Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Februari 2010

Edisi Kemenangan : Seorang lagi Yb PKR tinggalkan Anwar demi untuk rakyat !!!


Kenyataan YB PKR yang meninggalkan parti tersebut disebabkan prinsip membela rakyat sangat mengharukan saya.

Rupanya masih ada lagi yang boleh berfikir dengan baik tentang kepentingan rakyat yang semakin ditindas di Pulau Pinang.

Saya ingin memetik kata kata beliau :

‘‘Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam berdepan dengan keadaan tersebut.

‘‘Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Tidak kira beliau ditawarkan apa apa atau tidak, ia bukan menjadi persoalan kepada saya. Dalam politik jika seseorang mendapati tawaran di parti sebelah lawan lebih menarik maka tentu ia akan diambil tanpa berfikir panjang.



Jangan salah sangka kerana tawaran tidak semestinya duit. Ia boleh jadi tawaran menjaga kepentingan rakyat semua bangsa khasnya Melayu yang tidak mampu dibuat dan dilaksana dengan baik oleh Lim Guan Eng.



Satu persatu gerai rakyat Pulau Pinang dirobohkan dan kita tidak melihat ia satu tindakan yang sihat dalam menjana keamanan dan kestabilan di sana.



Bayangkan jika perasaan tidak puas hati di hati mangsa kezaliman Kerajaan Pulau Pinang bangkit dan membuat sesuatu yang di luar undang-undang maka apakah yang akan berlaku ?



Ketika Lim Guan Eng masih lagi enak di banglo mewahnya, dan ketika slogan ingin mencontohi Khalifah Umar Ab Aziz sudah dilupakan, satu lagi perkara tidak waras dibuat oleh beliau. Yang tidak dibuat oleh bangsa Cina yang berada dalam Barisan Nasional.



LGE melarang perarakan turun temurun rakyat Pulau Pinang berbangsa Melayu menyambut Maulidur Rasul ( klik sini ). Jika perkara ini mahu dipraktikkan maka LGE kena halang dan larang juga perarakan bangsa lain di sana. Semestinya rakyat tidak mengira fahaman politik akan bangkit dalam hal ini kerana tindakan LGE sudah melampau batas hingga menghalang ritual paling besar dalam Islam iaitu Maulidur Rasul.



Kalau tidak kerana Rasulullah pasti tidak kita kenal Allah. Jika tidak kerana Rasulullah pasti kita tidak mengetahui tauhid sebenar kepadaNYA. Maka menyambut Maulid tokoh terhebat pernah dilahirkan dalam sejarah dunia adalah perkara paling besar dalam kalendar umat Islam.



Jangan lupa juga bahawa sebelum Lim Guan Eng, sudah ada manusia di Kelantan mengharamkannya sejak mengambil alih Kerajaan Kelantan.



Namanya Nik Aziz Nik Mat......



Mari lihat kenyataan penuh video YB Bayan Baru Zaharin Hashim mengumumkan keluar PKR


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate