKNYA TANYA LAH APA JASA KITA TERHADAP KERAJAAN.

Cari Blog Ini

Translate