Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mei 2010

Siri 04 - Laporan Terkini SIBU @ Blog PRK Sibu & video gambar 'Zaid Ibrahim' dibakar depan pejabat PKR !!! 从诗巫@博客选举诗巫和'视频文件扎伊德易卜拉欣'办公室最近的报告,并烧烤派对!


Di sekitar hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sibu, suasana agak tenang, cuaca panas terik. Perarakan DAP bermula pada jam 8.15 pagi dengan kehadiran seramai 500 orang, majoritinya 87% adalah penyokong DAP, 11% penyokong PKR, 1% PAS dan 1% lagi penyokong SNAP.

Pilihan Raya Kecil kali ini disertai oleh calon bebas tajaan PKR (dibelakang tadbir), Narawi Haron, 60 tahun. persara tentera. Calon BN seperti mana yang diketahui, Robert Lau Junior dan Wong Ho Leng calon "recycle" mewakili parti luar Sarawak, DAP.

Kehadiran beberapa orang penyokong PAS yang cuba menyemarakan lagi semangat penyokong yang lain tidak berjaya berikutan dengan budaya ganas yang dibawa oleh PAS Kelantan tidak digemari oleh rakyat Sibu. Dari awal hingga ke akhir, PAS seperti dibiarkan tanpa disahut laungan takbir mereka.

SNAP pula bagaikan parasit, menumpang populariti DAP yang mana perarakan itu dihadiri oleh Wan Azizah, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Ngeh, Teresa Kok, Azmin Ali, Hassan Ali dan pemimpin-pemimpin lain yang tidak ternama.


Perarakan DAP didendangkan dengan lagu DAP bertajuk "Jom Ubah" yang jelas sekali meniru slogan BN di Hulu Selangor, "BN Mampu Berubah". Juga terselit dalam senikata lagunya "Rakyat Diutamakan" ditiru bulat-bulat tanpa malu tanpa segan. Nyata DAP ketandusan idea mencari isu di Pilihan Raya Kecil kali ini. Peranan Ronnie Liu sebagai 'pengarah strategi" PRK Sibu gagal.

PAS sekali lagi cuba menghangatkan keadaan tetapi dihalang oleh beberapa pemimpin DAP yang tidak gemarkan cara PAS berkempen sehingga ada dikalangan penyokong PAS bertindak meninggalkan pusat penamaan calon.

Selang beberapa minit kemudian, PAS sekali lagi bersuara dengan melaungkan bahawa Pakatan Rakyat sudah menang dan laungan itu hanyalah mengambarkan betapa bebalnya penyokong PAS itu. Tidak beberapa lama kemudian, penyokong PAS mula beredar dari pusat penamaan, yang tinggal hanyalah pemegang bendera.

Setelah PAS beredar, penyokong DAP menjadi bisu bagaikan tiada halatuju. Hanya berdiri menanti tanpa melakukan apa-apa provokasi. DAP hanya bergantung kepada penyokong PKR dan PAS untuk menyemarakkan hari penamaan calon yang mana kebanyakan penyokong DAP ini di import dari tanah seberang. Penyokong DAP local yang hadir, hanyalah sekitar 140 orang saja.

Jam 9.30 pagi, ramai penyokong Pakatan Rakyat mula beredar. Gambar-gambar di sekitar pusat penamaan calon selepas ini.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

Sumber : Blog PRK Sibu @ http://prksibu.blogspot.com/



Nota : Jenguk juga bahan bahan terkini dari SIBU di laman ini http://sarawakupdate.com/news/ dan mohon disebarkan di blog dan facebook serta email anda.


Salam perjuangan !!!




Cerita lanjut protes Zaid Ibrahim hina Sultan Selangor klik sini http://minaq-jinggo.fotopages.com/ dan video bawah ni











Terjemahan Bahasa Cina (simplified)


在和周围的选举提名日诗巫,相对平静的条件下,闷热的天气。磷酸二铵游行开始于上午8:15在约500人,其中有87%的磷酸二铵的支持者,对巴基斯坦卢比,考绩1%和1%的特工的支持者多数存在11%的支持者。

选举由独立候选人背后的赞助巴基斯坦卢比治理(伴随着这一时间),Narawi哈龙,60岁。persara军队。阵候选人,因为我们知道,刘和王罗伯特何岭少年候选人“资源回收”党占农村沙捞越磷酸二铵。

考绩制度的一些支持者谁试图menyemarakan精神,谁的支持者,由于没有成功的暴力文化所带来的吉兰丹考绩制度是不是由诗巫的市民赞成的存在。从开始到结束,因为没有disahut容忍他们的呼声局首席助理局长解释。

特工就像一个寄生虫,对磷酸二铵的游行是由万阿兹莎,哈立德易卜拉欣,林冠英,林吉祥,Ngeh,德丽莎角,副主席阿兹敏阿里,哈桑阿里和其他领导人出席是不知道的欢迎。


巡游磷酸二铵磷酸二铵didendangkan的歌曲名为“让我们改变”,显然是复制了在葫芦阵雪兰莪州,英国国民能力的口号,以改变“。另外,在歌词terselit,“人们现在”没有羞耻复制整个没有害羞。磷酸二铵缺乏明确的想法找到这个选举的问题。作者:罗尼刘作为战略总监“的角色,诗巫选举失败。

保安局首席助理秘书长再次尝试保持局势,但有些领导人谁不爱运动中一路考绩考绩制度的支持者封锁行为有离开的提名中心。

几分钟后,再次大声说话与考绩制度,人民联盟赢得了,只有反映和呼声如何bebalnya考绩制度的支持者。没有了一会儿,然后,考绩制度的支持者开始离开提名中心,但其余的旗帜。

在离开考绩制度,民主行动党的支持者似乎不再沉默的方向。正义立场没有做任何挑衅轮候。DAP是对巴基斯坦卢比和PAS依赖支持者在提名照亮其中磷酸二铵大多数支持者是从土地端进口天。支持地方DAP是存在,但只有约140人。

上午九时三十分,许多支持者开始离开。图片围绕这一提名中心。

议会选举之后举行诗巫现任刘会洲,谁也于4月9日交通副部长死亡。选举委员会(EC)5月8日定为5月16日的提名和投票当日

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate