Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Januari 2010

Edisi Perpaduan : Gambar Khairy dan Mukhriz Melawat Omardin di IJN !!!

Sekeping gambar menceritakan seribu perkara..

Sekeping gambar mampu meruntuh atau meneguhkan sesebuah negara.

Sekeping gambar juga mampu memadamkan amarah atau menaikkannya.

Sekeping gambar juga diharap dapat menjana perpaduan sesama pejuang alif ba dan ta di negara kita..

Diharap gambar ini dapat menjernihkan hubungan keruh antara penyokong KJ dan Mukhriz di alam siber atau nyata.


BPN mengharapkan perpaduan akan mengukuhkan perjuangan kita dan digeruni oleh musuh musuh agama bangsa dan negara.

Ayuh kita dedahkan kepincangan lawan dan berhenti bertelagah sesama sendiri....


Semoga Datuk Omardin Mauju yang merupakan Mahaguru serta Pengasas Pertubuhan seni Silat Lincah malaysia (PSSLM) akan segera sihat selepas menjalani pintasan jantung tidak lama lagi...







Gambar Utusan Malaysia
Selasa 19 Jan 2010 halaman 16

11 ulasan:

YEOP PARIT berkata...

Para blogger penyokong 2 watak dalam gambar saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. Mungkin mereka tidak sedar bahawa 2 pemimpin tersebut boleh tidur sebantal, walupun mimpinya lain-lan. Biarlah kita semua bertaut demi keutuhan parti. HIDUP UMNO!

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih.

saya akan link kan blog saudara.

terima kasih.


Yeop : jika pemimpin sepakat maka perjuangan kita akan berkat.

Arif Omar berkata...

DIA TAHU MURKHIZ DATANG , ITU YANG TERGESA-GESA DATANG. OMAR DIN RAMAI PEMINGKUT. NAK CARI MAKAN. PG TETAP BERPENDAPAT KJ HARUS BERUNDUR DAN DIHILANGKAN DARI PETA POLITIK UMNO DAN MALAYSIA.

Wira Pandian berkata...

time ni..kalau tepi mulut KJ ada terlekat nasi ka, apa ka.., Mukhriz boleh tolong ambik sapu tangan dan tolong lap ..Kah..Kah..Kah..

Panglima Perang Cyber berkata...

Arif : jika dia tak bagus tentu dengan sendirinya akan tenggelam dalam arus politik sekarang.

kita doakan pemimpin amanah dan jujur menjadi pemimpin kita pada masa hadapan.

cuma sementara dia diangkat jadi KP Umno maka dia patut ditaati oleh pengikutnya. selagi tidak melanggar quran dan sunnah.

Cara itulah yg kita patut buat dalam berorganisasi....

Panglima Perang Cyber berkata...

Wira Pandian : boleh juga hehe...

saya pernah bertemu kedua dua tokoh ini dan masing2 ada potensi jadi pemimpin hebat pada masa hadapan..

semoga mereka dpt menjadi pelapis pemimpin sekarang.

Arif Omar berkata...

Pandai betul mereka berdua berlakon!...

Tanpa Nama berkata...

Kepada orang UMNO.berhenti berprasangka buruk kepada orang lain.Apa jua kesalahan orang tu.kita bukanlah 100% mengetahuinya.Kalau dalam Umno bercakaran macam mana nak dekati hati rakyat.Rakyat muak dengan teletah orang UMNO yg bersengketa sesama sendiri.Kalau mcm tu saya juga nak salahkan TUN M sebab dia antara punca mengapa sokongan kepada UMNo berkurang.nak tau sebab apa?kritikan terbuka nya pada pimpian paklah memperlihatkan seolah UMNo memang parah.anda nak nafikan? nafikan lah.

Panglima Perang Cyber berkata...

Arif : harap ia bukan lakonan semata mata :)


Anon : tidak perlu kita memanjangkan percanggahan pendapat. Yg bagus kita melihat kelebihan Pak Lah dan Tun M dan memaafkan kekurangan pada diri mereka berdua..

itu pendapat 2 sen saya...tq

panglima_sepat berkata...

perkara baik ni satu petanda bahawa kedua pemimpin ni boleh bersatu.. Kadang-kadang diorg ni ok aje tapi pengikut yg keruhkan keadaan..

Ermm.. masih ada yang tetap pikir negatif.. sekali-sekala kita pikir la positif plak.. 2 org ni ada potensi besar untuk berjaya

Panglima Perang Cyber berkata...

panglima sepat : saya setuju komen anda.

membiarkan kedua pemimpin muda ini bertelagah akan merugikan ramai pihak..

baik kita baiki kesilapan dan menerima sesama kawan.

konsep penerimaan 1malaysia hehe

Cari Blog Ini

Translate