Pagi ini saya dimaklumkan oleh Blogger Jentayu Abaka bahawa rtikel saya ada dimasukkan dalam kolum Blog, akhbar Utusan Malaysia. Terima kasih atas pemilihan saudara Lukman pengelola ruangan tersebut atas jasa baik beliau.
Saya buat blog bukan untuk nama saya cuma untuk suarakan idea dan pandangan saya sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran untuk semua kaum di negara kita. Terutama bangsa Melayu yang menjadi tonggak kepada kepimpinan negara.
Ketika ini saya sedang menulis di sebuah restoran di Putrajaya. Kerana ada urusan di sini. ALhamdulillah berkat restu Allah Taala saya sekarang sudah dapat menggunakan xperia x1 untuk menjelajah alam siber di mana sahaja. Alhamdulillah!
usaha ini saya buat demi memastikan jika saya ditanya Allah di akhirat, tentang apakah sumbangan saya untuk menjaga agama,bangsa dan negara maka blog inilah yang akan menjadi buktinya.
Untuk itu juga saya menyeru rakyat Malaysia yang lain tidak kira apa jua bangsa untuk membantu menjaga negara kita yang semakin teruk diancam oleh pihak berkepentingan dan alat kuasa asing bagi memburukkan Polis,Sprm,Hakim termasuk PM di negara kita.
Ayuh kita berjuang dengan 1Suara, 1Arah dan 1Akidah dengan semangat 1Malaysia.
Salam Jumaat Penghulu Segala Hari...
Catat pada : 1.00 PM, Nilai.
YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
23 Oktober 2009
Edisi Jumaat : Alhamdulillah tulisan Panglima dalam Utusan Malaysia !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
tahniah panglima. makin famouslah blog panglima lepas ni.
anyway good luck.
muahaha
Salam..Tahniah Pang5.
Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
Salam perjuangan..
Catat Ulasan