SIBU: Datuk Seri Najib Razak yakin bahawa rundingan antara Malaysia dan Brunei berkaitan dengan persempadanan laut dan darat akan mencapai satu bentuk penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara jiran itu sedang berunding perkara berkenaan dalam semua aspek, termasuk peranan dan peluang yang boleh diraih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada segi kerja cari gali dan pembangunan serta pelaburan yang boleh dibuat oleh Brunei di Malaysia sebagai satu pakej.
Perdana Menteri berkata, kedua-dua negara jiran itu sedang berunding perkara berkenaan dalam semua aspek, termasuk peranan dan peluang yang boleh diraih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) daripada segi kerja cari gali dan pembangunan serta pelaburan yang boleh dibuat oleh Brunei di Malaysia sebagai satu pakej.
"(Duli Yang Maha Mulia) Sultan Hassanal Bolkiah selalu sebut perkara ini bahawa baginda berkehendakkan penyelesaian yang berasaskan satu formula yang saling menguntungkan," katanya.
Najib berkata demikian selepas menghadiri jamuan tengah hari dan menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 32 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Sarawak di Kem Rascom, Briged Kesembilan Infantri di Jalan Ulu Oya dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, persetujuan pada prinsipnya dicapai pada 2009 dan kini kedua-dua pihak sedang melihat rundingan daripada segi kajian yang dilakukan dalam satu semangat perjanjian yang menguntungkan.
Najib diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menulis dalam laman blognya Khamis lalu, mempersoalkan sebab dua medan cari gali, konsesi blok L dan blok M, yang bukan lagi kepunyaan Malaysia dan berkata kehilangan itu boleh mengakibatkan kerugian kepada Malaysia sekurang-kurangnya AS$100 bilion (RM320 bilion).
Beliau berkata, persetujuan pada prinsipnya dicapai pada 2009 dan kini kedua-dua pihak sedang melihat rundingan daripada segi kajian yang dilakukan dalam satu semangat perjanjian yang menguntungkan.
Sementara itu, Petronas pula berkata, syarikat minyak nasional itu dipelawa oleh Brunei untuk membangunkan dua kawasan penerokaan luar pesisir tersebut atas dasar persetujuan komersial.
Petronas berkata, syarikat itu sudah menubuhkan satu pasukan dan memulakan rundingan dengan Brunei untuk memperincikan terma bagi pembangunan kedua-dua kawasan itu yang kini dikenali sebagai Blok CA1 dan CA2. - Bernama
Sumber Berita Harian
Komen Isac;
Kalau dilihatkan kepada segi geografi kawasan tersebut berada di dalam kawasan bertindih. Secara logiknya ia lebih hampir kepada Negera Brunei. Pada kebiasaannya jika berlaku tuntutan "bertindih" sebegini, tiada apa yang boleh dilakukan kerana sebarang eksplorasi minyak/gas hanya akan mengundang ketegangan dengan pihak yang satu lagi.
Apabila ketegangan semakin memuncak selain ianya mungkin boleh mengundang pertembungan fizikal/ketenteraan, penyelesaian di Mahkamah Dunia/The Haque pastinya akan mengambil masa yang lama. Sepanjang tempoh itu pastinya sebarang bentuk eksplorasi akan ditegah sehingga keputusan mahkamah diputuskan.
Perlu diingat selama 52 tahun kita merdeka, Negara Brunei adalahmerupakan sebuah negara jiran tetangga yang baik. Tidak pernah sekalipun berlaku pertelingkahan maupun ketegangan dengan negara ini. Selain itu Sabah dan Sarawak juga adalah asalnya milik mereka. Pastinya jika Brunei menentang penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Sabah dan Sarawak tidak akan berada di bawah Malaysia pun. Selain itu Brunei merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pulau Melayu dan permusuhan ini hanya akan melemahkan kita.
Jestru itu adakah wajar untuk kita sengaja membangkitkan isu ini dan mengundang marah mereka?
Dalam keadaan sekarang selain daripada eksplorasi minyak/gas dapat dijalankan hampir serta-merta, kedua-dua negara akan berkongsi kemakmuran di kedua-dua blok tersebut iaitu Blok L & M. Petronas juga akan dapat peluang untuk berkerja sama dengan Brunei dan siapa tahu selepas usaha sama ini, Petronas bakal berpeluang untuk memonopoli eksplorasi minyak/gas di negara Berunei. Kawasan Limbang mungkin akan dapat kekal dalam Malaysia tanpa bantahan Brunei dan ikatan kekeluargaan yang telah terbina sejak beratus-ratus tahun akan semakin kuat dan utuh.
Bukankah ini suatu keputusan "menang-menang? Maksudnya Pak Lah juga telah mengambil satu keputusan yang tepat dan selari dengan kehendak Islam dan budaya Melayu. Selalu menghormati/menjaga jiran tang baik.
Siapa kata Pak Lah "bodoh"? Dalam kes ini penulis sependapat dengan Dato' Seri Najib dan Dato' Nazri bahawa tindakan Pak Lah sememangnya bijak. Umpama, "menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak".
Tulisan Isac @ http://bumiyang.blogspot.com/
Komen Panglima :
Setiap orang berbeza pandangan tetapi tidak harus menjadi musuh apatah lagi kita adalah sesama Islam dan satu bangsa yang sama partinya...
Terima Kasih atas cuitan Tun Mahathir dalam blog Chedet hingga isu ini berjaya difahami dengan baik oleh semua pihak.
Mari kita berlapang dada memahami isu yang berlaku tanpa sebarang persepsi negatif kepada sesiapa pun....
Mari kita bersyukur dan berdamai di bawah payung rahmat negara kita Malaysia....
2 ulasan:
Antara isu yang dibangkitkan ialah kenapa pak Lah tidak sebut langsung mengenai blok L dan M ketika perjanjian dibuat dengan brunei tahun lalu.
Kita kena ingat, tuntutan pasal limbang dan kedua2 blok ini sudah lama. Dan jika dilihat dari segi potensi berdasarkan undang2 perairan antarabangsa, Brunei sebenarnya lebih layak.
Malah, sejarah sudah dibukukan bahawa Limbang sebenarnya milik Brunei tetapi ketika Inggeris menjajah Sarawak dulu, imprealis inggeris merampas Limbang dari Brunei secara paksa.
Sebab itu ramai berpandangan jika Malaysia angkuh nak bawa benda ni ke mahkamah antarabangsa, maka ada kemungkinan besar malaysia bukan sahaja tidak dapat apa2 daripada limpahan sumber minyak di blok L dan M tetapi juga mungkin kehilangan Limbang sekaligus.
Dalam hal ini jelas Brunei masih berpegang kepada semangat kejiranan dan setiakawan walaupun mempunyai advantage yang cukup untuk memiliki sumber minyak di kedua2 blok.
Kita boleh ambil risiko berebtu dengan brunei untuk blok M dan L tu kerana hasil minyak. Kita mungkin menang dan mungkin kalah. minyak tu pula lama kelamaan akan habis juga. Tapi adakah kita sanggup ambil risiko untuk turut berebut Limbang yang memungkinkan kita terpaksa menyerahkannya kepada Brunei yang secara teknikalnya lebih layak?
fikir-fikirkanlah...
- kilik gonzalez
komen disalin dari blog isac
Itulah yang sebaik2nya....
Muafakat membawa berkat.
Catat Ulasan