Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Mei 2010

Edisi Terkini : 42.4 % @ 23,190 rakyat sudah keluar mengundi dan TIGA keputusan penting dinanti hari ini !!!

gambar oleh Berita Harian


Laporan Berita 1.30 tengah hari seminit yang lalu melaporkan 42.4% pengundi sudah keluar.Ia bersamaan 23,190 yang sudah keluar dan masih ada seramai 31,504 lagi yang belum keluar ketika masa masih ada lebih kurang 2 jam sahaja lagi. Jumlah pengundi 54,695.

Menurut info yang diterima oleh Panglima, peluang BN sangat cerah meskipun majoriti belum dapat dipastikan samada naik atau tidak. Ini kerana DAP telah ditolak oleh rakyat Sibu tiga kali berturut melibatkan calon yang sama bertanding kali ini.

Tetapi janji PM untuk memberi RM5 juta bagi mengatasi masalah penduduk Sibu esok hari jika BN dipilih melambangkan komitmen sangat tinggi pimpinan negara kita di dalam meraih sokongan pengundi dan pastinya ia satu tawaran yang mustahil ditolak oleh mereka.

Berbanding PAS yang masih bertikam lidah antara Nik Aziz dan Haron Din berhubung isu Allah.

Tindakan Nik Aziz mempertahankan kalimah Allah kepada bukan Islam jelas menunjukkan begitu kuatnya isu ini kepada pengundi Cina yang majoriti bukan Islam beragama Kristian di Sibu.

Kita bersyukur Dato Haron Din berani mendesak DAP menarik kembali isu kalimah Allah dari dipergunakan dalam kempen di Sibu selari dengan tuntutan Ketua Polis Negara yang turut meminta isu sensitif ini tidak dimainkan di sana.

Ini demi mengelakkan pergaduhan agama akan tercetus atau menjadi budaya dalam kempen politik parti politik di negara kita.

Bersama kita berdebar menunggu keputusan PRK Sibu dan juga Piala Thomas dan AF petang berbahagia ini....


Dupp Dupp Duppppp.......

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebagai pembaca kpd blog anda izin
kan saya memberi pandangan tentang
isu pengunaan nama allah oleh bukan islam, dlm hukum hakam islam
tidak ada kata putus ttg perkara ini oleh itu terpulang kpd sesorang itu utk berpegang kpd arah
yg di sukai. sebagai maklum perseli
sihan ulamak dlm satu2 perkara adal
ah rahmat,islam sangat demokrasi dlm keserjanaan.maka saya harap jangan isu ini di perbesarkan kerana dia akan mengaibkan kita sendiri sebagai umat yg tak faham kpd falsafah islam itu sendiri.

Cari Blog Ini

Translate