Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2010

Edisi Gempak : Video KJ berceramah isu Royalti Minyak Sempena Lawatan Nizar Ke Negeri Pimpinan Nik Aziz Nik Mat




Komen Anda ?

Nampaknya geng Erdogan iaitu Nizar dan Kamarudin Jaafar ( KJ ) sudah bertemu di Tumpat ! adakah ada rancangan sulit antara mereka berdua ?

Boleh jadi :

1) Nizar berminat ganti Husam jadi MB Kelantan ?

2) Kamarudin Jaafar mahu tanya cara menjadi MB terpendek tempohnya di Perak ?

3) Anwar mahu dua geng Erdogan ini memulihkan 'ingatan' Nik Aziz agar teguh membenci UMNO ?



Mungkin anda ada pendapat / hipotesis lebih baik dari saya. Apa kata tulislah di ruang komen di bawah ?



Sudut Rahsia : saya dapat info Nizar sudah pakai kereta Mercedes sekarang. Siapa dapat gambar tu ? Siapa biayai kereta tu ?








27 Februari 2010

Edisi Khas : Video Cuba Burukkan Polis Diraja Malaysia !!

Sebentar tadi saya merayau rayau mencari bahan menarik di internet. Sudah lama saya jarang membuka youtube. Malam ini saya memilih mencari apa bahan yang boleh dikongsi dengan anda semua.

Lalu saya terjumpalah saya dengan video yang menggunakan tajuk ' kehebatan Polis Diraja Malaysia'. Ia menunjukkan adegan seorang pemandu telah ditahan oleh polis kerana bercakap melalui telefon.

Kata seorang kawan, video ini sudah lama disiarkan di youtube. Memang benar sudah tiga ratus ribu pengunjung membuka video ini dan sudah tentu saya agak terlambat menemui video yang ingin mencemarkan imej dan maruah polis kita.

Tak apa, biar lambat asal jangan terus terleka.

Sila lihat video di bawah :




Saya melihat seolah olah ia satu lakonan, kerana tidak menggambarkan keadaan sebenar seseorang yang takut ditahan oleh polis.

Rasanya polis cekap jika ada melihat berlakunya rakaman yang merekodkan gelagatnya. Biasa pesalah akan disuruh keluar dan berbincang di luar kereta. Tetapi tidak !

Semua sudah tahu pembangkang memang cuba memburukkan polis kerana geng merekalah yang kerap melakukan kesalahan undang-undang. Polis antara institusi yang diserang kerana mereka pihak yang gigih mempertahankan undang-undang.

Jika sudah lemah semangat dan moral polis, serta persepsi negatif sudah masuk ke dalam minda rakyat, sudah tentu tindakan terhadap pemimpin pembangkang akan dilihat dengan berlainan sama sekali. Rakyat akan membenci pihak polis termasuk mengatakan polis menjadi alat kepada parti UMNO.

Mereka cuba mencari jalan agar ditangkap. Bila ditahan mereka akan kata polis kita kejam dan tidak berperikemanusiaan. Pelakon terbaik tentu dari pembangkang walau apa jua alasan sekalipun.

Anda fikir macam mana ?

Edisi Petang : Kisah Barua Lee Kuan Yuew Mahu Ku Li berpisah dari Umno !


Siapa barua itu ?

Semua sudah tahu bahawa bapa peminat Khalifah Umar Abd Aziz , Lim Guan Eng bernama Lim Kit Siang.

Beliau adalah orang kuat LKY semasa di Singapura. Selepas PAP diharamkan di Malaysia maka LKS telah menubuhkan DAP.

Bandingkan antara PAP dengan DAP maka anda akan dapati banyak persamaannya. Cerita lanjut tak sempat ditulis di sini.

Menariknya Lim Kit Siang menulis di blog beliau (klik sini) tajuk :

Najib is setting the stage for drastic action by UMNO against Tengku Razaleigh



Apa komen anda ?


Satu lagi komen tentang Anwar Ibrahim menyiarkan artikel LA Time berhubung kes liwatnya...

Lihat sini


Apakah kedua tokoh pembangkang ini sedang cuba menaikkan isu untuk menutup isu liwat yang 'menghancurkan' imej bersih Pakatan Rakyat?


Kesian, kerosakan sudah berlaku dan tidak akan dapat dipulihkan kembali. Buktinya Nik Aziz sendiri terpaksa menawarkan perdamaian dengan BN selepas melihat sendiri perbicaraan kes liwat Anwar yang sudah kurang sokongannya dan terbukti jelas keterangan mangsanya..



26 Februari 2010

Edisi Khas : Selamat Menyambut Maulid Nur Seluruh Alam Saiyidina Muhammad s.a.w !!!



Firman Allah :

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #59)


Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #64)


Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #83)


Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #115)

Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah: Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, dia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #61)

Dan sebahagian dari orang-orang A'rab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka). Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #99)

Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'rab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga dan merasai penat lelah dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #120)

Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri keluar (dari majlis Nabi) secara berselindung dan bersembunyi. Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #63)

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #3)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu, mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
( سورة المنافقون , Al-Munafiqoon, Chapter #63, Verse #5)

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
(سورة التغابن, At-Taghabun, Chapter #64, Verse #12)

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli Neraka.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #119)



Sedikit jawapan tentang kekeliruan Maulid Nabi...


Adakah contoh para salafussoleh yang menyambut maulidul Rasul ?

Prof Dr Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir menjawab begini :

Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke 4 dan ke 5 merayakan peringatan maulid nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al Quran, berzikir, melantunkan puisi-puisi dan puji-pujian tentang rasuluLlah. Hal ini ditegaskan oleh sebilangan ulama seperti : Al Hafizh Ibnu Jauzi, Al Hafizh Ibnu Katsir, Al Hafizh Ibnu Dihyah, al Hafizh Al Hebatusi, Al Hafizh Ibnu Hajar dan Penutup Huffazh (para penghafaz hadith dalam jumlah yang sangat banyak) Jalaluddin Al Suyuthi.


Ulamak lain yang membenarkan ?

Dalam kitab al Madkhal, Ibnu Hajj menjelaskan dengan panjang lebar tentang keutamaan yang berkaitan dengan perayaan ini dan dia mengemukakan huraian penuh manfaat yang membuat lapang hati orang yang beriman.

Imam Jalaluddin al Suyuthi dalam bukunya ‘Husnul Maqshid fi Amalil Maulid’ memberikan penjelasan tentang Maulid Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam :

Menurutku, bahawa hukum dasar kegiatan maulid yang berupa berkumpulnya orang-orang yang banyak, membaca beberapa ayat-ayat al Quran, menyampaikan khabar-khabar yang diriwayatkan tentang awal perjalanan hidup Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada waktu kelahiran Baginda, kemudian dihidangkan makanan untuk mereka dan emreka pun makan bersama, lalu mereka pun berangkat pulang, tanpa ada tambahan kegiatan lain. Adalah termasuk bid’ah hasanah dan diberikan pahala bagi orang yang melakukannya. Imam para hafizh Abu Fadhl Ibnu Hajar telah menjelaskan dasar hukumnya sunnah.


Imam Abu Syamah berkata :

Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulud Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk

(I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) – Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab Syafie dan merupakan guru kepada Imam An Nawawi.

Ya Allah jadikanlah kami senantiasa menyintai Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam



Sumber rujukan :

1. Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

2. K.H Sirajuddin Abbas, 40 Masalah Agama, Pustaka Aman Press, Kelantan, Malaysia

3. As Shiekh al Hafiz Abu al Fadl AbduLlah al Siddiq al Ghumari, Makna Sebenar Bid'ah Satu Penjelasan Rapi, Cetakan 2007, Middle East Global (M) Sdn. Bhd, Selangor.

4. Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

Sumber :
Http://jarumemas.blogspot.com

19 Februari 2010

Edisi Hangat : Nik Aziz akui sudah 20 tahun tak buat Majlis Perarakan Maulid Nabi


1. Sudah 20 tahun rupanya Nik Aziz tidak merayakan Maulid Nabi dengan perarakan Maulid seperti berita di sini http://www.themalaysianinsider.com/ Beliau terlebih dahulu 'membuka jalan' kepada Lim Guan Eng untuk menyekat sambutan maulid.

Tak sangka...Di mulut kata perjuang Islam bawa ajaran Nabi, tetapi hati tidak kasih kepada Nabi hingga sanggup kata Nabi juga amalkan kroni.

Memang betul betul taraf 'cerdik terlebih diajar'

Nik Aziz membiarkan dirinya diagungkan oleh ahli PAS menerusi billboard kiri kanan jalan tetapi tidak membesarkan majlis Maulid untuk agungkan Rasulullah...

Ulama jenis apakah ini ?




2. Kelantan enggan membuat majlis sambutan Maulid Nabi sejak mengambil alih Kelantan tetapi membuat perarakan Hari Kebangsaan serta Sambutan Keputeraan Sultan.. Ini jelas menunjukkan 'kecelaruan mental' tahap serius Nik Aziz selaku MB berhubung hal ini.

Lihat video di bawah :



3. Berita terkini ''Kumpulan Bantah Nik Aziz Hina Maulid Nabi' telah pun mencecah 566 orang petang ini ( jam 5 pm ) dan semoga ia semakin meningkat lagi dengan berkat sokongan umat Islam yang tidak rela ahli politik seperti Nik Aziz menjadi acara Maulid sebagai bahan politiknya dalam usaha menyebarkan fahaman ala wahabi.....

Lagi link menarik tentang hal maulid di bawah :

- Faisal Tehrani sanggah kenyataan Nik Aziz klik sini

- Pendapat Ulama Pattani berkenaan Maulid di sini

- Pendapat Tok Guru Hj Abdullah Sa'amah bidas Nik Aziz di sini

- Pendapat Dr Yusuf Qaradawi berkenaan maulid sini


Dari Kiri: TG Hj Abdullah Sa'amah, TG Syeikhuna Baba Abdul Aziz (Ketua Persatuan Ulama Fathoni),
Habib Umar al-Hafiz Bin Salim (Mudir Darul Mustafa Hadramaut).




Itu sahaja dulu, kembali bersua esok.


Selamat merayakan maulid Nabi dengan membanyakkan berselawat ke atas baginda s.a.w.



17 Februari 2010

Edisi Maulid : Group Bantah Nik Aziz Sudah Sedia Disertai Anda Yang Cintakan Nabi dan Ahli Bait !


Group Membantah Nik Aziz Hina Maulid Nabi sudah dilancarkan semalam pada jam 8.30 malam demi untuk menunjukkan bantahan terhadap pihak yang menghina sambutan maulid. Dalam tempoh setengah jam sudah ada 41 member menyertainya. ( Update : pagi ini sudah 128 member sudah join.. klik sini untuk join )
Alhamdulilah !!!

Pelik kerana Nik Aziz sanggup sambut Sambutan Sultan Kelantan tetapi bab Maulid Nabi sanggup mengatakan ia tidak ada fadilat.

Bahkan mengatakan tidak ada nas dan menjadi amalan khurafat dan bidaah.

Maka tujuan group Facebook tersebut dilancarkan tidak lain untuk mengajak semua umat Nabi yang sedar sejauh mana kasih sayang baginda terhadap umatnya sehingga akhir hayat disebut 'umatku umatku' untuk menyertai gerakan ini.

Kita kena tunjukkan kasih kepada Nabi walau sekotor manapun diri kita. Boleh jadi ia akan dinilai tinggi oleh Allah.

Ingatlah wahai saudara/i sekelian bahawa cintakan Nabi adalah fardhu dan wajib ke atas sekelian muslimin muslimat untuk dicintai oleh Allah ...

Siapa bencikan Nabi maka pastilah tempatnya di neraka yang paling bawah dan akan dilaknat Allah.

Ayuh kita bantah beramai ramai 'si celako' yang dok hina Nabi ini.


Lihat kembali video Nik Aziz hina Maulid Nabi (lihat minit 4.54 )

Edisi Liwat : Anwar Ibrahim memang hebat kerana dibela oleh tokoh Yahudi @ Pejuang Gay dari Australia !!!

Michael Danby Ketua Ahli Parlimen Australia Adalah Pejuang GAY dan YAHUDI.



Michael Danby adalah Ketua Ahli Parlimen Australia yang terkenal sebelum ini dilaporkan seramai 50 ahli Parlimen Australia telah mengesa kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim, dengan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby kumpulan ini cuba mengajar Malaysia tentang demokrasi dan kebebasan seperti yang di amalkan di negara mereka.Tindakan Michael Danby dan ahli Parlimen Australia itu menyebabkan Anwar dan penyokong tegarnya termasuk di dalam PAS memperbesarkan gesaan ahli Parlimen tersebut, seolah-olah Anwar mendapat sokongan luar biasa dari pihak luar

Menjadi persolan siapa sebenarnya Michael Danby yang cuba diangkat hero baru yang membela Anwar ini, menurut laman wikipedia Michael David Danby merupakan seorang ahli politik Australia dari Parti Buruh Australia semenjak Oktober 1998, yang mewakili kawasan mengundi Port Melbourne, Victoria. kawasan itu merupakan antara kawasan yang mempunyai bilangan pengundi dari kelompok gay, lesbian dan Yahudi tertinggi di Australia.Danby lahir di Melbourne, Victoria dan melanjutkan pengajian di Melbourne University.

Tahun 2005, apabila terdapat jurnalis , Antony Loewenstein, yang memperlekeh dan kritikal terhadap komuniti Yahudi Australia, Danby telah mengambil tindakan menyatukan komuniti Yahudi di Australia memboikot pernerbit buku tersebut iaitu Melbourne University Press. Beliau menggangap sikap penulis tersebut dalam membincangkan isu konflik Israel-Palestin lebih kepada propaganda anti Israel.

elain tokoh kepada kumpulan Yahudi Danby juga merupakan tokoh yang memperjuangkan keadilan kepada golongan gay/lesbian di Australia.Banyak usaha telah dilakukan oleh Danby untuk memperjuangkan hak kelompok homoseksual di Australia.

Pada Disember 2003, Danby pernah mengkritik kerajaan Howard kerana melakukan dikriminasi keapada kelompok gay, disebabkan Howard gagal memperjuangkan hak golongan Gay dalam beberapa isu menyebabkan kumpulan gay/lesbian di Australia mengambil tindakan menyokong Danby dan parti buruh dalam pilihanraya Australia.

Disebabkan Danby juga Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (PBB ) pernah mendapati bahawa Australia berada dalam keadaan pelanggaran hak asasi manusia antarabangsa kerana kerajaan Australia mewujudkan peraturan pasangan Gay tidak boleh menerima pencen daripada pasangan mereka yang meninggal dunia. Rujuk kepada kes Edward Young, seorang gay dari Sydney Australia yang merupakan veteran perang dunia ke II

Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik (sini)



* Mohon maaf kerana masalah tertentu merencatkan niat Panglima untuk mengemaskini seperti biasa blog ini....

14 Februari 2010

Edisi Kelantan : Selamat Bercuti Raya Cina dan Panglima di Kota Bharu pulang bertemu keluarga !




Kisah 1

Semalam Panglima menghabiskan 12 jam untuk pulang ke kampung. Jalan jem bermula selepas tol KARAK hinggalah sampai tol keluar KARAK.Jalan menjadi tiga lorong. Kelajuan sekadar 10 hingga 20 km sejam.

Ketika sampai di Kuala Krai jam 8 malam sekali lagi jalan 'tersumbat' tetapi kehadiran pihak polis telah melancarkan kembali jalan hingga masalah 'jem' dapat diselesaikan dengan berkesan.

Perjalanan jauh sangat memenatkan tetapi dengan kegembiraan bertemu ibubapa dan adik beradik menjadikannya tidak menjadi satu masalah yang besar..

Panglima niatkan moga kepenatan menempuh perjalanan jauh untuk menziarahi ibubapa akan menjadi amalan soleh yang disukai Allah. Melihat wajah ibubapa memang disediakan pahala seperti juga melihat wajah Ahlullah (wali Allah)

Selamat Tahun Baru Cina kepada pembaca blog Panglima jika ada. Atau selamat bercuti Tahun Baru Cina kepada semua.

Ok, stop dulu sebab nak sarapan dengan nasi kerabu yang tak ada seumpamanya di Kuala Lumpur.

Jika tak ada aral cadang nak jumpa bloggers Kelantan seperti Pak Mie..

bye.

13 Februari 2010

Edisi Kemenangan : Seorang lagi Yb PKR tinggalkan Anwar demi untuk rakyat !!!


Kenyataan YB PKR yang meninggalkan parti tersebut disebabkan prinsip membela rakyat sangat mengharukan saya.

Rupanya masih ada lagi yang boleh berfikir dengan baik tentang kepentingan rakyat yang semakin ditindas di Pulau Pinang.

Saya ingin memetik kata kata beliau :

‘‘Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.

‘‘Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Tidak kira beliau ditawarkan apa apa atau tidak, ia bukan menjadi persoalan kepada saya. Dalam politik jika seseorang mendapati tawaran di parti sebelah lawan lebih menarik maka tentu ia akan diambil tanpa berfikir panjang.



Jangan salah sangka kerana tawaran tidak semestinya duit. Ia boleh jadi tawaran menjaga kepentingan rakyat semua bangsa khasnya Melayu yang tidak mampu dibuat dan dilaksana dengan baik oleh Lim Guan Eng.



Satu persatu gerai rakyat Pulau Pinang dirobohkan dan kita tidak melihat ia satu tindakan yang sihat dalam menjana keamanan dan kestabilan di sana.



Bayangkan jika perasaan tidak puas hati di hati mangsa kezaliman Kerajaan Pulau Pinang bangkit dan membuat sesuatu yang di luar undang-undang maka apakah yang akan berlaku ?



Ketika Lim Guan Eng masih lagi enak di banglo mewahnya, dan ketika slogan ingin mencontohi Khalifah Umar Ab Aziz sudah dilupakan, satu lagi perkara tidak waras dibuat oleh beliau. Yang tidak dibuat oleh bangsa Cina yang berada dalam Barisan Nasional.



LGE melarang perarakan turun temurun rakyat Pulau Pinang berbangsa Melayu menyambut Maulidur Rasul ( klik sini ). Jika perkara ini mahu dipraktikkan maka LGE kena halang dan larang juga perarakan bangsa lain di sana. Semestinya rakyat tidak mengira fahaman politik akan bangkit dalam hal ini kerana tindakan LGE sudah melampau batas hingga menghalang ritual paling besar dalam Islam iaitu Maulidur Rasul.



Kalau tidak kerana Rasulullah pasti tidak kita kenal Allah. Jika tidak kerana Rasulullah pasti kita tidak mengetahui tauhid sebenar kepadaNYA. Maka menyambut Maulid tokoh terhebat pernah dilahirkan dalam sejarah dunia adalah perkara paling besar dalam kalendar umat Islam.



Jangan lupa juga bahawa sebelum Lim Guan Eng, sudah ada manusia di Kelantan mengharamkannya sejak mengambil alih Kerajaan Kelantan.



Namanya Nik Aziz Nik Mat......



Mari lihat kenyataan penuh video YB Bayan Baru Zaharin Hashim mengumumkan keluar PKR


Cari Blog Ini

Translate