Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 April 2010

Edisi Perang Siber Hulu Selangor Siri 5 : Anwar Arah Zulkifli Fitnah Najib,Rosmah dan Anak Nazri - Zahrain


Anwar arah Zulkifli Noordin fitnah Perdana Menteri, isteri - Zahrain

KEPALA BATAS 7 April - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang didakwa mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.




Pendedahan itu dilakukan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru tersebut di hadapan ribuan hadirin pada majlis ceramah umum di Kampung Paya Keladi Tengah di sini, malam tadi.




Zaharin berkata, Anwar juga merupakan orang yang sama mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.




"Bila orang tanya, dia (Zulkifli) tidak mahu cerita (dedah) tapi dia cerita (orang yang mengarahkannya) kepada saya, jadi saya cerita kepada semua orang malam ini.



"Anwar suruh Zulkifli buat untuk anak guamnya Cif Inspektor Azilah Hadri (tertuduh pertama dalam kes bunuh Altantuya) akuan berkanun untuk libatkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya, sampai begitu sekali.


"Kes anak Nazri dituduh bunuh, ingat? Siapa yang suruh Zulkifli kalau bukan Anwar juga," katanya pada majlis anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) itu.



Turut hadir bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd. Nor; Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.



Semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Zulkifli mendakwa, pernah diberi tawaran cukup lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya.



Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli memberitahu bahawa antara tugasnya adalah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Najib dan Rosmah selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa kedua-duanya terlibat dalam pembunuhan tersebut.



Sementara itu, kata Zahrain, beliau tidak teragak-agak untuk mendedahkan perkara itu bagi menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai suasana politik di negara ini yang semakin bercelaru angkara perbuatan Anwar.



"Peranan saya sekarang nak turun padang untuk beritahu bahaya Anwar sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri.



"Itu sebab saya tolak bulat-bulat Anwar dan keluar PKR kerana perasaan keraguan dalam diri saya telah mengatasi perasaan kepercayaan," tegasnya.



http://utusan.com.my/



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa Anwar nak bagi kat Zul Noordin..mesti kurang dari yang Najib dah bagikan?..Zahrain dapat lagi banyak kot??..kalau tidak takkan Ahli Parlimen Kalabakan (BN)kata poket sudah penuh, perut sudah kenyang..ha ha ha....

Panglima Perang Cyber berkata...

kenapa zulkifli dedah tawaran lumayan tu?

rasanya takkan zul pun gila wang jugak kot.

tentuu banyak sebab lain lagi.

satu lagi takkan mohsin fadzli pun kejar wang kot

dia nampak pakai ketayap mcm yb zul.

Tanpa Nama berkata...

cilake kau nuar.aku tau ko da ke sakit siplis skang..bwk2 la bertaubat nuar bangsat..

Tanpa Nama berkata...

gambar tu menunjukkan anwar memang seorang kaki dendam.

dia akan musnahkan negara ini

mari kita lawan sampai habis.

lelaki tulen berkata...

Beginilah rupa seorang manusia yg sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa,hukum halal,haram,dosa dan pahala tidak ada dlm noktah hidupnya kerana impiannya hanya satu iaitu menguasai putrajaya.Manusia yg sanggup menjahanamkan bangsa dan negaranya sendiri malah membawa sekali pengikut2nya.

Cari Blog Ini

Translate