Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Julai 2010

Nik Aziz Memang Wahhabiy Wahai Maharaja Zhou !

Atas sebab menjelaskan fakta tentang status Nik Aziz yang dipertikaikan kewahabiannya oleh Maharaja Zhou dan keengganan beliau menerima dakwaan pihak berkuasa bahawa Wahhabiy adalah punca terrorist dan militan maka saya bentangkan penulisan blogger Hafiz Handasah yang ada dipetik oleh Unspinner di sini. Antara lain :


  • Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila
  • Mengatakan Allah turun pada langit bumi
  • Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'
  • Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung
  • Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلمmeniru ajaran Kristian
  • Menghina institusi pondok
  • Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir
  • Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka

  • Perkaitan antara Wahhabiy dan Militan boleh dibaca di bawah artikel ini...Tujuan saya mengulas topik ini hanya satu : membetulkan fahaman ASWJ tanpa dikotori NAJIS WAHHABIY yang boleh menjadikan kita berpecah belah.

    Memang betul Wahhabiy di Malaysia belum sampai ke peringkat melakukan pengeboman tetapi harus diingat bahawa cubaan mereka yang terpengaruh dengan fahaman ini untuk tujuan itu sudah ada. Namun gagal kerana faktor faktor tertentu.

    Juga kita harus ingat sejarah Wahhabi menunjukkan mereka akan menggunakan politik untuk mendapat kuasa bagi membalas dendam terhadap sesiapa antikan ajaran mereka. Lihat bagaimana mereka sudah pun aggresif 'membunuh' ulama ulama kita termasuk Mufti dengan meletakkan gelaran konservatif dan membuat serangan 'peribadi'. Segala Jabatan Agama diperlekeh dan Asri juga pernah mencabar JAIS menangkap beliau pada 2007 atas alasan tiada tauliah. Ini menurut info Ust Zamihan Al Ghari yang saya dapat semalam.

    Jika dilihat segala tindakan yang mereka buat contohnya membuat kursus dan mencetak buku secara percuma hanya mampu dibuat oleh mereka yang mempunyai dana kewangan yang banyak.

    Dari mana duit itu datang ? Wallahu A'lam.Kajilah dan maklumkan kepada saya jika anda mendapat maklumatnya.

    Cuba lihat bagaimana kuatnya serangan mereka di alam siber dan bagaimana tersusunnya Youtube Facebook dan Blog !

    Sekali lagi saya nak tanya siapakah yang menaja pelajar ke Madinah secara percuma untuk menjadi pendakwah Wahhabiy yang dijenamakan semula atas nama Salafi ? Siapa yang mencetak Fatwa Ibnu Taimiyyah lalu diedar percuma di Mesir sehingga fahaman ini menular juga di sana selepas itu ? Siapakah memberi ganjaran kepada pengajar fahaman ini di Malaysia ? Lihat bagaimana imam ditukar kerana enggan mengikut ajaran Wahhabi yang diaktifkan semula oleh Dr Asri http://www.malaysiakini.com/news/113749 hingga menyebabkan seramai 200 penduduk telah menentang tindakan tersebut.

    Isu ini bukan isu politik tetapi isu akidah! Maka ia sangat penting difahaman khasnya pemimpin dan ulil amri kita. Sahabatku Maharaja Zhou jangan terkeliru antara isu politik dan isu agama. Biarkan perkara ini diselesaikan oleh ahli agama kita. Bukan yang bukan ahli tetapi nak menunjuk nunjuk mahir serba serbi tentang agama. Contoh anda cari sendiri.

    Saya percaya para Mufti 1Malaysia yang alim lagi warak sedar ancaman fikrah sesat ini maka saya cadangkan kita menyebar luas segala penerangan dan fakta. Jangan sampai kita semakin berpecah dengan membiarkan fahaman ini dan menyebabkan jurang perpecahan semakin melebar dan kaum kuffar semakin tersenyum riang bertepuk tangan.

    Ayuh mari kita lawan habis-habisan fahaman ini tanpa perlu menunggu JAKIM atau JAIS atau JAWI untuk melakukannya.

    Ingatlah sedikit tetapi berkualiti lebih baik dari ramai yang tidak ada kualiti dan tidak bermotivasi.

    Raja Petra contoh terbaik boleh menggoncang kestabilan negara kita walaupun berseorangan kerana dia bijak mengatur strategi dan tidak peduli menabur fitnah merata tempat di alam siber melalui lamannya Malaysia Today.

    Mari kita baca sama sama khasnya Sahabatku Maharaja Zhou adakah benar Nik Aziz Wahhabiy atau tidak...Kita boleh berhujjah dan boleh menolak mana mana hujjah.


    Tulisan Unspinner ( http://theunspinners.blogspot.com/ ) :


    Sebenarnya memang kalau dikaji dan diteliti pendapat Ustaz Nik Aziz Nik Mat ini membawa pendapat kaum muda (wahabi,"salafi" dan SEBAHAGIAN deobandi, bukan kesemua deobandi, harap fokus perkataan SEBAHAGIAN itu supaya tidaklah terjadi proses memukul-ratakan semuanya).

    Ini boleh kita telusuri dari cenderungnya beberapa halaqah pengajian di Kelantan pada waktu dahulu terhadap Tok Khurasan (pernah belajar di Deobandi dan tiba di Kelantan pada tahun 1911/1912 anggaran usia dlm lingkungan 37 tahun).

    Maklumat mengenai Tok Khurasan ini boleh didapati di dalam buku TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU jilid (1) terbitan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yg diselenggarakan oleh Ismail Che Daud pada halaman 435.

    Kita perlu buat kajian MENDALAM mengenai bagaimana Ustaz Nik Abdul Aziz ini boleh cenderung ke arah metod (cara) "Salafi", Wahabi dan SEBAHAGIAN pecahan Deobandi ini.

    Ini kerana kecenderungannya itu berkait rapat dengan doktrin yg berakar-umbi di Deobandi kerana Ustaz Nik Abdul Aziz ini mmg diketahui belajar di sana (Darul Ulum,Deobandi), walaupun selepasnya itu beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda (bachelor degree) dan Ijazah Sarjana (Master) di Al-Azhar Ash-Sharif, Mesir dalam pengkhususan Bahasa Arab dan Shari'ah.

    Perlu ditelusuri permasalahan di Deobandi kerana Deobandi itu sendiri pun ada bermacam ragamnya walaupun atas nama yg sama iaitu Deobandi.

    Bagaimana tokoh ulama Kelantan seperti Sahibus Samahah Dato' Hj. Ahmad Maher al-Azhari (bekas mufti Kelantan) yg diketahui pernah berguru dgn Tok Khurasan mengikut penerangan buku Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu tersebut masih mampu mengekalkan cara kaum tua.

    Keutamaan mesti diberi atas nama ini iaitu Tuan Guru Hj. Ni'mat bin Raja Banjar. Siapakah beliau?

    Beliau ialah bapa Ustaz Nik Abdul Aziz yg. juga merupakan salah seorang murid Tok Khurasan. Kesemua maklumat ini perlu dicerna satu persatu dan diperinci dgn sehalus-halusnya. Caranya?

    Sebagai langkah awal ada beberapa forum yg. boleh dijadikan platform untuk mengetahui siapa Deobandi dan kaitannya KALAU ADA (ingat perlu dikaji,jgn terus pukul rata) dgn Wahabi dan "Salafi".

    Salah satunya Sunniforum.com yg. dipenuhi dgn. umat Islam berbangsa Pakistan dan utara India yg. mana melalui pengamatan saya sebahagiannya sudah berhijrah ke United Kingdom. Kebanyakan mereka bermazhab Hanafi(tetapi tidak kesemuanya bermazhab Hanafi dan berasal dr. Pakistan dan utara India, ada juga berasal dr. tempat lain dan bermazhab Shafi'i, Maliki dan sgt sedikit sekali golongan Hanabilah).

    Baca komen-komen mereka kerana dari situ kita akan dapat mengagak beberapa perkara yg. akan mungkin dpt. memberi beberapa clue kepada kita tentang Deobandi ini.

    Seterusnya lawatilah ilhamkanku.com.my yg. mana bagi saya sangat bermanfaat untuk kita mengetahui manhaj sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ianya diselenggarakan oleh Mohd. Zaidi Abdullah (anak murid Allahyarham Tuan Guru Hj. Abdullah Lubok Tapah).

    Mungkin dari situ akan menjadi titik-tolak kpd. kita untuk mendapatkan maklumat mengenai beberapa blog yg lain yg mana mungkin akan dapat mengayakan lagi khazanah pengetahuan kita dan seterusnya mengetahui perjalanan seorang manusia yg. bernama Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat ini dan penyebab kenapa beliau jadi begini pelik, menyebabkan beberapa pandangannya yg berlainan dari manhaj Shafi'iyyah (fiqh)dan Asha'irah-Maturidiyyah yg telah sebati dgn kita di Malaysia sejak dahulu lagi.

    Pandangan dan sumber hukum dia pun mmg. tidak sama dgn ulama' muktabar dari kalangan Shafi'iyyah (fiqh) dan Asha'irah-Maturidiyyah.

    Sememangnya secara peribadi walaupun dia (Ustaz Nik Abdul Aziz) mengambil ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di Al-Azhar Ash-Sharif, tetapi Deobandinya itu lebih kuat kerana beliau pernah belajar di Deobandi, ditambah pula sejak dari kecil sudah didedahkan dgn Deobandi.

    Bagaimana? Fikirkan sendiri dan telusuri sehalus-halusnya selepas mengkaji dgn sedalam-dalamnya dan seterusnya buatlah artikel yg ilmiah dan jitu.

    InsyaAllah




    Lagi link :






    Sekali lagi saya sisipkan link penghinaan Asri ini terhadap keluarga Nabi keturunan Syed yang disiar oleh laman Asyraf Malaysia http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=601


    16 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    Selamat berjuang .....

    Tanpa Nama berkata...

    Salam Perjuangan,

    Mohon tuan link kan blog ini kepada:

    http://warkahkalamtimur.blogspot.com

    Bersama-sama membantu saya yang masih baru menentang dakyah dan fitnah mainan pembangkang...

    Terima kasih.

    Jeepers Creepers berkata...

    “Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6) Firman-Nya lagi: “Dan janganlah kamu berpendirian di dalam sesuatu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan (di akhirat).” (Surah Al-Isra’ 17 : 36)

    Dalam hal ini, antara panglima siber dan maharaja, siapa yang fasik?

    Saya tak tahu.

    Dan saya juga tiada ilmu didalam hal hal sebegini. Jadi saya tidak akan menyokong mana mana pihak.

    Pandai pandailah anda berdua dihadapan Allah kelak ya.

    byeee

    mahacu berkata...

    Assalamualaikum Tuan Panglima,

    saya mulakan hujah saya utk posting tuan ini dengan memetik kata2 tuan sendiri:

    Biarkan perkara ini diselesaikan oleh ahli agama kita. Bukan yang bukan ahli tetapi nak menunjuk nunjuk mahir serba serbi tentang agama.

    tapi yg mengherankan ana, sumber tuan ttg Wahabi adalah Unspinner (blogger yg kenal Wahabi itu pun cuma dr NSTP dan khabar2 org bukan dr kitab2 dan buku2 yg muktabar), Alang Bendahara & Lee Shi-Lan (wartawan NSTP)dan hafiz handasah seorg engineer.

    jadi, bagaimana tuan?

    # Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila
    # Mengatakan Allah turun pada langit bumi


    Adalah fitnah mengatakan bahawa Wahabi percaya bahawa Allah duduk bersila sebagaimana makhluk.

    Nas-nas al-Sifat hendaklah juga diterima dengan 4 prinsip yang penting:[1]


    Pertama: Tanpa Tahrif, iaitu tidak mengubah lafaz atau mengalih maksud Sifat-Sifat tersebut. Sifat Tangan Allah tidak diubah menjadi kekuasaan-Nya atau nikmat-Nya.

    Kedua: Tanpa Ta’thil, iaitu tidak menolak atau menafikan atau mengalih (takwil) Sifat-sifat tersebut selagi ianya dikhabarkan oleh nas yang sahih.

    Ketiga:Tanpa Takyif, iaitu tidak bertanya atau menggambarkan bagaimana ciri-ciri atau bentuk atau tatacara Sifat-sifat tersebut. Ini adalah kerana ilmu manusia tidak akan sekali-kali dapat menjangkauinya.

    Keempat: Tanpa Tamtsil, iaitu tidak menyerupa atau mengumpamakan Sifat-sifat tersebut dengan mana-mana makhluk yang ada di sekalian alam kerana tidaklah Allah seumpama mana-mana makhluk-Nya.

    Terdapat tujuh ayat, di mana Allah menyatakan dan menetapkan yang Dirinya itu bersemayam di ‘arsy dengan menggunakan kalimah istawa’ ‘alal ‘arsy (ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ).Contoh2 ayat:

    “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;” (al-a’raaf: 54)

    “Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.” (Thohaa: 5)

    Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menjadikan langit dan bumi Dalam enam masa kemudian ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan Segala urusan. (Yunus: 3)

    Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.). (al-Furqaan: 59)

    Namun begitu, "wahabi" beri'tiqad bahawa istawa Allah tidak sama dengan apa jua yg bersamaan dengan makhluk, dan merupakan fitnah bhw Wahabi percaya bahawa Allah duduk sebagaimana manusia duduk.

    Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

    Tuhan kami (Allah) Tabaraka wa Ta‘ala pada setiap malam turun ke langit dunia, yakni pada baki terakhir satu pertiga malam. Maka Allah berfirman: “Siapakah yang sedang berdoa kepada aku supaya dapat aku menjawabnya dan siapakah yang sedang meminta daripada aku supaya aku dapat mengabulkannya dan siapakah yang sedang meminta ampun daripada aku supaya dapat aku ampuni dia ?”

    Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Malik, Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 758 (Kitab Solat, Bab Anjuran berdoa dan berzikir di akhir malam........).

    Wahai Tuan panglima, ini hadith Sahih bukan hadith palsu. Namun, Wahabi memahami perkara ini berdasarkan kepada 4 kaedah yg tertulis di atas.

    mahacu berkata...

    Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'

    Ini adalah kata2 Nik Aziz yg tiada sabit dengan Allah. Menisbahkan kata2 ini kepada Wahabi adalah sama menisbahkan Anwar kepada UMNO, dan jika Anwar peliwat, maka UMNO peliwat. Tidakkah keji pihak anti Wahabi memfitnah pihak Wahabi atas perkara yg org lain buat?

    Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung

    Ini kali kedua saya lihat kenyataan ini, pertamanya di Unspinners. Tidak ada Wahabi yg waras akan berkata sedemikian. Sila kutip dr kitab sahih wahai tuan,bukan dr tepi jalan.

    Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلمmeniru ajaran Kristian

    Maulud Nabi tidak pernah dirayakan oleh sahabat2 nabi dan para salafussoleh. Yg pertama merayakannya adalah kerajaan Fatimiyyah yg bermazhab Syiah di Mesir pada akhir keempat Hijrah.

    Apakah lebih baik cara Syiah faitmiyyah itu dr para Sahabat Rasulullah dan ahlul bayt seperti jaafar A Sadiq dan lain2nya? Wahai Tuan panglima?

    Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir

    Saya org UMNO, adakah saya mengkafirkan diri saya sendiri?

    Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka

    Yg membolehkan penggunaan nama Allah adalah org2 spt Asri, Nik Aziz, dan Haji Hadi.

    Lihat apa yg digariskan oleh Salafussoleh. Diriwayatkan bahawa di zaman Umar Al Khattab, org kristian tidak dibenarkan meniru org Islam, samada pakaian malahan nama, hatta mereka tidak boleh menggunakan nama Islam utk diri mereka sendiri.

    Rujuk tafsir Ibn Kathir ayat 29 surah At Taubah.

    wahai tuan panglima, hentikanlah fitnah ini. Ini dr segi dalil ugama, tidak termasuk fitnah2 lain2 lagi.

    Wallahu a'lam

    mahacu berkata...

    Memang betul Wahhabiy di Malaysia belum sampai ke peringkat melakukan pengeboman tetapi harus diingat bahawa cubaan mereka yang terpengaruh dengan fahaman ini untuk tujuan itu sudah ada.

    Tuan, adakah tuan tidak nampak hujah saya ttg haramnya suicide bombing?

    Saya pastekan semula:

    Rujuk Fatwa Syeikh Ibnu Uthaymeen:

    Response: Indeed, my opinion is that he is regarded as one who has killed himself (committed suicide), and as a result he shall be punished in Hell, for that which is authenticated on the authority of the Prophet (sal-Allaahu `alayhe wa sallam).

    [((Indeed, whoever (intentionally) kills himself, then certainly he will be punished in the Fire of Hell, wherein he shall dwell forever)), [Bukhaaree (5778) and Muslim (109 and 110)]].

    Mufti Arab Saudi mengeluaran fatwa:

    Shaykh 'Abdul-'Azeez also said suicide bombings have no basis in the Sharee'ah as it is another form of killing oneself.

    Hijacking planes and frightening passengers are also against the Sharee'ah, the Shaykh added.

    Masha Allah, tuan tidak henti2 menfitnah Wahabi padahal telah saya tunjukkan fatwa yg jelas akan hal ini.

    istighfarlah byk2 tuan

    mahacu berkata...

    Juga kita harus ingat sejarah Wahhabi menunjukkan mereka akan menggunakan politik untuk mendapat kuasa bagi membalas dendam terhadap sesiapa antikan ajaran mereka. Lihat bagaimana mereka sudah pun aggresif 'membunuh' ulama ulama kita termasuk Mufti dengan meletakkan gelaran konservatif dan membuat serangan 'peribadi'. Segala Jabatan Agama diperlekeh dan Asri juga pernah mencabar JAIS menangkap beliau pada 2007 atas alasan tiada tauliah. Ini menurut info Ust Zamihan Al Ghari yang saya dapat semalam.

    Tuan, sapakah yg menyuruh Mohd Aizom dipecat dr JAKIM?

    Tuan, siapakah yg melukiskan wajah2 ulama2 saudi dengan lukisan yg tak sepatutnya?

    Tuan, Perlis ini tidak mengamalkan mazhab, adakah jabatan ugama perlis diperlecehkan Wahabi?

    Tuan, kenapakah hanya Whaabi saja dipersalahkan, knp tidak PAS, kenapa tidak gerakan sufi, kenapa tidak tabligh? Adakah tabligh itu Wahabi?

    Jika dilihat segala tindakan yang mereka buat contohnya membuat kursus dan mencetak buku secara percuma hanya mampu dibuat oleh mereka yang mempunyai dana kewangan yang banyak.

    Dari mana duit itu datang ? Wallahu A'lam.Kajilah dan maklumkan kepada saya jika anda mendapat maklumatnya.


    Buku2 ilmiah agama tentulah disponsor oleh mereka yang ikhlas di jalan Allah.

    Samalah seperti AL Quran yg dicetak oleh pihak Saudi, adakah salah org yg lebih kaya menyumbang?

    Darth Anwar berkata...

    WAHABI TIDAK WUJUD

    Hentikanlah menabur fitnah.

    Kalau golongan 'Wahabi' tu banyak duit, ia adalah kerana mereka berusaha dan berdakwah dgn ikhlas. Bilakah minyak ditemui di Arab Saudi? Ya, selepas 'Wahabi' menang. Allah swt bayar cash di dunia ini lagi kpd pejuangnya yg ikhlas dan benar.

    Dan 'Wahabi' jugalah yg tendang Osama keluar dari Arab Saudi kerana 'Wahabi' anti pengganas.

    Osama pernah mensedekahkan al-Fatihah kpd 'syuhada' 9-11 di New York. Itulah juga yang golongan anda suka lakukan. Bagi kami yg anda labelkan 'Wahabi' ini, itu adalah BID'AH. Maka andalah yang serupa dgn pengganas.

    Bertaubatlah sdr. Hentikan menabur fitnah. Anda boleh teruskan kalau rasa degil. Dan tengoklah nanti apa kesannya kpd Najib. Saya nampak Najib dan orang2 yg masih neutral dlm UMNO sudah mula condong kpd kami. Mungkin kerana golongan anda yg masih suka berteka-teki dgn agama tanpa membawa hujah yg sangat diingini oleh naluri insaniah mereka. Insya'allah mereka akan jadi keluarga Saud versi Malaysia.

    Lihatlah apa yg berlaku kpd Astora Jabat. Pak Lah yg sufi tu pun tak mahukan dia. Skrg anda lakukanlah benda yg sama kpd Najib. Semoga nasib anda dan Astora akan sama.

    mahacu berkata...

    Sekali lagi saya nak tanya siapakah yang menaja pelajar ke Madinah secara percuma untuk menjadi pendakwah Wahhabiy yang dijenamakan semula atas nama Salafi ?

    Adakah menaja org belajar ugama mengikut kaedah salafussoleh itu salah?

    Jika demikian, adakah salah gerakan ahbash melalui yayasan sepertiJam'iyyat al- Mashari' al-Khayriyya al-Islamiyya menaja org2 melayu belajar agama ke Lubnan dan Syria?

    Berapa byk masjid di dunia disponsor oleh gol.Ahbash ini, adakah salah juga?

    Siapa yang mencetak Fatwa Ibnu Taimiyyah lalu diedar percuma di Mesir sehingga fahaman ini menular juga di sana selepas itu ?

    Yg menyebarkan fatwa itu tidak salah, jika salah tunjukkan mana salahnya?

    Lihatlah apabila fitnah terjawab ttg akidah sebenar Ibnu taymiyyah maka gol. ini mulalah takut.

    Siapakah memberi ganjaran kepada pengajar fahaman ini di Malaysia ?

    Saya sendiri tidak dapat apa dr Kerajaan Arab Saudi dan juga guru2 saya.

    Lihat bagaimana imam ditukar kerana enggan mengikut ajaran Wahhabi yang diaktifkan semula oleh Dr Asri http://www.malaysiakini.com/news/113749 hingga menyebabkan seramai 200 penduduk telah menentang tindakan tersebut.

    Tuan,

    Tuan sendiri meminta ustaz Aizom dipecat, jika Wahabi tunjuk akhlak yg salah, kenapa tuan nak ikut?

    Tuan, masjid bukan salafi di Perlis terus hidup macam biasa. Dan ingat bahawa Raja Perlis dan keluarganya mengamalkan La Mazhabiyyah seperti juga ketua perhubungan UMNO perlis.

    Adakah tuan hendak rakyat yg menderhaka kepada rajanya?

    Isu ini bukan isu politik tetapi isu akidah! Maka ia sangat penting difahaman khasnya pemimpin dan ulil amri kita. Sahabatku Maharaja Zhou jangan terkeliru antara isu politik dan isu agama.

    Tuan sendiri telah mencemarkan isu agama dengan politik.

    Nik Aziz bukannya Wahabi tetapi tuan mewarnakannya Wahabi supaya penyokong2 kerajaan membenci Wahabi sebagaimana PAS.

    Tidakkah ini perbuatan jahat lagi keji wahai tuan Panglima?

    Jika isu agama, ia tidak sepatutnya dihighlightkan di blog politik yakni panglima cyber. Gunakanlah ruang yg lain. Saya tidak menggunakan blog politik saya utk sebar apa yg saya percaya.

    Tuan, ingatlah, segala fitnah yg tuan sebar, ia akan kembali kepada tuan.

    mereka yg tidak kenal wahabi, akan mencari apa itu Wahabi.

    Tuan, tuan tidak malukah nanti, apabila mereka mendapati bahawa Nik Aziz bukan wahhabi, dan wahabi itu tidak seperti yg tuan fitnahkan itu, mereka akan mengatakan tuan seorg pembohong?

    Tuan, ini baru manusia,mcam mana tuan hendak berdiri di depan ALlah di padang masyhar atas pembohongan bertalu2 tuan?

    mahacu berkata...

    Saya percaya para Mufti 1Malaysia yang alim lagi warak sedar ancaman fikrah sesat ini maka saya cadangkan kita menyebar luas segala penerangan dan fakta.

    Mufti Perlis juga adalah sebahagaian dr para mufti. mempertikaikan perlantikkanya dan kepercayaanya adalah penghinaan kepada raja perlis dan negeri perlis.

    Sekarang ini, tuan mengatakan fahaman kami ini sesat, adakah tuan menyesatkan Raja perlis, mufti perlis, ketua perhubungan UMNO eprlis dan rakyat jelatanya?

    Masha Allah..berat betul tuduhan tuan itu, bertaubatlah tuan.


    Jangan sampai kita semakin berpecah dengan membiarkan fahaman ini dan menyebabkan jurang perpecahan semakin melebar dan kaum kuffar semakin tersenyum riang bertepuk tangan.

    Tuan,

    Siapa yg menyebabkan pecah belah ini?

    Siapa yg menulis ttg Wahabi ini?

    Siapa yg mendahulukan agenda aliran sempit ini mendahului kepentingan parti?

    Saya ulangi, jika tuan yg makan minum tidur Wahabi ini terpaksa mengambil sumber wartawan NSTP, Unspinner, dan hafiz Handasah utk pkul Wahabi, saya ucap takziah kepada barisan hadapan bloggers UMNO, kerana tuan tnetunya tidak upaya berhadapan dgn PAS.

    Kami tidak perlu mencanang fikrah tuan sesat, fikrah ini sesat tapi kami telah berjaya mengalahkan PAS dalam sudut hukum hakam yg menjadi makanan mereka.

    Malahan seorg pegawai BTN berkata, UMNO pernah menang di media baru satu masa dahulu (2002-2006) dan kami menang ssebagai seorg salafi.

    Jika tuan hendak tunjuk aqidah, tuan, fiqah tuan benar, maka tuan silalah gunakan pedekatan tuan ini utk menunjukkan bahawa PAS tidak syari'e.

    Ayuh mari kita lawan habis-habisan fahaman ini tanpa perlu menunggu JAKIM atau JAIS atau JAWI untuk melakukannya.

    Ingatlah sedikit tetapi berkualiti lebih baik dari ramai yang tidak ada kualiti dan tidak bermotivasi.


    Alhamdulillah, saya seorg tuan, tuan guna sumber byk, dan byk sokongan. Alhamdulillah, kami dgn jumlah yg sedikit berjaya mengalahkan yg ramai dr dahulu sehingga sekarang.

    Raja Petra contoh terbaik boleh menggoncang kestabilan negara kita walaupun berseorangan kerana dia bijak mengatur strategi dan tidak peduli menabur fitnah merata tempat di alam siber melalui lamannya Malaysia Today.

    Itulah tugas saya, tidak mahu tuan jadi raja petra no. 2.

    Hentikanlah menabur fitnah. maneabur fitnah ini bukan kerja org Islam.

    wallahu a'lam

    Cheguman berkata...

    satu pendedahan yang menarik dan boleh menjadi asas pada kajian seterusnya.

    Tanpa Nama berkata...

    kenapa maha2020 ni beria ia membela wahabi?

    nampak hebat tapi tak pula guna kata alim ulama dalam tulisan dia.

    bab asri hina keturunan syed dia tak ulas pun.

    memang tak dapat jawab tu la pasal.

    panglima, teruskan membongkar fahaman sesat ini.

    saya yakin kalau fahaman ini betul sudah lama umat islam mengikutinya

    tapi tidak begitu.


    Abu Talib
    Arau, Perlis

    Tanpa Nama berkata...

    kenapa maha2020 pertikai tulisan unspinner ?

    kalau betul kenapa nak perlekeh dia.

    wartawan tentu pandai kaji dan cari bahan ilmiah bukan tulis ikut perasaan.

    saya yakin kalau kita dok diam lama lama wahabi akan masuk dalam kepala otak kerajaan.

    lepas tu kita dah tak perlu lagi ikut mazhab syafei dan jadi tak ada mazhab.

    maha2020 nak macam tu kot...

    mahacu berkata...

    bab asri hina keturunan syed dia tak ulas pun.

    memang tak dapat jawab tu la pasal.


    Assalamualaikum Tuan Abu Talib,

    Bukan saya tak boleh jwb, tapi saya ada urusan lain.

    Saya byk tak setuju dengan Asri, tapi dalam hal ini, saya bersama dengan Asri.

    Tuan,

    Kalau org kata nyamar jadi polis tu bodoh, adakah org yg kata benda seperti itu kata polis itu bodoh?

    Tidak, jadi dalam komen asri ia takde kena mengena dengan keturunan Rasulullah melainkan mengajak org berhati2 kepada mereka yg mengaku berketurunan Rasulullah.

    Inilah approach kerajaan kita dan penguatkuasa agama kita apabila berhadapan dengan grup seperti Al Arqam yg menggunakan dalil Syeikh Shuhaimi keturunan Rasulullah yg bakal jadi Imam Mahadi dan Ashaari itu keturunan Bani Tamim.

    Begitu juga, bg org India Muslim berketurunan Malabari, apabila mereka mempunyai title Syed itu tidak bermakna mereka keturunan Rasulullah SAW, mereka ada yg disebabkan lahir pd hari Jumaat dan sebagainya. Keturunan Rasulullah di Kerala dikenali sebagai Thangal bukannya Syed.

    Jadi, dalam apa pun kita mesti mengkaji, itu yg Asri cuba bg org faham. Jika kita boleh dapat salasilah sampai rasulullah SAW psl keturunan kita, tiada masalah. Tapi, harus diingat Allah menghakimi kita bukan pasal kita anak siapa, keturunan siapa, tetapi atas dasar taqwa dan juga amalan kita.

    Ini ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam hadith jikalau Fatimah mencuri,baginda akan potong tgnnya.

    Di dalam Al Quran pun ALlah sudah tunjuk bhw faktor keturunan tidak menyelamatkan sesiapa spt kes bani israel yg berketurunan Nabi2 yg mulia seperti Nabi yaakub, Nabi ishaq, Nabi Ibrahim, ALlah tukarkan mereka menjadi kera kerana ingkar kepada Allah apabila mereka tetap hendak menangkap ikan pd hari sabtu dengan tipu helah.

    mahacu berkata...

    kenapa maha2020 pertikai tulisan unspinner ?

    kalau betul kenapa nak perlekeh dia.


    Baca dulu komen saya tuan. Si Panglima cyber kata kita biarkan bab ini diselesaikan oleh ahli ugama. Unspinner itu ahli ugama kah?

    Masalahnya, ia adalah salah, Lihat jawapan saya, siap dengan Al Quran dan hadith. Bukan main dengar2.

    wartawan tentu pandai kaji dan cari bahan ilmiah bukan tulis ikut perasaan.

    Wartawan tulis apa yg dia dapat. Cnth, polis kata ada link Wahabi.Wartawan tulislah ikut apa polis kata.

    Masalahnya, dalam bab Wahabi tak Wahabi, polis ataupun ulama' yg adil yg ada hujah utk jwb?

    Seperti yg kita tunjukkan, mufti Arab Saudi kata keganasan itu haram, bunuh diri guna bom itu haram dan sebagainya.

    Jadi, bolehkah kita Wahabi tu buat kerja2 tu sedangkan ulamak2 Wahabilah yg paling keras dalam hal keganasan

    saya yakin kalau kita dok diam lama lama wahabi akan masuk dalam kepala otak kerajaan.

    lepas tu kita dah tak perlu lagi ikut mazhab syafei dan jadi tak ada mazhab.

    maha2020 nak macam tu kot...


    Tuan, kalau tuan ikut Imam Shafie, Imam Shafie pun tak baca usalli. Imam Shafie tak pun baca tahlil. Imam Shafie pun tak baca yaasin.

    Kalau Imam Shafie, tak buat amalan2 tu, tuan2 ikut siapa?

    Yg paling penting, saya nak tanya, Nabi buat tak benda2 tu?

    Tuan2 nak buat amalan semua tu, tuan2 boleh amal, saya kira itu hak tuan, tapi nak sesatkan org yg tak buat, itu sudah salah sebab Nabi dan Imam Shafie tak buat.

    Tanpa Nama berkata...

    salam tuan panglima dan saudara2ku pejuang UMNO,

    anda sedang menyerang org yg salah. Tidak ada kaitan antara PAS yg jijik dgn Wahabi.

    Wahabi @ golongan salaf ini amat menitikberatkan ketaatan kepada pemerintah kerana tidak ada ayat Quran atau hadith Nabi SAW yg sahih yg menghalalkan perbuatan menjatuhkan,menggulingkan atau menentang pemerintah Muslim walaupun sezalim mana mereka sekalipun hatta berhati syaithan.

    Perbuatan menentang pemerintah seperti perbuatan jijik PAS ini adalah perbuatan golongan Mu'tazilah yg meletakkan logik akal lebih tinggi dari wahyu.

    Saudara2ku,
    demi kemenangan Islam dan Melayu di Malaysia,jgn lah kita sesat menyesatkan sesama kita.Marilah kita hargai pandangan dan pendirian masing2.

    Saya geli apabila Nik Najis dikatakan Wahabi.Ini merupakan penghinaan kpd golongan salaf yg ikhlas mahu beramal dgn teras Islam yakni Quran dan sunnah.

    Perlu juga diingati, anda semua termasuk bapa dan datuk nenek anda,serta semua pihak yg menyesatkan wahabi ini sejak bangkitnya bani Saud telah pergi ke Mekah dan Madinah utk menunaikan haji dan umrah.Solat mereka diimamkan oleh Imam2 Wahabi.Apakah semua ibadat mereka tidak sah kerana imam mereka sesat?Dan apakah Allah tidak berkuasa mensucikan rumah2 agungnya serta Tanah Haramnya dari 'najis wahibi'(meminjam kata2 Panglima) selama ini?Fikirkanlah..

    Cari Blog Ini

    Translate