Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 November 2009

Edisi Hangat : Terbukti Kickdefella akan mendedahkan sikap Menantu Nik Aziz bernama Ariffahmi !



1. Terbukti bahawa Kickdefella akan membongkar masalah dalaman dalam PMBK yang didakwa melibatkan menantu Nik Aziz, Mursyidul Am PAS bernama Ir Ariffahmi Abdul Rahman seperti laporan Mstar di sini http://www.mstar.com.my/. Lebih lanjut Kickdefella juga tahu siapa dalang yang memecatnya seperti laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com

Adakah isu yang ditimbulkan termasuk isu terima penajaan haji yang berjumlah linkungan RM350 ribu seperti dakwaan blog ini http://pemudapadangrengas.blogspot.com. ?

Semua ini dan banyak lagi pasti akan membongkar satu persatu rahsia yang tersimpan kukuh di bawah karpet Perbadanan Menteri Besar Kelantan hinggalah ia bocor hari ini selepas pemecatan yang tidak diduga oleh sesiapa..

2. Kes beliau ditamatkan kontrak serta merta adalah kerana didakwa memberi maklumat kepada SPRM dan Adun Barisan Nasional...Ekoran kes tersebut dikatakan punca kenapa Nik Aziz dimasukkan ke IJN pada 6hb November lepas sehari sebelum Seminat Politik PAS. Walau cuba mempertahankan tindakan melantik menantu menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan tersebut di sini http://www.malaysiakini.com/news/87527

3. Beberapa komen atas nama 'Staf PMBK' telah rancak ditabur dalam beberapa blog termasuk blog Kickdefella ( http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/10/penamatan-kontrak-serta-merta/#comments ) yang mengaitkan Ariffahmi dengan beberapa salahlaku dan jika ia didiamkan oleh pihak dituduh tanpa dijawab tentu akan mengesahkan dakwaan tersebut.

Apatah lagi ia disiarkan oleh bekas staf PMBK sendiri bernama Sheih Azidi ini di blog beliau..


Contohnya :


- Gaya Hidup Ariffahmi

Gaya hidup melebihi gaji atau pendapatan yang diperoleh seperti mempunyai rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain.

Akan menunaikan haji pada tahun ini (2009) bersama isteri dengan kos sebanyak RM65,000/orang sebanyak RM130,000.00.



Ariffahmi Melantik Kontraktor Tanpa Tender Terbuka Atau Tender Runding

Telah melantik kontraktor tanpa melalui tender terbuka atau tender runding untuk kerja-kerja ubahsuai pejabat, menurap jalan, memasang billboard dan lain-lain. Kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor melakukan kerja-kerja ubahsuaian rumahnya sendiri.

3.1 Ubahsuai Pejabat

Ubahsuai pejabat tingkat 4 dan 6 telah diberi kepada satu kontraktor yang merupakan kawannya. Kontraktor ini merupakan kontraktor yang menjalankan ubahsuai rumahnya sendiri.

3.2 Menurap Tar Kawasan Letak Kereta (Bawah Pokok)

a. Kawasan ini merupakan tempat baru dan kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor yang sama bagi kerja-kerja di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu.

b. Menurap semula jalan masuk dan persekitaran bangunan PMBK yang tidak rosak yang masih cantik juga kontraktor yang sama di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu. Dalam hal ini PMBK telah mengeluarkan wang tambahan yang merupakan satu pembaziran.



Lawatan Sambil Belajar Ariffahmi Ke Kuwait Dan Mengerjakan Umrah Dengan Perbelanjaan PMBK Sepenuhnya.


Rombongan lawatan sambil belajar ke Kuwait telah dibuat pada pertengahan Jun 2008. Sebahagian daripada ahli rombongan, termasuk COO telah singgah di Jeddah semasa perjalanan balik dengan alasan untuk berbincang dengan MB atas keputusan lawatan sambil belajar tersebut. Perjalanan ini telah dirancang dari awal lagi dan persoalannya, atas dasar apakah perbincangan tersebut dibuat. Tidak bolehkah ianya dibuat selepas MB balik ke Kelantan yang mana tempoh MB ke sana cuma berbeza beberapa hari sahaja, atau pun sebahagian rombongan ini mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan MB menggunakan pembiayaan sepenuhnya oleh PMBK. Disebabkan perjalanan ini terpaksa dibuat menggunakan transit ke Jeddah, PMBK terpaksa menanggung sejumlah besar perbelanjaan tiket kapal terbang (business class) untuk mereka, berbanding dengan penerbangan terus yang lebih murah.


INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN

Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.

Memandangkan kriteria di atas beliau dipinjam kepada PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Sampai sekarang (hampir 5 tahun) walaupun telah diberi kuasa EKSEKUTIF masih lagi gagal dan belum dilaksanakan. Difahamkan dari sumber yang berpengalaman dalam bidang ini, 5 tahun lagi projek ini tidak akan dapat dilaksanakan.

Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.

Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum. Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan.

Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah dengan melucutkan jawatan Pegawai Tinggi untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa. Kemungkinan, CEO bertindak untuk ‘memadamkan’ maklumat penting bagi menyelamatkan dirinya dari fakta atau bahan bukti apabila sesuatu kes berbangkit. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.



Apakah ini detik-detik kejatuhan Nik Aziz dan PAS selepas 19 tahun dibiarkan memerintah Kelantan ?

Saya sebagai anak Kelantan tentu mengharapkan ia akan terjadi kerana PAS tidak mampu membawa apa apa kecuali janji yang hanya bersifat pemanis mulut sahaja.

Krisis yang berlaku akan semakin melemahkan PAS yang sudah terlalu lemah dalam menghadapi satu persatu kifarah Allah ke atas kesombongannya membuat janji perdamaian dengan UMNO demi perpaduan umat Islam bangsa Melayu.


6 ulasan:

ISAC berkata...

Salam Tuan,

Kickdefella ni boleh dipercayai ke? Bukan ke dulu kata dia "budak" Husam?

Bila kena buang baru nak pecah rahasia atau sememangnya dia seorang "agen umno" Talam 2 Muka?

Menyamakan Mufti Perak sebagai pelacur politik.....Kena hati2...Matlamat X menghalalkan cara....

Anak Lenggong berkata...

Kah ..kah kah..pelacur upahan kusam musa mula bersuara dengan pendedahan segala kepincangan didalam guni pas...tetapi kenapa dahulu dia tak bersuara dan menyimpan semua ini sebagai harta karun..ooo sebab takut susu miss kut...ni lah diantara sikaf hipokrik bloggres upahan pas dan husam musa...bila ditendang keluar daripada golongan mereka...baru lah dedahkan segala keburukan didalam pas...pieeerraahhh..tapi sekarang dengan pendedahan ini merupakan batu loncatan untuk kita mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran pas yang konon nya memerintah dengan suci dan berlandaskan ugama ..

Panglima Perang Cyber berkata...

salam.

ada teori kata isu kickdefella bagi menutup isu baiah cerai taklik dalam Pas.

ada orang kata ia kerana pembersihan geng erdogan dalam kerajaan negeri.

ada juga teori kata kickdefella sedang menerima balasan ALlah atas perilakunya sebelum ini.

Mana yang boleh kita guna untuk dedahkan siapa dia Nik Aziz sebenar kita gunalah.

Takkan rakyat ahli dan penyokong Pas akan kata ini agenda didalangi Umno?

sekarang kita akan tunggu dan lihat sahaja drama atau irama yang dipersembahkan ini.

Anak Lenggong berkata...

Sekarang ni kita tunggu dan lihat bagaimana dimamat ni akan dimaki dan dihina oleh rakan-rakan seperjuangan nya dahulu..kah kah kah...sekarang dia terima lah akibat dan balasan daripada segala fitnah dan maki hamun yang dia ucapkan kepada orang lain dahulu...OOO...PANASSS....OOOOO

Warisan berkata...

Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia

Dulu kata ke Pak Lah dengan KJ, sekarang Nik Aziz dengan Menantu....samalah tu

Mengata dulang paku serpih.

Warisan berkata...

Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia

Dulu kata pada Pak Lah dengan KJ... sekarang Nik Aziz dengan Arif... kira samalah tu.

Mengata dulang paku serpih.

Cari Blog Ini

Translate