Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Mei 2010

Panglima setuju saranan Dewan Pemuda PAS desak Perkeso Tarik Pelaburan Dalam Carlsberg Tetapi...


  1. Isu judi dan arak telah menarik perhatian banyak pihak selepas isu lesen perjudian untuk Piala Dunia diura-urakan bakal menjadi kenyataan.
  2. Ia rentetan isu calon dikatakan peminum arak tegar yang mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor bahkan digosip memiliki kuda lumba yang sinonim dengan aktiviti perjudian.
  3. Ketika ramai menentang pelesenan dibenarkan oleh pihak Kerajaan, Panglima mengambil langkah agak berlawanan dengan membawa dalil kenapa ia diharuskan berdasarkan artikel yang dipetik dari laman Pemuda Umno Malaysia.
  4. Semua ini dan banyak lagi telah membawa kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar Perkeso menarik balik pelaburannya dalam Carlsberg dan ia memang wajar diikuti.
  5. Dalam hal ini perkataan yang benar walaupun terbit dari pihak lawan yang tidak kita senangi adalah perkara yang perlu kita pegang tidak kira dari mana fahaman politik sekalipun.
  6. Prinsipnya jelas bahawa Carlsberg adalah syarikat arak dan kita tidak boleh berkompromi dengan pelaburan syarikat arak ini mahupun menjadi ahli lembaga pengarahnya.
  7. Menyedihkan apabila ada juga orang Melayu yang sudah pasti Islam menjadi pengarah syarikat arak ini. Apakah mereka tidak sedar hukum halal haram hingga menggadaikan maruah agama demi dunia ?
  8. Masih teringat lagi bagaimana pemilik syarikat Magnum telah berkawan baik dengan bekas TPM kita yang kini bergelut dengan kes liwatnya bahkan diberitakan telah menerima sejumlah RM60 juta dari Nallakarupan.
  9. Dari mana jika bukan dari hasil judi wang yang diterima dan itulah sebabnya barangkali kenapa beliau telah tercampak keluar dari menerajui negara kita 12 tahun yang lalu walaupun ia dianggap konspirasi tertinggi negara dan didakwa begitu.
  10. Kini kita jelas dapat melihat siapa yang konspirasi dan siapa yang menggunakan alasan konspirasi demi menyelamatkan diri. Tidak sedikit manusia menyalahkan lantai apabila kakinya gagal menari mengikut rentak dan irama lagu kerana tidak mahu malu di hadapan khalayak awam.
  11. Nik Aziz dan Hj Hadi kita lawan apabila mereka tergelincir atau merelakan diri dan gerakan politik diperalatkan bukan Islam. Begitu juga Najib dan Muhyidin, akan kita lawan jika gagal membawa aspirasi Islam dalam pemerintahan.
  12. Yang penting, kebenaran bukan berada secara muktamad di pihak PAS, kebatilan tidak akan selamanya dikaitkan dengan Umno dan fahaman Liberal tidak akan terus dilabelkan dengan PKR apabila kita dapat menilai dengan waras tanpa mengikut perasaan.
  13. Ketika mana Panglima bersetuju dengan gesaan Dewan Pemuda PAS di atas, satu soalan ingin saya tanyakan kembali kenapakah mereka hanya mendesak Perkeso mengeluarkan carumannya tetapi tidak pula sanggup mendesak agar lesen kilang Carlsberg ditarik balik dari terus menjadi mercutanda di Shah Alam ?
  14. Bukankah pemerintah di Selangor sejak 2008 adalah Pakatan Rakyat dianggotai oleh DAP PAS dan PKR ? Kenapa dalam hal ini nampak setengah perkara dibesar-besarkan dan setengah yang lain didiam-diamkan. Apakah ini pejuang Islam ?
  15. Sepatutnya kerana kebenaran yang kita percayainya maka kita jangan gentar kepada ancaman sesiapapun hatta terpaksa dipandanga serong atau dilucutkan jawatan demi kerana kebenaran yang kita pegang.
  16. Jangan terikut perangai artis yang suka membuat gosip demi menaikkan nama agar terus diingati peminat kerana tugas ahli politik tidak sama dengan artis yang hanya pandai menghiburkan bukan menjadi tauladan atau pemimpin kepada rakyat bawahan.
  17. Satu penghargaan peribadi Panglima kepada Zulkifli Nordin yang kental membela agama dengan membawa slogan 'agama pertama parti kemudian' berbanding sesetengah pihak yang mengutamakan 'kuasa didahulukan agama dikemudiankan'. Begitu juga sikap Mufti Perak yang tetap dengan pendiriannya demi agama tidak kira pendapat beliau disukai lawan atau dibenci kawan.

Mari kita membela kebenaran tidak kira dari mana ia datang dan menentang kebatilan tidak kira dengan siapa ia berteman.


Dengan Satu suara, Satu arah dan Satu akidah ayuh kita melangkah gagah ke hadapan dengan pena kita yang tajam...


p/s : sanggupkah PAS desak 4,500 premis perjudian di Selangor dihapuskan ? lihat pendedahan oleh mantan MB Selangor di sini http://www.mykmu.net/


Juga lihat blog baru dijumpai ini http://suarawarongkopi.blogspot.com/ dan tulisannya sangat kritis dan menarik hati.

selamat malam dan selamat berjuang...



Gambar gambar berkaitan artikel lihat di bawah :



[Carlsberg+Directors.JPG]







Tengok juga keratan akhbar ini tentang lawatan ke kilang Carlsberg yang jelas kilang arak terbesar di Malaysia.






Jika syarikat rokok diharamkan kenapa syarikat arak dibenarkan mengambil bahagian dalam sukan? Penjelasan ini perlu dibuat oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan



kilang arak terbesar di Asia yang masih gagah di tepi jalanraya Persekutuan walaupun sudah dua tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate