Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mac 2010

Edisi Khas : Video Sidang Akhbar MP Bagan Serai Keluar Parti Sebagai Bantahan Isu Kalimah Allah Yang 'Digadaikan' Anwar !!!



















Saya khuatir dengan politik PKR dan pakatan pembangkang khususnya di Perak yang menghalalkan pelbagai cara demi matlamat sempit, serangan tanpa batasan terhadap institusi raja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar bagi menyerang kedaulatan negara.



Ia sudah sampai ke tahap yang saya tidak lagi boleh bertolak ansur dan mendiamkan diri



Sedikit kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah 8 Mac 2008 bukan digunakan untuk memantapkan perjuangan umat, rakyat dan agama, sebaliknya menjadi medan politik 'ghonimah' (membahagikan harta rampasan perang)



Perebutan kuasa, jawatan, kedudukan dan habuan menjadi-jadi. Perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan budaya politik fitnah memfitnah semakin parah sehingga saya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen yang diamanahkan Allah



http://utusan.com.my/



Baca juga PAS nak buat solat hajat 7 hari 7 malam untuk ugut YB di atas di sini


http://unitmediasiber.blogspot.com/2010/03/pas-ugut-solat-hajat-buat-mohsin-fadzli.html



Gila ke apa diorang ni?

Patutnya buat solat hajat untuk MP Australia yang desak kes liwat Anwar digugurkan kerana mengganggu kedaulatan negara kita.



Memang PAS sudah tidak boleh diharap lagi samada untuk bela agama, bangsa atau negara... !!!!!!


[hajat.jpg]


Gambar PAS solat hajat ( ambik berkat pejabat DAP ?) semasa krisis DUN Perak 2009

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ni anti PAS bukan PKR tapi dengan rasa bangga nya PKR melalui Anwar berjaya melondehkan belang sebenar orang orang PAS.Islam diluar jer gempak dengan serban,jubah tapi dalam hancussss lunyai boncai sama sekali.
So sekarang GOOD BYE dan SELAMAT TINGGAL PKR
( anti PAS )

YANG GAMBI berkata...

Salam Pang5, itulah saja yang termampu dilakukan oleh puak-puak PAS bila tidak menerima hakikat akan kelemahan diri sendiri...

10 BUDAK HITAM berkata...

Pakatan ni culture shock beb! dapat kuasa sekejap, campak lebai ketepi...masing2 nk kejar duniawi..KALAU MELAYU TU TETAP MELAYU.

kerispusaka berkata...

apa nak takunye,kalau salah gerente tak kene bala munajat tu,umno pasti dalam kebenaran.....salam 1 malaysia

Panglima Perang Cyber berkata...

setakat ini sudah banyak kali mereka solat hajat.

cuma persoalannya semakin hari bukan Umno yang dilanda bala bencana bahkan Pas juga yang semakin teruk dan ditolak rakyat..

tidak ada perbuatan paling jahat dibuat oleh seorang ahli agama kecuali menggunakan agama untuk mendapatkan dunia.

itulah dajal sebelum dajal.

semutapi berkata...

Aku sokong MP Bagan Serai yang sanggup buat apa saja utk pertahankan kalimah Allah. Ketika menang PRU ke-12 dulu juga dengan nama Allah Haji Mohsin berkata dia akan terus bersama pengundi yang mengundi PKR. Dia menyebut nama Allah, dia menyebut kalimah Allah utk berjuang dengan PKR.

Mengapa Haji Mohsin sekarang tidak mempertahankan kalimah Allah dalam janjinya utk terus berjuang dengan PKR? Kata sayangkan kalimah Allah, tapi mengapa tidak pertahankan janji yang dibuat menggunakan kalimah Allah?

Cari Blog Ini

Translate