- Saya agak lapang pagi ini dan kebetulan sedang membelek FB Mohd Sayuti Omar yang makin 'gian' dengan FB nampaknya
- Beliau dilihat agak obses dengan FB hingga berbagai jenis gambar termasuk kucing turut dimuatkan dalam album gambar FB beliau.
- Lalu saya terjumpa gambar air merah yang dihidangkan ketika Anwar dan Gobala makan di rumah Zaid Ibrahim
- Maka saya ingin bertanya kawan kawan air apakah yang berwarna merah itu ?
- Logiknya tentu jika minuman itu 'keras' tentu tidak akan dibiarkan ia dirakam oleh sesiapa pun.
- Jika tidak tentu sudah banyak gambar gambar peminum arak tegar akan bertebaran dalam internet. Kerana fitrah manusia mereka malu jika dilihat melakukan perkara haram seperti arak atau meliwat.
- Sebab itu juga tidak ada orang merakam gambar ketika minum arak mahupun ketika meliwat walaupun suka mendapat liputan kamera wartawan dengan kisah seperti 16 September 2008 atau ancaman bunuh hingga terpaksa lari ke Kedutaan Turki.
- Gambar di atas tidak ada niat untuk kaitkan sesiapa dengan arak. Walaupun saya tahu Gobala atau Anwar atau Zaid tidak pun boleh kita katakan pemimpin yang warak atau dipercayai.
- Mereka ialah pemimpin yang 'kuasa didahulukan agama dibelakangkan' hingga merelakan apa sahaja termasuk membuat janji memberi jawatan TPM ke II kepada kaum Cina.
- Permainan politik seperti ini sangat membahayakan ketika mana kita melihat Melayu makin bersatu menyokong Kerajaan dan Cina juga bersatu di belakang pembangkang.
- Pertembungan ini pasti boleh menggugat keamanan kerana menyebabkan kaum majoriti di negara kita merasa tercabar dan terhina dengan sikap mantan TPM yang begitu kemaruk untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.
- Untuk itu dengan ini BPN sekali lagi mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap petualang agama bangsa dan negara ini dengan menggesa semua rakyat Malaysia yang mahukan keamanan negara berkekalan agar menyertai usaha memerangi pengkhianat utama negara ini.
- Malaysia perlu diselamatkan dari ancaman Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang yang rakus berusaha tiap masa untuk merebut kuasa yang ada demi memuaskan 'nafsu songsang' pemaju dan pembiaya di belakang mereka ketika ini. Ayuh kita bersama selamatkan negara kita atau kita akan menyesal selama-lamanya.....
gambar arak merah ini adakah sama gambar di atas ?
Baca juga pengakuan Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamarudin berkenaan kepupusan
100 cabang Wanita PKR yang hanya tinggal 106 cabang berbanding 206 pada 2009 di sini http://suarabaling.blogspot.com/
1 ulasan:
Sesungguhnya penyebar fitnah akan menerima azab amat pedih di akhirat nanti...
Catat Ulasan