Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2009

Edisi Ahad : Muhammad Taib Bakal Lompat ke Pakatan Rakyat bersama Yb Husam ?


Jika benar berita ini maka satu lagi petaka berlaku dalam dunia politik Melayu. Selepas Zaid Ibrahim mengikut jejak langkah Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat maka gosip mengenai bekas Menteri Besar Selangor yang dilapor oleh Malaysiakini ( klik ) ini barangkali tidak tepat.

Namun dalam politik berbagai kemungkinan boleh berlaku.

Tidak ada mustahil seperti mana kita mengatakan satu ketika dulu Tengku Razaleigh Hamzah mustahil kembali kepada UMNO ketika menjadi Presiden Semangat 46, dan Allah tunjukkan kepada kita bahawa ia tidak mustahil dan diingati hingga kini. Meskipun kesan perpecahan tersebut telah berjaya menumbangkan UMNO Kelantan sehinggalah ke hari ini. Kemusnahan yang sukar dibina kembali dalam masa beberapa hari.

Percubaan menghidupkan gosip liar ini bagi saya cubaan untuk menutup isu saham Azmin Ali dan isterinya Shamsidar. Masakan Anwar akan membiarkan orang kanannya menderita diserang seorang diri. Apatah lagi dalam sesi serangan yang sudah dipalu gendangnya oleh Anwar beberapa hari yang lalu.

Ketika Blogger terhebat Pakatan Rakyat iaitu Raja Petra giat menyiarkan transaksi yang dikatakan dibayar oleh Deepak kepadaPrivate Investigator (PI) Balasundram dan ketika itulah juga Anuar Shaari giat menyiarkan bukti kekayaan yang dimilki oleh Azmin dan isteri.

semakin sengit pertarungan memenangi hati dan fikiran rakyat sekarang inil. kerana serangan sekarang tertumpu di dalam memenangi hati dan fikiran bukan lagi ketenteraan yang boleh dikesan dengan senjata canggih atau satelit.

Keretakan PAS juga semakin hebat dengan isu cuti lima hari yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan Nik Aziz semalam.... Saya mendapat info tidak rasmi bahawa Husam dan Ariffahmi akan dipecat. Namun jika benar, saya pasti sudah ada skrip tersusun rapi akan disediakan oleh PAS bagi mengelakkan mereka mendapat 'kemaluan' yang besar ekoran pertelingkahan yang tidak diduga berlaku ini.

Menarik juga Husam telah dijemput menghadiri program Institut Kajian Dasar (IKD) tidak Hj Hadi atau Nasarudin. Bahkan Anwar Ibrahim telah mengumunkan kehadiran Husam Musa dan Prof Aziz Bari dalam blognya lihat gambar di atas. Artikel tentang kehadiran Husam Musa ke majlis IKD dapat anda baca di sini http://www.anwaraidc.com/2009/11/kenapa-kickdefella-saran-husam-musa-tinggalkan-pas.html


Apabila Anwar dijemput oleh Amerika dan Anwar menjemput Husam Musa dan Aziz Bari maka semua itu tampak bagi saya, seolah ada 'rantaian' yang mengikat antara satu sama lain yang sukar ditanggalkan tetapi sulit juga untuk dibuktikan. Mereka seakan ada 'gerakan tersendiri' dan saya tidak pasti adakah ia bertujuan yang dibenarkan agama atau tidak.

yang pasti, saya masih tidak pasti adakah Husam Musa akan melompat bersama Muhammad Taib menyertai Pakatan Rakyat atau Anwar Ibrahim yang sebenarnya akan melompat ketakutan kerana satu persatu kegiatan lama beliau dan geng didedahkan lawan ??


Oh saya masih mengantuk lagi petang ini, mahu berehat kejap. Saya sudah tersengguk beberapa kali menulis artikel di petang yang redup dan hujan gerimis ini..

Berikan komen hebat anda tentang tajuk di atas dan saya akan luluskan jika beradab dan tidak mengeluarkan perkataan menyalahi undang-undang dan adat setempat.

Bye.....

8 ulasan:

melayuangkat berkata...

Birds of the same feathers flock together?

hilbert berkata...

Salam Panglima,

saya fikir Tan Sri Mohd. Taib tidak akan berbuat demikian.

beliau dulu selalu datang ke daerah pendalaman di Sarawak. Beliau bekerja kuat untuk BN sama juga dengan Datuk Shahrir Samad.

selain Datuk Aziz Shamsuddin dulu, dua pemimpin pusat inilah yang rajin datang ke daerah kami, kalah lagi YB kami sendiri. Kedua-dua mereka ini rajin untuk mengetahui masalah penduduk luar bandar. Saya kagum dengan mereka.

oleh itu tidak terlintas langsung difikiran saya yang Tan Sri Muhammad Taib hendak mengkianati perjuangan murni beliau sendiri sebelum ini.

lagenda berkata...

Salam Ziarah.....

Dalam politik macam-macam boleh berlaku tidak kira sebelah BN atau PR......Yang teruknya Bloggers2 BN dan PR la dok bersaing untuk menegakkan pendapat masing2 orang politik senang-senang je buat perangai......

ISAC berkata...

Dulu PR chop Tan Sri Muhammad sebagai pemimpin yang "corrupt" semata2 kerana beliau ditangkap di Australia dengan wang bernilai jutaan ringgit.....

Jika benar Tan Sri Muhammad nak melompat ke PR biarkan sahaja.....

Rakyaat yang akan menjadi jurinya...

Cheguman berkata...

Setuju dgn Isac. Bagi saya jika Mat Tyson keluar daripada BN, kurang sikit beban kita.

Tanpa Nama berkata...

ohh..tengah mengantuk ruanya..

patut la tulisan macam orag takde otak..

kuat tido macam dolah bodohwi

Xeno berkata...

Eh, mat taib? dia x sama dgn ahli "all malaysian rejects" lain dalam PKR (ex-UMNO). Malah dia lebih baik lagi.

Apa yg Msiakini cuba buat? Kalau salah, bikin malu jer

Tanpa Nama berkata...

TS Mohd di persilakan pergi.Satu Tg.Yah menunggu anda di PR.

Cari Blog Ini

Translate