Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Januari 2010

Edisi Nama Allah : Kenyataan PAS Yang Ibarat Lemah Tenaga Syahwat !

Pertama : PAS teragak-agak membuat kenyataan berhubung isu nama Allah dan menunggu hari ke-4 untuk mengeluarkan kenyataannya. Sudahlah lambat membuat pendiriannya, PAS juga membuat sindiran kepada pihak yang membantah keputusan Mahkamah Tinggi dengan kenyataan berbunyi begini :

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tak ubah seperti tuduhan Mahfuz Omar yang disiar Harakah di sini :



Kedua : PAS seperti tidak berani menyatakan pendirian bahawa nama Allah hanya hak ekslusif umat Islam seperti yang telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketiga : PAS sudah 'lemah syahwatnya' sejak berkahwin dengan PKR dan DAP dan tidak lagi dapat diharap membawa isu Islam dalam perjuangannya. Termasuk dengan sengaja membiarkan Gobalakrishnan dan Nga Kor Ming mempersendakan Al Quran dengan menggunakannya untuk berceramah politik di hadapan penyokong PAS.

Yang masih tidak lemah ialah kenyataan Timbalan Presiden PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS yang masih lagi jelas menyokong nama Allah tidak diberikan kepada non Muslim. Bahkan hukum kufur diletakkan kepada sesiapa yang menyokongnya. Tahniah Dato Haron Din atas kenyataan tersebut.


Terima kasih atas komen saf kepimpinan Kerajaan, Parti UMNO atau PAS serta NGO-NGO yang menyokong nama Allah hanya untuk Islam sahaja, kerana ia tanda iman anda masih 'gagah' dan 'keras' lagi hari ini.

Jauh beza dengan Anwar Ibrahim yang seolah-olah sudah gagal mengingati apakah benar nama Allah itu milik Islam atau Kristian. Hingga masih lagi berdiam diri dari membantah nama ini diberi kepada Kristian walaupun atas tiket 'demokrasi' dan 'hak asasi manusia'.

Ikuti beberapa tulisan sahabat saya di bawah berkenaan isu yang disebut di atas.






Wallahu A'lam.

7 ulasan:

jiwakita berkata...

salam....

manakan boleh DSAI menentang keras
kalimah ALLAH di gunakan dalam
penerbitan HERALD...hilang sokongan atau
kena maki oleh 'sahabat kristiannya' sudahlah tentu!..

rakyat jelata berkata...

Well,nak bagi pendapat ttg isu agama yg melibatkan akidah camni takkan la amek 1 hari je kot.
Kan kene berbincang dgn sehabis baik dulu.Isu mcm ni mane boleh cepat melatah.Yg melatah tu emosi.Yg berbincang tu la yg bijak.

SSRCARE BEAUTY berkata...

aku lihat layu dalam melayu.....
aku pasti bukan aku seorang saje yg nampak...
ada juga yg bercadang bertanya tuan yg punya...
tapi bercampur risau dan tak tergamak....
nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri...
jadi aku menyendiri.... memerhati.... dan akhirnya mengakui....
yg kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan, bunga tak cantik kembang mekar ke kiri....
aku lihat layu dalam melayu...
tanahair kita yg punya kita... kita siram kita baja.... tapi angin api kita lupa.... mereka merancang masa menjilat bangsa.... 13 harimau bertukar menjadi mangsa....
kita lupa....
nenek moyang kaya raya.... jangan sesekali digadai harta bendanya...
ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu..... takkan melayu hilang di dunia... ya... tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa.... petah berbahasa kudrat tak berjasa.... orang berbudi kita hanya tahu merasa... selalu lari bila dirapat, selalu malu bila soalan diaju.... selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju.... belum menyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak.... bukan kata takde otak, cuma tak berfikir di luar kotak.....
ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu.... ku lihat layu dalam melayu...
aku jadi sayu... bunga menangis dia mendayu.... mahu jadi cantik tapi ragu....
aku merayu.....
bangunlah semula hidup kembali.... jangan tunggu matahari mati.... cepatlah mekar sebelum terlerai....
perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai.... perjuangan kita belum selesai....
http://arenanusantara.blogspot.com/

10 BUDAK HITAM berkata...

Assalamualaikum saudara,

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Salam dari 10 Si budak hitam..

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih komen sahabat semua..

bro, blog 10budakhitam akan dilinkkan di sini.

tq

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..kita ni dok bincang tentg orang kafir je..alik2 mereka itu memg tak ditaklifkan dosa pada mereka..kita tgok diri kita ni..dok pertahankan isu kalimah ALLAH tapi perkara wajib yang Allah perintahkan atas diri kita ,ada kita pertahankan???hukum ALLAH ada kita tegakkan??..hukum hudud Allah pun kita tak yakin nak laksanakan..lagipun orang tak faham ape itu hukum hudud..yang orang tahu potong tangan dan potong kaki ..cam mane 2??ni palk nak tegakkan isu kalimah ALLAH..sebelum buat ape2 pandangan , baiklah kaji dgn ilmiyah terlebih dahulu..bukan copy paste je pandapat orang..ok..

AMIR RAOF berkata...

rasanya tulisan ni kena tukar warna hitam. tak baper jelas nak baca

Cari Blog Ini

Translate