Pagi tadi saya telah membaca artikel tentang Blogger yang didakwa dipelihara oleh Husam telah ditendang keluar dari Perbadanan Menteri Besar Kelanta.Adakah kerana isu Ariffahmi yang sedang disiasat SPRM, Wallahu A'lam.
Ketika ini saya sedang menulis live dari Parlimen dan ketika Menteri Pertahanan membuat ucapan ada 12 orang yang berkulit putih yang masuk ke dalam dewan. Soalan demi soalan dilontar oleh Ahli Parlimen Pkr Machang Yb Saifudin Nasution berkenaan isu pertahanan negara dan berjaya dijawab dengan baik oleh Datuk Zahid Hamidi. Kedatangan rombongan mat saleh tidaklah dapat dipastikan tujuan mereka. Selesai jawapan diberi mereka telah keluar dari dewan..
Sebagai seorang Blogger Pembela Negara kita patut mengikuti isu yang dibincangkan dalam Parlimen kerana di sinilah bermula apa yang telah dan akan dimulakan dalam negara kita. Panglima berharap ada lagi peluang datang ke Parlimen masa akan datang. Hari ini kebetulan diajak oleh kawan.
Ikuti luahan Kickdefella yang mungkin begitu sedih kerana ditamatkan kontraknya serta merta.Dipercayai dilakukan oleh geng tidak sealiran dengan Husam. Apakah beliau akan menjadi blogger membongkar korupsi dalam PMBK seperti komen yang ada di blog Padang Rengas? Walllahu A'lam.
Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.
Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,
Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.
Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,
Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.
Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.
Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.
Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.
Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.
Perjuangan Belum Selesai.
Patah Sayap Terbang Jua.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Kampung Demit
- Kickdefella
komen : Adakah ini satu lagi pembersihan Geng Erdogan dari Perbadanan
4 ulasan:
Salam Ziarah....
Biasalah kalau tak sealiran senag-senang ja ditentang ni lah dinamakan politik.
kickdefella kena kick dek PAS... hahahah!!! Takpa... Meh join kami plak... Blogger pembela negara..
salam Panglima,
nampak gayanya penyakit barah dalam PAS juga PKR semakin merebak...
blog murahan.....pembela agama konon.ak tngk x de satu pun perjuangan agama dlm blog ni.knp x bersuara kt najib spya suh ttp aurat bininya..klu bnda tu pun x leh nk bwt cane nk bela umat islam,akhlak umat ilam,akidah umat islam..hr ni dh rmi yg murtad,dngn araknya,clubing untuk umat islam nye..buka akhbar kerajaan yg dibaca oleh majoriti umat islam tiba2 tngk2 ada keputusan judi yg dimurkai Allah..jadi knp ko x bela islam yg telah lama tercemar di malaysia..dasar umno.yg tau melayu3 shja..islam dimusnahkan...mati nanti tngk la ye
Catat Ulasan