Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Januari 2010

EDISI KHAS : RESOLUSI BPN 1 / 2010 MENYOKONG PERDANA MENTERI MENGUTUK TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA !!


Blogger Pembela Negara ( BPN ) bersama-sama dengan Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak di dalam mengutuk tindakan membakar 3 buah gereja yang telah dilaporkan berlaku awal pagi tadi. Ia terjadi sebelum demonstrasi membantah nama Allah kepada Gereja Katolik berlangsung di Masjid Negara, Masjid Kg Baru dan Masjid Negeri Shah Alam hari ini.

Perbuatan membakar rumah ibadat bercanggah dengan ajaran Islam dan semua pihak tidak patut menyokong tindakan tersebut kerana ia boleh mengancam keselamatan dan menghakis kedamaian yang kita nikmati sekarang ini.

Ketegasan Perdana Menteri di dalam mengutuk perbuatan tidak bermoral tersebut adalah bukti beliau benar benar mengamalkan tuntutan agama di dalam memelihara keamanan dan menjaga keselamatan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau bangsa. Selaras dengan tuntutan Islam yang meminta umatnya menjaga rakyat yang dipimpin dengan adil dan saksama.

Pihak berkuasa perlu menyiasat dengan segera tindakan membakar gereja yang sangat berbahaya kepada perpaduan di negara kita. Apatah lagi jika ia didalangi pihak tertentu khasnya parti politik yang sememangnya ingin menjadikan negara kita di dalam suasana huru hara selepas mereka sudah tidak mampu lagi membawa isu isu yang lain bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Atau ia boleh jadi satu cubaan jahat bagi memburukkan Islam selepas isu penggunaan nama Allah ditentang hebat oleh kita semua !

Insiden pergaduhan membabitkan agama di beberapa negara luar seharusnya sudah cukup menjadi panduan kepada kita semua betapa bahaya jika persengketaan berdasarkan agama ini berlaku di negara kita. Kita perlu berganding bahu memadamkan segera benih permusuhan yang timbul agar ia tidak memudaratkan semua pihak.

Meskipun kita membantah tindakan Gereja Katolik memohon penggunaan nama Allah di Mahkamah Tinggi tetapi mana-mana orang Islam kita tidak sepatutnya membuat tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Kerana kedaulatan undang-undang adalah asas kepada kestabilan sesebuah negara termasuk Malaysia. Bahkan agama kita tidak mengajar membakar rumah ibadat agama lain.

Keselamatan adalah harta pusaka yang akan kita tinggalkan sebagai warisan anak cucu dan janganlah tangan kita yang memusnahkan pusaka tersebut yang sudah dijaga dengan baik oleh datuk nenek kita terdahulu.

Marilah kita mengutuk tindakan membakar gereja tersebut dan bersama membantu menjaga keamanan agar ia berkekalan hari ini dan untuk selama-lamanya...



Yang benar,

YDP Blogger Pembela Negara


Panglima Perang Cyber

Jumaat / 8 Jan 2010 bersamaan 18 Muharam 1431



Berita berkaitan gereja dibakar boleh di baca di sini :


Berita Gereja dibakar http://mstar.com.my/

PM kutuk tindakan bakar gereja http://mstar.com.my

Pas buat andaian Operasi Lalang 2 akan bermula http://www.harakahdaily.net/v2/


Nota : Apa pandangan anda andaian liar PAS di atas bahawa Operasi Lalang2 akan bermula ? harap dapat berikan komen kerana PAS sering membuat andaia sebegini untuk memburukkan pihak UMNO dan Kerajaan !

6 ulasan:

Ahmed Fauzan berkata...

Bakar gereja bukan cara kita di Malaysia...Kenapa terlalu beremosi dalam mengambil tindakan???Negara ini ada undang2...

Tanpa Nama berkata...

semakin hampir pembicaraan DSAI semakin banyak isu-isu sensetif yang di prokasikan oleh pihak pembangkang. KDN harus perlu bertindak segera menggerak pasukan polis dan perisik bagi memantau keadaan keselamatan negara sehingga selesai pembicaraan Anuar Ibrahim. Biarlah kita berbelanja lebih untuk keselamatan rakyat pada masa terdekat ini. Pembakaran gereja tidak mungkin dilakukan oleh orang awam kerana mereka tiada kepentingan apa-apa dengan menyalahi undang-undang kecuali orang yang ada kaitan dengan politik. Ini bukan masalah emosi tetapi provokasi supaya ada tindak balas dan menjadi negara dalam keadaan huru hara. Mereka ingin memerangkap kerajaan supaya menggunakan ISA dengan itu mudah mereka memburukkan kerajaan nanti.

YANG GAMBI berkata...

Salam Panglima, ingin dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang untuk mengambil kesempatan politik dengan isu ini dan selepas itu tuduh UMNO punya angkara.......

Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....

Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.

Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........

Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....

AbgTuah berkata...

SOKONG PENUH RESOLUSI BPN.

PAS SEMEMANGNYA BEGITU, DAH JADI DARAH DAGING MEREKA SENTIASA BURUK SANGKA DAN SUKA MENIMBULKAN PRASANGKA DENGAN MENGUNAKAN POLITIK DESESI DAN DIVERSI AGAR KERAJAAN SENTIASA DILIHAT BURUK DAN LEMAH.

AT MENGUTUK KERAS TINDAKAN PAS YANG SENGAJA MEREMEHKAN TINDAKAN PENCEGAHAN KERAJAAN UNTUK MEMBENDUNG ISU SENSITIF INI DARI MENJADI TIDAK TERKAWAL DAN MENGUTUK KERANA SENGAJA MENGADA-ADAKAN CERITA OPP-LALANG.

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih atas sokongan saudara/i semua.

kita perlu tegas pada ketika yang sesuai..

Islam rahmat sekelian alam.

Tanpa Nama berkata...

aku dan keluarga adalah penyokong dan pengundi pas sejak dulu. Tapi sekarang ni sejak pas ni ta kenal bangsa dan agamanya aku dah mula benci. Aku sekarang ni benci sangat dengan pas sejak dia berkawan dengan DAP yang anti islam. Sekarang ni aku bertambah meluat apabila pas kata allah ada 1+3. Aku dengar dah ramai kawan-kawan aku dan ahli-ahli pas yang sama pendirian dengan aku. Sorry ye, kali ni undi aku dan keluarga, aku HARAMKAN untuk pas.

Cari Blog Ini

Translate