Petang ini ketika sedang berehat saya terjumpa video Anwar sedang berceramah di BTN. Menariknya ia baru diuploadkan oleh AIDC. Saya bertuah kerana dapat melihat sendiri ucapan DSAI di kursus BTN yang didakwanya berbaur perkauman dalam menjalankan kursus. Kerana hari ini beliau sangat kuat menghentam BTN yang pernah menjadi medan ceramah beliau satu ketika dulu...
Pelik kerana jika BTN mengajar perkauman dah lama kita akan bergaduh sesama sendiri. Melayu akan tikam Cina, India akan tetak Melayu tetapi realitinya Malaysia tidak begitu. Kerana fitrah manusia memang bencikan PEMBUNUHAN dan PERMUSUHAN. Dan agensi Kerajaan seperti BTN mustahil akan melakukan sedemikian rupa..
Maka untuk lebih adil lagi pandangan saudara/i tentang isu BTN yang masih hangat ini apa kata kita tengok video ceramah Anwar tersebut...
Ok, salam petang Jumaat dan edarkan video ini ...
6 ulasan:
Hahaha bagus bro...kantoooiiiii!
Pepatah Melayu berkata: hanya johari yang mengenal manikam, hanya yang pernah mengalami dapat ceritakan pengalamannya.
Saya salah seorang manusia malang yang pernah menghadiri kursus anjuran BTN, bukan sekali tapi dua kali. Dan setiap habis kursus, saya rasa sangat terhina kemanusiaan saya kerana modul BTN yang tidak pernah membantu meningkatkan patriotisme saya, sebaliknya banyak mengajar untuk melihat orang lain seperti anjing kurap! Pengajar BTN seperti Zionis yang lupa bahawa Allah jadikan manusia dari pelbagai kaum dan bukan orang Yahudi atau Melayu saja makhluk di dunia ini.
Dan apabila ramai yang menghentam kursus itu, saya rasa tergelak: mengapa lepas berpuluh tahun barulah pemimpin-pemimpin PR diberi hidayah untuk menyedari betapa celakanya kursus BTN?
Mungkin seperti kata MP Sg Petani yang merupakan salah seorang orang kuat BTN dulu, mereka telah insaf dan sedar BTN memang kursus yang merosakkan pemikiran rakyat. Mungkin Anwar juga telah insaf kerana pernah menjadi kepala bapa BTN yang biadap itu! Lepas berpuluh tahun baru Johari MP Sungai Petani dan Anwar sedar, adoooh pigi daah!!
Harap-harap Allah mengampunkan Anwar, Johari MP Sg Petani dan beberapa pemimpin PKR yang pernah berada di dalam tong busuk BTN. Dan diharap juga pemimpin-pemimpin Umno lain akan dibuka pintu hati mereka oleh Allah untuk melihat betapa celakanya BTN. Semoga pemimpin Umno menyedari realiti bahawa kita hidup di abad kedua puluh satu dan bukan lagi di zaman batu! Haramkan kursus ala-BTN, jangan lagi menghina kemanusiaan, kebijaksanaan dan keintilektualan manusia.
nape geng2 pr x tunjuk ape yg anwar ckp dalam btn,edar la dalam harakah,idak pun tulis pasal isu pafa dan balak perak yg tgh hangat skrng
ape kate geng2 pr tayang ape yg anwar cakap dalam ceramah btn nyer,idak pun siar dalam harakah.idak pun siar pasal pafa ngan kes balak di perak.ape cer nizar
Kalau macam inilah mentaliti seorang PEMBUNUHIBLIS, memang ketawa besat si iblis gamaknya! Mentaliti anda menunjukkan anda tidak berupaya merangka strategi yang berkesan untuk membunuh iblis.
Salam...
Salam Revolusi...
Saya tidak rasa BTN ini sebenarnya memberi masalah kepada rakyat terutamanya PR...
Tetapi Pakatan rakyat ketandusan isu...
maka mereka terpaksa menimbulkan isu baru supaya dapat menutup kelemahan mereka seta isu yang mampu mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap mereka...
Kalau kita lihat,
Kerajaan Selangor memulakan isu ini....
Sebenarnya Kerajaan Selangor PR mahukan satu kem seumpama BTN yang dicipta sendiri oleh mereka...
Sudah pasti mereka terpaksa menimbulkan isu ini...
Saya percaya mereka mahu sebarkan angan2 mat jenin mereka melalui kem sendiri...
Ini bukan isu besar...
Saya percaya rakyat masih percaya dengan BTN hanya ini cuma dibesarkan oleh pihak pemimpin pembangkang yang ketandusan isu...
Saya sebagai seorang pelajar juga TELAH BANYAK KALI MENYERTAI BTN tetapi inputnya tidak sama...
Ada sahaja pembaharuan yang dibawa agar BTN terus dekat dengan jiwa rakyat...
Isu yang sering diketengahkan isu sejarah tetapi PR tidak dapat menerima sejarah...
Perkara ini terbukti...
Kit lihat pendirian PR dalam isu Chin Peng...
Kita lihat isu KETUANAN MELAYU...
kita lihat isu dalam Agama Rasmi Negara...
Kita lihat isu tentang KONTRAK SOSIAL...
Pandangan mereka cukup menunjukkan mereka tidak dapat menerima fakta sejarah yang tidak layak mereka mempersoalkan...
KESIMPULANNYA, PAKATAN RAKYAT KETANDUSAN ISU !!!!!!!
Terima Kasih...
salam...
Catat Ulasan