Gambar : FB Anti Pkr Club
Memang semua tentu tak sangka.
Tengok Nik Aziz dan LKS jadi facebooker
Lihat komen mereka berdua
Macam original atau sekadar bergurau saja ?
Yang jelas ia satu ciptaan
tidak bermaksud mencipta fitnah atau mengeruhkan keadaan
Tuan puan adik kakak
kita hidup jangan suka bertekak
Miskin kaya sama serupa
Kita hidup sementara di dunia
Tetapi pelik kerana Parti Islam
tetapi mengajak ke arah permusuhan dari perdamaian
Pelik juga parti cap mata sebelah
kerana mereka rakyat punah ranah
Juga pelik apabila parti logo roket
dakwa peminat khalifah Islam walhal belum ada 'tiket'
Jangan buang masa jadi blogger atau facebooker
hingga binasa segala pusaka nenek moyang kita
Jangan biarkan agama dihina
apatah lagi dipersenda oleh ahlinya
kita tidak benci sesiapa
tetapi benci perosak keamanan negara kita
Hidup jangan selalu leka
ingat Allah perhati sentiasa
Sebelum tidur hisablah diri
takut esok kita sudah tiada lagi
jangan biarkan kudrat pergi
tanpa usaha untuk akhirat nanti
fikir fikirlah sahabat sekelian
sedikit nasihat yang diperturunkan
moga kita dapat bersatu
mempertahankan agama kita yang satu
hina bangsa hinalah agama
hina agama hinalah kita semua
jangan biarkan musuh bersatu
sedangkan kita makin haru biru
musuh melayu sentiasa bersatu
walaupun mereka berlainan isi dan kuku
ayuh kita kuatkan usaha
agar Melayu (Islam) tidak hilang di dunia !!!
3 ulasan:
tengok hang pakai senapang,tapi bahasa menikam sampai ulu hati.nasib baik tak tembus.SYABAS.bahasa yg indah.
tembak biar tembus ke hati
hehehe
syabas panglima. satu teknik baru dlm menulis.
ni pertama kali saya tengok blog politik guna pantun dua kerat.
Maslina, Kulai Johor
aku nak kata pas betul pon x jugak nak kata bn betul pon x jugak tpi klu dah mcm nih.....bodoh!! tuan punya blog buat fitnah...kata orang buat fitnah engkoo sendiri yang sedang mengfitnah...tgk gambar pon gambar yg dah di edit..tgk baik2 la cipan oiiiii...bila la jenis2 mcm ko nih nak terhapus atas dunia nih ha..x habis2 nak rosakkan pemikiran melayu..melayu jenis haprakkk la ko nih..
Catat Ulasan