Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mei 2010

Al Fatihah & Artikel Khas Untuk Pengasas Al Arqam@Rufaqa Ustaz Ashaari Mohamad


Petikan berita kematian Allahyarham :

IPOH 13 Mei - Bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan oleh kerajaan, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini, tiga hari selepas dimasukkan ke hospital itu akibat jangkitan paru-paru.



Allahyarham yang berusia 73 tahun merupakan Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.10 petang. Hampir 200 orang hadir di rumah tamu tersebut sebelum jenazah Allahyarham dibawa dengan sebuah kenderaan untuk dikebumikan di Kampung Pilin di Rembau, Negeri Sembilan.

Allahyarham mengasaskan Al-Arqam pada tahun 1968 bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli, sebelum ia diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994. Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 September 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam yang juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah mempunyai kira-kira 10,000 pengikut yang menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan pertanian.

Sumber: Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR, 13 Mei — Ashaari Muhammad, pengasas pergerakan Al-Arqam, pertubuhan yang diharamkan 16 tahun yang lalu, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Ipoh, petang ini.


Allahyarham Ashaari, 72, (gambar) yang mengidap jangkitan paru-paru meninggal dunia kira-kira 2.10 petang tadi.


Jenazah Allahyarham dibawa ke Kampung Pilin, Rembau di Negeri Sembilan untuk dikebumikan.


Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.


Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.


Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata, Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.


“Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan,” kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.


Marzuki yang dipetik Bernama berkata, rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.


Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan kira-kira 5.30 petang tadi.


Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.


Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari pada 1968 telah diharamkan oleh kerajaan pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng.


Ekoran pengharaman pertubuhan itu, Ashaari ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Okt 2004.


Kerajaan telah mengharamkan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994.


Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa ajaran dan fahaman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus mengakibatkan syirik.


Mesra dikenali sebagai “Abuya” beliau pernah berkahwin lima kali dan mempunyai 34 anak.


Selepas berpisah dengan isteri pertama pada 1985, Abuya berkahwin satu lagi pada tahun 1987 di umur 49 tahun.


Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan pelbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara.


Laporan-laporan terdahulu menyebut ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah unggul.


Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.


Pengakuan Ashaari tentang penglibatan dalam penyebaran agama Islam dan kegiatan-kegiatan lain pada 1994 dibuat secara langsung menerusi televisyen.


Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli pada 1968, keanggotaannya kemudian bertambah kepada sekitar 5,000 hingga 6,000 orang, malah ada laporan yang menyebut ia pernah mencecah 10,000 orang.


Namun menurut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994, Al-Arqam pernah menerima 6,000 pengikut fanatik dan 15,000 orang yang bersimpati.


Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat di sini tetapi operasinya berpindah ke Sungai Pencala dua tahun kemudian.


Bagaimanapun perkembangan pergerakan itu menjadi perhatian apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesan adanya penyelewengan akidah dalam organisasi itu.


Tindakan ke atas Al-Arqam dikatakan bermula apabila kerajaan mengharamkan buku Aurad Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam pada 1986.


Walaupun pergerakan itu sudah tidak wujud tetapi kegiatan ekonominya berkembang dengan kewujudan Kumpulan Rufaqa.


Dalam pada itu, Allahyarham Ashaari dikebumikan kira-kira 10 malam tadi.


Jenazah tiba menerusi kereta persendirian di Kampung Pilin, Rembau kira-kira 8.30 malam dan pengebumian diadakan di kawasan perkuburan berdekatan dengan surau.


Kira-kira 2,000 orang hadir pada upacara pengebumian.







Meskipun agak terlewat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ashaari sekeluarga termasuk keluarga besar beliau (anak-anak murid) dalam Al Arqam, namun Panglima ingin mendedikasikan sebuah artikel khas kepada pengasas Al Arqam ini. Meskipun agak terperanjat dengan berita pemergian beliau di usia 73 tahun tetapi ini adalah ketentuan Allah. Tiada siapa dapat menghalang takdir Ilahi walaupun oleh seorang Nabi atau Wali.

Ramai orang sedar dan membesar dengan jasa jasa Allahyarham terhadap Islam dan umat Islam di negara kita. Pengamalan syariat yang dipraktikkan di kampung-kampung Al Arqam seluruh Malaysia telah banyak menghidupkan pengamalan Islam pada era 70, 80 dan 90-an Meskipun pernah mencetuskan kontroversi dengan Pusat Islam namun ia tidak akan menjadikan kita mudah lupa segala nilai murni yang disumbangkan jemaah beliau kepada kita semua.

Pengalaman saya sendiri membesar dengan lagu lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Nada Murni sememangnya banyak membentuk diri saya sebagai seorang muslim. Dengan tulisan yang menyentuh hati dalam An Nasihah (majalah terbitan Al Arqam ) , alunan merdu nasyid dari kumpulan Nada Murni seperti lagu Bila Nur Melimpah di Hati, Rasul Ibarat Bulan Purnama, dan Munajat, saya sememangnya tidak dapat menafikan segala usaha keras mereka ingin mengembalikan umat kepada Allah dan Rasul dengan cara mereka tersendiri.Bahkan banyak kumpulan nasyid di negara kita adalah bekas murid Ustaz Ashaari seperti Rabbani, Raihan dan Hijjaz.

Mereka tidak menggunakan pendekatan PAS yang mencarut dan memaki hamun, atau pendekatan adu domba dan fitnah seperti PKR apatah lagi pendekatan komunis DAP. Mereka mendekati hati hati rakyat dengan menanam ilmu agar bercambahlah iman dan taqwa. Semua golongan mereka dekati dan saya masih ingat golongan artis seperti Erma Fatima,golongan motosikal besar dan golongan pondan/mak nyah pernah dijemput kumpulan ini menghadiri sambutan Maulid Nabi yang diadakan selama 7 hari 7 malam di Country Height, Rawang.

Kecintaan mereka terhadap Nabi tidak dapat disangkal lagi. Kebencian mereka terhadap wahabi juga jelas dan dizahirkan dalam semua tulisan yang mereka terbitkan. Namun sayang seribu kali sayang, mereka telah 'tersungkur di pintu syurga' ekoran sedikit kekeliruan yang melanda Mursyid kepada jemaah ini. Hasilnya Majlis Fatwa pada 1994 dan sekali lagi pada 12 September 2006 (Muzakarah kali ke-75) telah mengharamkan kumpulan Al Arqam ini walaupun dinamakan semula sebagai Rufaqa atas alasan bercanggah dengan akidah umat Islam di Malaysia.

Dalam menilai sesuatu elok kita mengambil perkara yang positif dari negatif. Dan kita tidak seharusnya menjadikan perkara negatif menutup pujian kita terhadap perkara yang positif yang telah dibuat oleh sesiapapun. Termasuk musuh kita. Kerana perkara positif itu boleh menjadi perangsang kepada kita dalam membina kejayaan yang lebih baik untuk diri pada masa akan datang. Begitu juga dengan jemaah ini, perkara yang baik perlu kita akui dan puji kerana ia telah banyak membantu kita dalam menjana kesedaran agama...

Dalam hal ini Al Arqam telah bangkit menjadi wadah umat yang telah melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam antara Umno dan Pas. Ketika Al Arqam bermula pada 1968 perpecahan teruk berlaku di antara kita. Ekoran fatwa ulama politik PAS yang telah memporakperandakan masyarakat. Hinggakan kafir mengkafir, perceraian akibat berbeza fahaman politik dan juga solat dua imam telah pun terjadi di merata tempat di negara kita. Pada tahun 1998 ia diburukkan lagi dengan kelahiran parti PKR yang ditubuh oleh bekas Timbalan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat akibat dakwaan liwat.

Kelahiran Al Arqam yang bermula 12 orang 42 tahun lalu sebelum mencecah 10,000 pengikut ( info Utusan Malaysia 4 Julai 1994 ) telah banyak menanam kesedaran tentang kepentingan kita bersatu dan tidak berpecah belah. Selama 26 tahun Al Arqam telah banyak membantu Kerajaan secara tidak langsung dalam menanam nilai nilai murni rakyat. Ramai telah insaf bahawa kebencian bukan diajar oleh Allah. Ramai yang telah kembali mencintai negara dan pemimpin serta kembali menjadi umat yang baik selepas mendapat tarbiyah dengan jemaah yang bergerak menerusi pendekatan tasauf dan sifat mahmudah ini.

Bayangkan jika Al Arqam tidak wujud tentu semakin teruk perpecahan di kalangan umat Islam. Hingga kini perpecahan semakin teruk apabila ulama politik dalam PAS semakin ghairah merebut kuasa dan telah melanggar batasan agama sehingga membenarkan satu persatu hak agama kita digadaikan. Contohnya kalimah Allah yang disokong penggunaannya di kalangan bukan Islam serta sokongan mereka kepada DAP menghina ayat quran apabila menggunakannya dalam ceramah politik mereka..

Soalnya sekarang, siapakah yang akan menggantikan tugas ini untuk mencantumkan hati hati kita agar bersatu atas nama Agama demi mengangkat martabat bangsa dan Negara ? Jangan berangan PAS akan dapat menggantikan jemaah ini kerana PAS hanya pandai bercakap dan berceramah namun realitinya ibarat habuk dan hampas. Lihat Al Arqam/Rufaqa yang telah mempunyai empayar ekonominya sendiri hingga hari ini.

Menurut wikipedia (klik sini) jemaah pimpinan Ustaz Ashaari Mohamad ini (sebelum diharamkan) telah dapat membina sebanyak 52 kedai runcit, 20 pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran serta 56 kilang perusahaan di perkampungan mereka. Mereka jauh lebih baik dari PAS. Hingga kini empayar mereka masih bergerak di merata tempat di seluruh dunia. Dengan misi jihad ekonomi dan dakwah Islam ke seluruh buana alam.

Apakah pula sumbangan PAS kepada umat Islam di Malaysia ? PAS hanya tahu mengajar fahaman wahabi, syiah dan hanya pandai melontar berjuta juta fitnah. Hasilnya ia telah meracuni fikiran rakyat sehingga merosakkan perpaduan dan membuang masa yang berharga serta menjadikan mereka benci kepada saudara seagama mereka dalam parti UMNO. Sepatutnya tenaga yang ada boleh digunakan untuk menjana pembangunan negara dan mendidik rakyat kembali ke jalan yang benar. Tetapi PAS gagal melakukannya meskipun ustaz dan ahli agama mereka lebih ramai berkali ganda dari parti UMNO @ Barisan Nasional.

Kita perlu mencari pengganti kepada usaha Allahyarham Ustaz Ashaari ini. Kita perlu menghidupkan usaha menyusun umat Islam dalam satu BARISAN. Kita perlu hentikan perpecahan yang makin membarah dalam masyarakat kita hari ini.

Mari kita mulakannya atau kita membantu sesiapa sahaja yang komited untuk menyatukan hati hati umat Islam agar tetap atas satu tujuan, satu fahaman dan satu pegangan yang benar berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Junjungan. Ini tugas kalangan kita untuk mengajak manusia kembali ke jalan Allah dan mencintai Rasulullah s.a.w. Kita perlukan Ulama yang takutkan Allah bukan ulama yang menjual agama demi dunia dan politiknya. Hingga Nabi berpesan mereka inilah yang digelar Dajal sebelum Dajal dalam hadis baginda.


Al Fatihah kepada Abuya Ashaari !


Moga Allah mengganjari arwah Ustaz Ashaari Mohamad dengan sebaik2 ganjaran dan memaafkan segala kekurangannya.


gambar kubur Allahyarham di Pilin, Negeri Sembilan (dari blog inijalanku)




Artikel-artikel berkaitan tajuk ini :


10 ulasan:

Cheguman berkata...

Panglima,
Jasa Abuya memang tidak ternilai. Saya pernah beberapa kali singgah di markas mereka di Sg Penchala (Kalu tak silap), sekitar 1970an.

PUTERI berkata...

Terimakasih Panglima...saya terharu...perjuangan akan diteruskan....

Panglima Perang Cyber berkata...

MODEL EKONOMI DAN ISLAM MEREKA SANGAT MENARIK.

SAYA DAPAT BANYAK INFO PERGERAKAN KUMPULAN INI.

MEREKA DALAM DIAM GIGIH BERDAKWAH.

MENGATA ORANG JAUH SEKALI.

SEMOGA MEREKA INI DAPAT MENJADI ORANG TENGAH MENGHUBUNGKAN UMAT ISLAM YANG SEDANG BERPECAH.

SELAIN ORANG SUFI DAN JUGA TABLIGH JUGA PERLU BERSAMA2 DLM SOAL MEMUPUK PERPADUAN UMAT ISLAM KITA HARI INI.

Tanpa Nama berkata...

Harus diingat, perjuangan Abuya Ashaari jauh berbeza dengan perjangan bekas isteri beliau (sudah diceraikan 3 kali) Khadijah Amm.
Khadijah Amm banyak melalukan pembohongan atas nama Abuya , Allah dan Rasulullah untuk kepentigan peribadi beliau. Keluarga2 dipisah2kan bila tidak bersetuju degan beliau. Anak sulung Abuya (Ust.Fakhrur Razi) pun diketepikan kerana Ummu Jah dakwa Abuya itu adalah Beliau sendiri yg menjelama kedalam jasad beliau.
Itu antara beratus2 kesesatan yg Ummu Jah bawak. Kalau nak lebih lanjut sila hubungi Ustaz Fakhrurrazi (Anak lelaki sulung Abuya).
Semoga anda tidak terkeliru ....

Unknown berkata...

Ramai org trkeliru dgn prjalann hidup Abuya, ada juga org yg hasad dengki dan mmfitnah. Ini smua adalh asam garam dlm khidupn org Islam, x dpt elak dari mnerima ujian kyakinn. Kbenarn itu perlu dicari d dburun, bkn hny duduk diam, tp kalo Allah dah timpakn hijab, maka dunia gelap x nampak apa

Tanpa Nama berkata...

Ikhwan today kau ni bodoh la...org pikirkan penyatuan cari titik pertemuan..katakanlah ummu jah ada kelemahan sepatutnya kita kena jadi lebih baik (itu yg Abuya ajar)bukannya kita suburkan kebencian,mengadu domba dll...dah tua tapi otak letak kat lutut...sekarang bangsa kita dah berpecah..jgn banyakkan konfrentasi banyakkan bantu membantu,

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran,betul atau salah satu2 ajaran atau bawaan bukan ikut persepsi masing2. Lebih2 lagi bila ianya berlawanan dengan selera nafsu kita. Sbb itu hari ini kita boleh setuju bila sesuai dgn kita, tp esok ditolak pula bila ngam dgn kehendak kita. Begitulah seterusnya... Jd agama itu bukan ikut selera kita masing2. Yg penting berpeganglah dgn apa2 yg datang dr Allah dan Rasul.

Tanpa Nama berkata...

Dashatnya tuan,betul ke ni,atau fitnah!!!

Tanpa Nama berkata...

Sama sekali jangan terkeliru dgn 'perjuangan' cari makan Shuib Sulaiman, Alifi Alias, Razif Satari dll yang menggunakan minda Abuya tetapi langsung tak beri kredit pada Abuya dlm Ikhwantoday dll seolah2 sajak2, minda dan jalan berfikir mereka punya 100%. Apa beza mereka dgn Pahrol Mohd Joi, Hashim Ahmad dll? Bezanya keluar awal atau lambat dari jemaah sahaja. Kalau betul lah mereka dalam kebenaran sila buat jemaah contoh untuk seluruh umat Islam menilai dan ikuti kerana berjemaah itu wajib. Setakat memberi komen, sapa-sapa pun boleh...

Panglima Perang Cyber berkata...

Manusia yang berani lawan sistem yang memecah belahkan manusia memang orang luar biasa. Mereka ini biasa banyak tohmahan kepadanya.namun yang berbeza hanya orang beriman sahaja nampak kebenaran di sebaliknya.

Cari Blog Ini

Translate