Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mac 2010

Edisi Ganyang DAP : Ronnie Liu Penipu Rakyat Dibelasah Oleh 'Belantan'!!!


Ini artikel terbaru sahabat kita Blogger Belantan. Pendokong Blogger Pembela Negara dari awal penubuhannya.

Saya sebenarnya sudah menonton berita RTM semalam tentang kemarahan rakyat di kawasan Ronnie Liu yang marahkan beliau kerana sudah tidak lagi menjenguk mereka.

Bahkan Ronnie Liu juga didakwa sudah lupa dan gagal menunaikan janji-janjinya yang dibuat sebelum pilihanraya yang lalu.

Maka kemarahan rakyat bagi saya adalah berasas kerana mereka telah ditipu oleh seorang Yb Pakatan Rakyat ( baca : rosak )

Mana mungkin seseorang akan mengundi seorang calon jika dia mengetahui bahawa janji janji yang dilontarkan itu adalah palsu dan tidak mampu dijayakannya.

Untuk makluman Ronnie Liu adalah Adun Pandamaran wakil DAP.

Menariknya siaran berita semalam menyiarkan komen rakyat yang marah dari bangsa Cina dan India. Dan ia sesuatu yang jarang berlaku apatah lagi kepada wakil rakyat mereka sendiri.

Nampaknya bukan Melayu sahaja yang marahkan DAP sekarang bahkan Cina dan India juga sudah mula sedar bagaimana rupa sebenar ADUN DAP ini.

Selepas ini rasanya banyak lagi pembongkaran akan dibuat dan saya akan pastikan setiap patah perkataan yang membongkarkan kedajalan ADUN ADUN yang menipu rakyat ini akan disiarkan di blog saya dan juga diedarkan kepada rakan rakan BPN sekelian.

Jika kita tidak membela rakyat tentu kita akan disalahkan oleh mereka kerana gagal menjadi blogger yang memberi panduan dan penerangan yang tepat kepada mereka.

Justeru saya mengambil salinan artikel Belantan untuk dibaca oleh sahabat semua dan untuk membaca artikel saudara Belantan sila (klik sini) atau baca sahaja di bawah ini :

Jangan tunggu lagi, ayuh kita teruskan perjuangan !!!


Penduduk kesal Ronnie gagal tunai janji!



Penduduk-penduduk di Jalan Papan di sini, kesal dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu kerana tidak menunaikan janji berhubung isu rumah setinggan di kawasan tersebut.

Kekesalan itu dizahirkan oleh 30 wakil penduduk dengan mengadakan perhimpunan aman di sini hari ini. Mereka meminta Ronnie menunaikan janji yang dibuat semasa kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu penduduk di situ bakal diberikan seunit rumah secara percuma.

Seorang wakil penduduk, Ang Boon Tai, 52, berkata, apa yang berlaku sekarang hanyalah janji kosong walaupun sebelum ini ADUN tersebut menyatakan status tanah di situ sudah hampir selesai tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil.

Katanya, lebih memeranjatkan penduduk, apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa 11 tokong akan dibina di kawasan seluas kira-kira 31 hektar itu secara percuma. ''Kenapa perlu bina tokong kalau rumah tidak ada di sini? Kenapa tidak bina rumah dahulu sepatutnya beliau (Ronnie) memikirkan penduduk di sini.

''Dulu sebelum pilihan raya macam-macam janji, waktu malam pun datang melawat tetapi bila sudah menang tidak lagi menjenguk kami," katanya kepada pemberita. Katanya, sebagai penduduk yang sudah hampir 50 tahun tinggal di situ, dia amat kesal dengan tindakan ADUN tersebut kerana langsung tidak memikirkan kebajikan mereka.

Seorang lagi penduduk, Dominic See, 40, memberitahu, seharusnya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor mengambil berat soal perasaan penduduk kerana ada di kalangan mereka yang sudah tinggal di situ berpuluh-puluh tahun.
Malahan jelasnya, kawasan tersebut asalnya kawasan berpaya yang dimajukan oleh penduduk dengan mengeluarkan wang sendiri bagi menambak tanah sebelum didirikan rumah.

Tambah Dominic, mereka telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) September tahun lalu kerana mungkin terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam urusan menentukan status tanah di kawasan berkenaan.

Seorang suri rumah, P. Laksmy, 45, pula kesal dengan sikap Ronnie yang belum menunaikan janji memberikan sebuah rumah di kawasan berkenaan. Katanya, dia amat terkilan apabila Ronnie mengeluarkan kenyataan bahawa sudah 70 peratus penduduk di situ bersetuju untuk membeli rumah dengan harga RM90,000 seunit sedangkan sebelum ini Ronnie berjanji untuk memberikan rumah secara percuma.

''Apa yang menyedihkan saya apabila melihat kawasan perumahan ini sudah tidak terurus dan sudah banyak rumah yang rosak. ''Bukan kami tidak mahu melakukan kerja-kerja membaikpulih tetapi takut kalau rumah dirobohkan bila-bila masa saja, penduduk akan menanggung kerugian," tambahnya.

Teoh Ah Guat, 48, yang membesar di kawasan itu berkata, dia rasa tertipu dengan janji-janji ditaburkan oleh ADUN tersebut dan menyifatkan Ronnie hanya mementingkan diri. Ia kerana kata Ah Guat, selama dua tahun menjadi wakil rakyat tiada sebarang perubahan dilakukan oleh Ronnie di kawasan mereka. Sementara itu, Ronnie gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Komen : Apakah sekarang Ronnie Liu sedang sibuk untuk " membuat duit " sebelum Pakatan Haram terlingkup di Selangor dengan menguruskan rumah-rumah urut yang sedang tumbuh macam cendawan daripada memberi tumpuan dan menunaikan janji-janjinya kepada penduduk-penduduk kawasan yang di wakilinya? Ronnie Liu sibuk mencari kesalahan kerajaan BN yang terdahulu dan berhasad dengki serta berdendam, padahal kesalahan dan kelemahan diri sendiri buat-buat tak nampak? Semut diseberang dapat dilihat, gajah didepan mata buat-buat tak tak tahu? Fikir-fikirkanlah...!

Suara Politik
Taminsari

4 ulasan:

asemalpg berkata...

Salam,

"Nampaknya bukan Melayu sahaja yang marahkan DAP sekarang bahkan Cina dan India juga sudah mula sedar bagaimana rupa sebenar ADUN DAP ini."

Bukan melayu marahkan DAP tetapi orang melayu PAS dan PKR penyokong setia DAP. PASti DAP akan tetap maju dengan sokongan orang-orang melayu PAS dan PKR.

Bukan melayu (cina dan india) sudah kenal siapa DAP tetapi orang melayu PAS dan PKR masih buta mata dan hati.

Tanpa Nama berkata...

ANTARANYA HAJI AHMAD AWANG YANG MENGAKU SOKONG DAP DAN MARAHKAN UMNO...

OneYear12Topic berkata...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/2/nation/20100602105502&sec=nation
SHAH ALAM: The Selangor state government’s sand mining company, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB),
paid its employees and board of directors six months bonus between December 2008 to June 2009,
the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) public inquiry heard Wednesday.
He also said the company’s employees and directors received an interim bonus of two months in December 2008, barely four months after the company had started operations, and an additional four months’ bonus in June the following year.
If you read give bonus after 4 month operations , 4 months bonus in June 2009 , before Beng Hock …
in July 2009

http://www.thoughts.com/oneyear12topic/last-topic-tan-like-4
http://www.thoughts.com/oneyear12topic/justice-for-beng-hock
Section 01 . What is Lee Kee Hiong and Lee Wye Wing secret ?
Section 02 . What is Ean Yong Hian Wah secret ?
Section 03a . Who is pH and IQuit in MP Serdang Teo Nie Ching blog ?
Section 03b . What is Kajang councillor Tan Boon Wah secret ?
Section 04 . What happen last 2 days before Beng Hock die ?
Section 05 . What is Ronnie Liu , the innocent man BIG secret ?

http://www.thoughts.com/oneyear12topic/donationap-tipuplan
http://www.thoughts.com/oneyear12topic/dap-serdang-aman

Panglima Perang Cyber berkata...

tq for Asemal and anon also mr oneyear for your comment here

Cari Blog Ini

Translate