- Blog Sahabat kita Jentayu Abaka telah diserang oleh penggodam petang ini.
- Ini disyaki ekoran artikel beliau bertajuk " Anwar sudah tidak relevan di Amerika " yang menghentam Anwar Ibrahim ( klik sini )
- Artikel pertama dimuatkan bermula lebih kurang jam 12.13 pm dan terakhir kira kira dua jam kemudian.
- Sebanyak 25 artikel dan gambar yang mengkritik Barisan Nasional dan Umno telah dikeluarkan tanpa pengetahun beliau.
- Perkara ini baru disedari lebih kurang jam 4.25 apabila Panglima menyemak senarai blog dan terkejut dengan tajuk artikel beliau ' dah lama i nak cium u ' dan terus menghubungi beliau. Lalu artikel-artikel tersebut berjaya dibuang dengan segera.
- Pada mulanya Panglima beranggapan barangkali ini satu cara meletakkan tajuk yang boleh menarik perhatian pembaca namun ternyata ia salah sama sekali.
- Ia memaparkan gambar isteri Perdana Menteri dengan bintang hindustan yang jelas untuk memalukan Perdana Menteri @ Barisan Nasional.
- Tindakan tidak bermoral oleh penggodam tersebut jelas menunjukkan mereka begitu tertekan dengan serangan hebat Blogger Pembela Negara @ Kerajaan /Umno @ Barisan Nasional terhadap Pakatan Haram.
- Dulu mereka menyerang kita bertahan tetapi sekarang mereka yang diserang dan terpaksa bertahan dengan satu persatu isu yang timbul hasil dari penyelewengan mereka yang didedah oleh bekas pemimpin PKR dan blogger Kickdefella pro Pakatan Haram sebelum ini...
- Sehubungan dengan itu dinasihatkan semua sahabat BPN dan blogger lain agar menukar password masing masing dan memastikan blog tidak dimuatkan artikel yang tidak sama dengan pandangan pemiliknya.
- Sesiapa yang menemui perkara serupa ini sila maklumkan kepada Panglima di talian hp 012 337 8780 menerusi sms untuk tindakan lanjut.
- Walaupun geram dengan tindakan penggodam tersebut namun sekurang kurangnya jelas kepada kita bahawa misi siber pihak Kerajaan/Barisan Nasional telah menampakkan hasilnya.
- Jelas ini tanda serangan siber pihak kita telah menggerunkan mereka dan terbukti kesepakatan antara blogger membela agama bangsa dan negara ini telah berhasil melemahkan moral mereka sehingga terpaksa melakukan perbuatan tidak bertatasusila ini demi melunaskan dendam kesumat yang membara di dada masing masing.
Syabas dan takziah kepada Blogger Jentayu Abaka atas 'dugaan' ini.....
Serangan ini bermakna tulisan anda telah 'menghangatkan punggung' mereka...
Perkara yang sama juga dialami oleh Analisis Ringan (kumbang) sebelum ini apabila beliau mengkritik Anwar Ibrahim (klik sini ).
Apabila mereka tidak lagi dapat menjawab hujah hujah yang diukir oleh pena kita maka kekeransan adalah pilihan tunggal yang mereka ada.....
Nota : Harap edarkan perkara ini kepada semua rangkaian dan sahabat......
1 ulasan:
Surah Ali Imran,ayat:
[161]
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
[162]
Adakah orang yang menurut keredaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembalinya ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Catat Ulasan