- Hari ini hari kelahiran Cucunda Rasulullah s.a.w yang digelar Sayyidah Zainab r.a dan bersempena itu saya umumkan jihad menentang WAHABI dan segala bentuk ideologi mereka akan diteruskan dengan lebih giat lagi walau pun saya akan kehilangan rakan siber kerana pendirian ini.
- Soal wahabi soal akidah bukan lagi soal khilafiah. Demi kasih sayang saya kepada saudara seagama maka jihad melawan fikrah sesat dan batil bagi menjaga perkara terpenting dalam hayat Muslim ini (yakni akidah) di mana sahaja mereka berada,akan diperkuatkan dan kepada Allah kita memohon pertolongan.
- Kepanasan hati golongan Wahabi semakin menjadi jadi dan mereka tidak lagi waras dalam menuturkan hujjah kerana sudah kalah. Sebab itu pendekatan militan diguna pakai dalam melawan hujjah yang gagal dijawab dengan tepat mengikut acuan Al Quran dan As Sunnah. Lihat komen mereka yang gagal mengemukakan hujjah dan terbelit dengan fakta palsu yang ditelan bulat bulat ke dalam minda mereka tanpa adanya tapisan hati yang bersih lagi suci.
- Jika ada rakan kita tidak dapat menerima hujjah saya atau yang saya bawa maka jangan sampai anda tidak lagi waras dengan menghentam saya tanpa bukti atau fakta. Tuliskan segala hujjah dan saya juga akan menjawab dengan hujjah samada hasil kajian saya atau disalin dari penulis yang lain.
- Jangan juga anda menjadi begitu bongkak atau sombong walaupun semua sedar sifat golongan WAHABI ini adalahTAKABUR dan seiring dengan fizikalnya 'besar lubang hidung' contohnya orang itu yang pernah jadi Mufti Perlis atau yang masih lagi menjadi MB Kelantan. Sikap mereka suka memperlekeh ulama lain menjadi budaya dari dulu hingga sekarang.
- Merasakan diri lebih baik dari orang lain adalah ajaran WAHABI dan sama ajaran PAS. Golongan WAHABI ini memang berada di mana mana dengan sikap sedemikian walau mendakwa menyokong kerajaan atau menentangnya. Siapa sahaja boleh dipergunakan untuk menyokong fahaman mereka akan diperalatkan samada dari UMNO PAS atau PKR.
- Memandangkan aktiviti mereka makin aktif dengan khabarnya ada blogger dijemput bertemu tokoh pembela dan penyebar WAHABI di negara kita maka saya sarankan sahabat sekelian berhati hati.
- Kancah perbalahan akan kita tempuhi jika fahaman wahabiah ini mengambil tempat dalam hati dan sanubari kita semua. Isu ini bukan untuk mencipta perpecahan tetapi mencegah darinya. Selama ini kita bersatu atas dasar ASWJ dan jangan kita gadaikan fahaman ini kerana individu tertentu samada dia berjawatan dalam kerajaan atau parti yang kita anggotai.
- Usaha menyatukan rakyat berdasarkan 1Malaysia juga akan gagal kerana pendekatan kasar dan radikal WAHABI hingga menyatakan halal dibunuh orang bukan Islam seperti yang berlaku di BALI dan mengkafirkan sesuka hati umat Islam yang lain.
- Kerosakan iman dan akidah akibat 'bom WAHABI' lagi dahsyat dari 'bom Zionis' kerana mangsa bom Zionis dijamin syurga oleh Allah manakala mangsa 'bom WAHABI' yang mendakwa Allah bertempat dan berjisim dikhuatiri tidak diterima oleh NYA. Perkataan 'dikhuatiri' kerana kita bukan TUHAN dan tidak mampu menentukan sebaliknya kita yang ditentukan oleh ALlah Maha Esa.
- Sahabatku Maharaja Zhou, cukuplah anda membela Wahabi dan kajilah dengan mendalam ajaran ini. Kecuali anda diberi sesuatu berbentuk duniawi untuk menyebar dan mempertahankannya, maka apa boleh saya buat !
- Baca komen takabur Wahabi di sini dan kekejaman Wahabi membunuh ulama di sini http://abu-syafiq.blogspot.com/ dan juga penjelasan sangat hebat Syeikh Dr Uthman El-Muhammady tentang bahaya Wahabi http://blogtraditionalislam.wordpress.com yang pasti mengundang air mata anda mengalir !!!
Takbirrrrr Allahu Akbar !!!
15 ulasan:
kami menyokong anda moga moga usaha anda berjaya menyedarkan puak puak talibarut wahabi ini
YANG PASTINYA UMNO MENERIMA ULAMA WAHABI.
saya menyokong usaha tuan, sila ziarah http://caklam.blogspot.com/2010/07/pendedahan-ekslusif-yahudi-wahabi.html
terima kasih semua....
saya menentang kemasukan ulama wahabi kerana mereka bukan ulama sebenarnya...
mereka juga boleh menjadikan umno parti wahabi selepas pas.
perpecahan makin besar akan berlaku dengan berpindahnya elemen wahabi ke dalam umno.
demi Agama Bangsa dan Negara mari kita bersama sama sebarkan fakta untuk 'menawar' racun wahabi.
salam perjuangan.
Assalamualaikum Tuan Panglima,
Saya tidak lihat apa fakta yg tuan berikan. Melainkan semuanya sangkaan dan fitnah semata2.
Lihatlah pesanan TPM kita:
"Walaupun perbezaan agama, budaya dan latar belakang berlainan, namun kita dapat hidup tanpa perselisihan yang boleh mewujudkan pergaduhan sehingga berlaku pertumpahan darah," katanya.
Di bawah "pengaruh Wahabi" dari tahun 2002-2005, org seperti Ustaz tidak didakyahkan utk membenci bukan Wahabi. Kami menentang PAS sehingga digelar oleh seorg blogger mereka yakni Ali Zaidan yg pernah berdebat dgn kami sebagai Wahabi Ghulu' kerana berjaya membuktikan bahawa PAS itu haram sebagaimana haram itu zina.
Fitnah bhw gol. salafi/wahabi menghalalkan "suicide bombing" merupakan fitnah yg tidak berasas:
Rujuk Fatwa Syeikh Ibnu Uthaymeen:
Response: Indeed, my opinion is that he is regarded as one who has killed himself (committed suicide), and as a result he shall be punished in Hell, for that which is authenticated on the authority of the Prophet (sal-Allaahu `alayhe wa sallam).
[((Indeed, whoever (intentionally) kills himself, then certainly he will be punished in the Fire of Hell, wherein he shall dwell forever)), [Bukhaaree (5778) and Muslim (109 and 110)]].
Mufti Arab Saudi mengeluaran fatwa:
Shaykh 'Abdul-'Azeez also said suicide bombings have no basis in the Sharee'ah as it is another form of killing oneself.
Hijacking planes and frightening passengers are also against the Sharee'ah, the Shaykh added.
Kemudian kata Tuan:
'bom WAHABI' yang mendakwa Allah bertempat dan berjisim dikhuatiri tidak diterima oleh NYA. Perkataan 'dikhuatiri' kerana kita bukan TUHAN dan tidak mampu menentukan sebaliknya kita yang ditentukan oleh ALlah Maha Esa.
Kami pihak salafi menerima Allah sebagaimana disifatkan olehNya. Jika Allah berkata Dia Istawa 'Alal Arsy, maka kami menerimanya tanpa ta'wil, tamthil. Memfitnah kami dr kaum mujassimah adalah perbuatan keji.
Jika nabi bersabda bahawa Nabi naik ke langit utk bertemu Allah dalam peristiwa Isra' dan mi'raj. Adakah selama ini org melayu ini Wahabi kerana percaya Rasulullah SAW bertemu Allah dalam peristiwa Israk dan mikraj, wahai Tuan Panglima?
Tuan, wallahi, saya tidak diberi apa faedah duniawi dalam hal menyebarkan kebenaran ini, hatta saya tidak menerima imbuhan pun dalam membela UMNO di dunia cyber.
Jika komen saya dianggap takbur, bagaimana pula dengan komen tuan sendiri, menyesatkan Wahabi, meminta seorg pegawai Jakin dipecat, memfitnah ulama2 "wahabi" menyokong keganasan?
Tidakkah malu tuan dengan tindakan tuan?
Assalamualaikum Tuan Panglima,
Usahlah terus memfitnah kami kaum salafi/wahabi dengan perkara yg tidak wujud.
Bayangkan, saya mencabar tuan utk membela Dato' Shafie tetapi tuan lebih mementingkan soal perbezaan aliran ini dr membela Naib Presiden kita.
Masha Allah. Mampukah tuan menjawab ini tanpa merujuk drpd sunnah?
Assalamualaikum Tuan,
Saya minta tuan lepaskan semua komen saya. Jika tuan takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Jika tuan takut berdebat dan kena tembak, jangan tuan mencari pasai.
Saya doakan Allah buka mata, hati dan fikiran tuan.Saya tidak memaksa tuan me"memeluk" Wahabi, tapi mengkaji dengan mendalam apakah sebenarnya Wahabi.
Tuan, tuan tahukah memfitnah itu dosa yg sgt besar? Tuan kata suicide bombing itu ajaran Wahabi, sedangkan Bin Baaz, Ibn Uthaymeen, Mufti Saudi mengharamkan suicide bombing menyamakan ia sebagai bunuh diri.
Kemudian tuan sebarkan fitnah ini merata2. Tahukah betapa berdosa besar tuan kepada para Ulama' salaf ini dan pengikutnya?
Tuan teruskanlah fitnah ini, jikalau tuan rasa tuan ini takkan bertemu Allah di Akhirat kelak.
Assalamualaikum Tuan,
Tuan sekali lagi memfitnah gol. Wahabi.
Presiden Ahbash yakni Syeikh Nizar anta bukan dibunuh Wahabi, dia dibunuh oleh Asbat Al Ansar yg mempunyai kaitan dengan HAMAS di Palestin dan Al Qaeda.
Ingatlah, Syeikh Bin Baaz telah mengeluarkan Fatawa bahawa Osama ben Laden dan konco2nya adalah khawarij.
Tuan, kalau hendak marah, ibarat biar no. telefon tu benar2 telefon kawan yg tuan nak marah, ini tuan marah kat org lain.
Tuan, Masjid Ibnu Taymiyyah itu dr gol. takfiri, kerana kami gol. salafi beri'tiqad, pemerintah selagi mana Islam dan bersolat, maka HARAM bg kami menentangnya. Kalau di tebing barat, mereka adalah FATAH, dan haram kami menentang fatah. Kalau di Ghazzah, mereka adalah HAMAS, maka HARAM kami menentang mereka.
Tuan tidak bijak berpolitik, kerana tuan boleh ulas isu ini seperti isu Memali, andaikata PAS memerintah mereka juga boleh mengebom masjid, menembak org di dalamnya.
tetapi, tuan tidak pandai mengambil angle. Tuan hanya dikaburi oleh isu Wahabi, sedangkan tuan boleh saja guna isu ini utk kata, PAS spt sedara mereka di palestin juga halalkan pengeboman masjid.
Tuan, kalau nak berguru dalam menulis bahan2 politik, saya tak kisah kalau nk dtg menuntut, tak kira tuan ni asyairah, wahabi, sufi, apa pun asalkan tuan mahu pertahankan pemerintah kita.
Cukuplah tuan fitnah gol. Wahabi, tuan tak sabar masuk nerakakah?
Tuan,
Setiap tulisan tuan yg berunsurkan fitnah yg org baca dan percaya, tuan dapat dosa. Malahan Allah berfirman, yang dosa memfitnah itu lebih besar dr membunuh.
Mengatakan Nik Aziz itu Wahabi, itu satu fitnah. Kalau dia Wahabi, dia takkan imamkan solat hajat beramai2.
Mengatakan Asri itu Wahabi pun tak tepat. Ulama' yg selalu dia rujuk, adakah Bin Baz? Adakah Syeikh Abd Aziz Al Syeikh? Adakah Nasiruddin Al Albani?
Yg Asri rujuk adalah Qardhawi. Rujuk tulisan2 Asri dan ketahuilah bhw Asri ini ditarbiyyah PAS sejak dr KIK dan menghancurkan tanzim ABIM, JIM, Tabligh dsb di KIK sewaktu dia menjadi senior. Tak hairan kalau dia "kembali" kepada PAS, sebab dia yg menguatkan tanzim PAS di kolej Islam kelang.
Wahai tuan, cukuplah tuan menabur fitnah tanpa mengkaji siapa yg tuan tembak. berapa byk lagi dosa yg tuan nak buat?
marilah kita bersatu dalam saff, hentikanlah fitnah dan adu domba ini.
Tidakkah malu tuan di hadapan anak2 murid tuan, apabila di akhirat nanti tuan yg pertama ditolak ke neraka kerana menyebarkan fitnah terhadap gol. Wahabi apa yg mereka tak buat?
Fikir2kanlah.
Saya menyokong sepenuh hati jihad panglima..!!!
Pekan,pahang
Maharaja Zhou - saya anak jati Kelantan dan bapa saya sudah lama terlibat mengecam Nik Aziz Nik Mat yang bawa ajaran Wahhabiy ini.
Jangan cuba mengelirukan dengan fakta dia solat hajat. Nik Aziz persis Anwar Ibrahim yang pandai mengubah warna 'diri' untuk mencapai matlamat.
Adakah anda perlu mensucikan Nik Aziz demi mengelakkan tohmahan wahhabi menajisinya ?
Saya lihat Maharaja Zhou tidak rasional dan agresif, ya antara sifat wahhabiy ialah aggresif.
Soalnya anda tidak perlu melenting cuma berikan hujjah dan jawab hujjah satu persatu.
Tidak bermakna anda menyokong kerajaan saya akan benarkan fahaman anda disebar di kalangan masyarakat.
SAY NO TO WAHHABIY NOW AND EVER !!!
Maharaja Zhou - saya anak jati Kelantan dan bapa saya sudah lama terlibat mengecam Nik Aziz Nik Mat yang bawa ajaran Wahhabiy ini.
Assalamualaikum Tn Panglima cyber,
Terima kasih, kerana melepaskan komen2 saya.
Tuan, bapa tuan guna kaedah apa nak detect Nik Aziz itu Wahabi?
Tuan,
Saya petik artikel yg tuan ambil dr org lain:
Ini kerana kecenderungannya itu berkait rapat dengan doktrin yg berakar-umbi di Deobandi kerana Ustaz Nik Abdul Aziz ini mmg diketahui belajar di sana (Darul Ulum,Deobandi), walaupun selepasnya itu beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda (bachelor degree) dan Ijazah Sarjana (Master) di Al-Azhar Ash-Sharif, Mesir dalam pengkhususan Bahasa Arab dan Shari'ah.
Sememangnya secara peribadi walaupun dia (Ustaz Nik Abdul Aziz) mengambil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Al-Azhar Ash-Sharif, tetapi Deobandinya itu lebih kuat kerana beliau pernah belajar di Deobandi, ditambah pula sejak dari kecil sudah didedahkan dgn Deobandi.
Meneroka latarbelakang Wahabi N.Aziz ke Deobandi dan ayahnya
Tuan, artikel tuan sendiri mengatakan bahawa Nik Aziz itu Deobandi dan byk terpengaruh dengan Deobandi.
Dan tuan harus ingat, jikalau ada pendapat dia berlain dr Deobandi, maka mana Nik Aziz dapat fahaman tersebut, tidakkah tuan memberi alamat bhw Nik Aziz dapat alamat "Wahabi"nya dari Al Azhar?
Maka, tuan, saya seru kepada tuan, setiap kali terpalit tuduhan Wahabi kepada kami atas i'tiqad Nik Aziz, sebenarnya yg akan terkena adalah Al Azhar.
Nik Aziz adalah Deobandi ataupun mengikut aliran apa yg dia belajar di Azhar bukannya Saudi.maka, adakah semua pelajar Azhar itu Wahabi?
Hati2 tuan, inilah yg saya katakan, pastikan no. tel yg tuan panggil itu no, telefon yg betul, silap haribulan termaki org lain.
Assalamualaikum Tuan panglima,
Jangan cuba mengelirukan dengan fakta dia solat hajat. Nik Aziz persis Anwar Ibrahim yang pandai mengubah warna 'diri' untuk mencapai matlamat.
Adakah anda perlu mensucikan Nik Aziz demi mengelakkan tohmahan wahhabi menajisinya ?
Seorg Wahabi tulen tidak akan menjadi imam solat hajat secara berjemaah. Itu adalah salah satu sifat Wahabi.
Nik Aziz juga berzikir nyaring malahan merekodkan zikirnya dan dimasukkan juga zikir2 yg bukan dr Rasulullah SAW.
Bukti:
Zikir ( amalan setiap hari Jumaat ) oleh Tuan Guru Nik Aziz
Adakah ini ciri Wahabi? Wahai tuan panglima, tuan tiba2 mengatakan bhw Nik Aziz pandai mengubah diri bagai sesumpah, tidakkah dia juga pandai seumpama sesumpah menjadi Wahabi apabila diperlukan?
Tuan, jangan kerana biawak itu berkaki empat, maka semua yang berkaki empat dikatakan biawak.
Ingatlah, kalau dia benar2 Wahabi tulen maka sesuai dalam babul Imara dalam Sahih Muslim, Nik Aziz tidak akan keluar dr taat kepada pemerintah Muslim selagi mana pemerintah Muslim itu masih bersolat.
Wahabikah Nik Aziz?
Saya lihat Maharaja Zhou tidak rasional dan agresif, ya antara sifat wahhabiy ialah aggresif.
Soalnya anda tidak perlu melenting cuma berikan hujjah dan jawab hujjah satu persatu.
Tuan, saya telah jwb satu eprsatu hujah tuan.
Wahabi sokong terrorism, palsu kerana ulamam2 besar "Wahabi" mengharamkannya malah menyamakannya dengan mati bunuh diri.
Pembunuhan Nizar Al Halaby, telah saya buktikan bhw ia dilakukan oleh serpihan Hamas di Lubnan yang dikenali sebagai Asbat Al Ansar. Mereka ini bukan Wahabi tetapi gol. yang digelar oleh ulama' Saudi sebagai Takfiri.
Saya pulangkan kepada pihak pembaca, siapa yg agresif. Saya menjawab seluruh fitnah tuan, dan siapakah yg memulakan fitnah ini?
Tuan,s epatutnya tuan bersyukur kerana ada insan yg Allah gerakkan hatinya menunjukkan tuan jalan. Tuan, bygkan segala apa yg tuan katakan ini adalah fitnah.
bygkan yg membunuh Nizar al halabi itu bukan Wahabi, berapa byk dosa tuan dan abu syafiq tanggung?
Bygkan betapa besarnya mensabitkan Nik Aziz sebagai Wahabi sedangkan dia bukan? Betapa besarnya dosa tuan.
Fitnah itu lebih bahaya dr membunuh, maka sedarlah tuan.
Tidak bermakna anda menyokong kerajaan saya akan benarkan fahaman anda disebar di kalangan masyarakat.
SAY NO TO WAHHABIY NOW AND EVER !!!
Adakah kerana tuan ini penghulu BPN maka tuan boleh sebar fitnah terhadap Wahabi/salafi? Adakah atas dasar tidak mahu fahaman salafiyyah ini disebar halal perbuatan tuan memfitnah?
Masha Allah, insaflah tuan. Ini bukan utk saya, tapi utk tuan juga.
Bagi siapa saja yg merasa bela wahabi di se-antero jagad ini...belajar lagi pada sejarah awalnya kalian muncul...Insya Allah RahmatNya masih diberikan kepada anda yg mulai berfikir dengan ber imbang...
Catat Ulasan