[Menteri] Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi:
Dalam hal ini, isu kalimah Allah adalah di luar bidang kuasa kita, di luar bidang kuasa mahkamah kerana ianya adalah non justifiable dan kes tidak sepatutnya diputuskan oleh kita dan oleh mahkamah.
Permohonan kerajaan dan tujuh majlis agama Islam umpamanya dan MACMA iaitu Persatuan Saudara Baru (Cina) Islam untuk rujuk kes ke Mahkamah Persekutuan kerana isu ini adalah isu yang melibatkan Perlembagaan Persekutuan dan melibatkan kuasa Raja dan Sultan sebagai Ketua Agama Islam, maka kita serahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memutuskan.
Walaupun kes perbicaraan permohonan ini akan disuarakan, akan disebut pada 7 Julai 2009, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang dibuat di bawah Perkara 11(4), Perlembagaan Persekutuan.
? 1700
Pada masa ini 10 negeri telah menggazetkan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Baling kecuali Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Oleh hal demikian larangan penggunaan perkataan Allah telah diperuntukkan dalam enakmen yang termaktub dan penguatkuasaan yang telah dibuat di negeri-negeri yang telah saya sebutkan tadi.
Oleh yang demikian, dalam hal ini elok kalau dapat kita tidak menggunakan Dewan yang mulia ini sebagai wadah dan pentas untuk kita berbahas mengenainya dan hormatilah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Baling sebagai pendirian rasmi kerajaan walaupun kami berbeza
parti tetapi itulah pendirian yang kita mahukan… [Dewan riuh]
9 ulasan:
salam panglima....
serius cakap, jika nyawa jadi taruhan maka nyawa lah juga akan kami berikan dalam perjuangan Jihad ini. kita akan tentang habis habisan akan hal ini
Sebelum debat dilaksanakan sila perbetulkan dulu rasuah yang ada dalam UMNO@BN dan akhlak wanita dan puteri2 UMNO yang masih tidak menutup aurat. Itu lebih penting sebelum pergi lebih jauh untuk memartabatkan islam. Perkara kecil pun gagal diislamkan inikan pula perkara yang lebih besar.
Harap maklum
Dollah, rasuah dan hal menutup aurat adalah dosa yang mendapat keampunan daripada ALLAH jika pelakunya bertaubat. Murtad lain isunya.Mana lebih penting memelihara dan menjaga umat ISLAM daripada murtad atau pun menutup aurat.
Disebabkan kita memandang enteng perkara yang beratlah yang perkara yang kecik2 tak dapat dilaksanakan.
Kenapa semua benda harus dipolitikkan? Suci sangat kah PAS?
Yang pastinya melayu ngan melayu dah bergaduh. Nape x ada suara dari bukan melayu? Tahniah utk khalid gereja yg memperjuangkan isu tersebut. Lepas ni kalau ada isu murtad salah sape ye..tentulah UMNO
Gomo - terima kasih... itu asas hidup seorang Islam untuk menjaga agamanya..
Dalam hal ini kita pasti desakan rakyat akan menjadikan Kerajaan lebih tegas dalam menjaga isu nama Allah.
Kalau kita tidak bersuara tentu sukar Kerajaan mahu pertahankan nama Allah ini dari diberikan kepada agama Kristian Herald Tribune.
Dollah : isu nama Allah dengan isu rasuah mana lebih besar ?
pegi tanya Nik Aziz....
jangan cuba tukar tajuk di sini... sila pegi betulkan pendirian tok guru anda dan khalid samad terlebih dahulu.
kalau dollah tanya n.ajis, dia mesti kata. ahh. . ini semua UMNO yang punya pasal. UMNO yang salah.
kalau dia tanya kalid samad. kalid mesti kata Yeahh. . takebeer!!. .mission kita berjaya. .
Assalamualaikum
Kes Murtad Aishah Bukhari, Hartina dan ramai lagi.
Masa tu mana pegi org Umno? Betul apa yg dikatakan sdr Dollah tapi saya ingin menambah. Laksanakan undang2 syariah yg jelas dinyatakan dlm al-Quran kalam Allah.
Umno kan berkuasa sekarang dah lebih 50 tahun knpa tak laksanakan undang-undang syariah. Ada bran???
Mcm mana nak didik anak kita sembahyang kalau mak bapak sendiri pun sembahyang pun boleh kira. Jd mulai sekarang perlu tarbiyah bukan shj org Umno malah semua umat Melayu Islam mengamalkan Islam sepenuhnya.
Masih ingat sewaktu Aishah dimurtadkan, kelihatan hanya pemuda Pas yg berusaha mencari Aishah (org B.Pahat Johor). Sbb saya nampak poster2 ditampal ditiang2 lampu. TV3...korang pun tahukan... takut nak buat ulasan.
Wasalam
Dulu sokong skrg tak
Assalamualaikum.
Saya ada 1 cadangan berkenaan isu ini demi 1Malaysia. Orang Kristian beriya-iya nk guna kalimah Allah dalam kitab mereka. Dalam masa yang sama, orang Islam membantah keras akan hal ini.
Demi perpaduan 1Malaysia, apa kata PM mewakili orang Melayu Islam membuat perjanjian terbuka dgn tokoh agama Kristian yg mewakili komuniti Kristian Malaysia. Bila saya kata "perjanjian terbuka", maksud saya buat live telecast lah.
Begini perjanjiannya. Kerajaan akan berlaku ihsan kpd orang Kristian dgn membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah dalam ajaran mereka. Sebagai tukar gantinya, kerajaan akan mengenakan HUKUMAN BERAT ke atas mana-mana pihak yg cuba menyebarkan Kristian kpd umat Islam di negara ini. Ini bermakna, segala risalah ataupun ajaran Kristian tidak akan diberi tempat dalam urusan arus perdana. Ajaran Kristian tidak boleh disebarkan secara terbuka oleh mana-mana saluran; tidak kira melalui para mubaligh, media massa atau media elektronik.
Segala aktiviti orang Kristian mestilah berpusat hanya di gereja dan dalam kejiranan majoriti penganut Kristian sahaja. Segala risalah ataupun maklumat mengenai Kristian hanya boleh didapati di gereja, tidak boleh dari tempat lain. Ini termasuklah majalah mingguan The Herald Tribune. Sesiapa yg nk access ajaran Kristian, gereja lah tempatnya.
Tiada satu pun ajaran Kristian yg keluar dari gereja, dan tiada satu pun umat Islam yg masuk ke gereja. Tiada lagi promosi perayaan Christmas secara terbuka di Malaysia. Tiada lagi pokok Christmas besar di lobi Suria KLCC. AGAMA KRISTIAN AKAN DIWARTAKAN SEBAGAI AGAMA TERPENCIL DI NEGARA INI DARI PERLIS HINGGA KE SABAH.
Dengan termeterainya perjanjian ini, dengan disaksikan oleh semua rakyat Malaysia secara langsung di tv, maka kedua-dua belah pihak beroleh kemenangan.
Orang Kristian menang dari segi memperoleh hak menggunakan kalimah Allah, agama Islam juga menang dari segi mempertahankan kesuciannya sebagai agama rasmi negara. Kalau dibawa ke mahkamah pun, orang Islam akan menang kerana isu Islam sbg agama rasmi negara memang termaktub dalam perlembagaan.
Amacam. Ok tak idea ni?
pahamkan maksud setiap ayat al-quran , jgn skdr mengaji al-quran shj .
Catat Ulasan