Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Julai 2010

ALIRAN WAHHABIAH: ANCAMAN TERHADAP AKIDAH DAN KESELAMATAN NEGARA OLEH: DR MUHAMMAD UTHMAN EL-MUHAMMADY


Pertama, penulis ini memerhatikan aliran dan gerakan Wahabiah ini lebih daripada dua puluh tahun; dengan rasa bertanggungjawab ia ingin menyatakan bahawa kita di Malaysia ini beraliran Ahlissunnah wal-Jamaah, bermazhab fiqh Syafie. Kita berjaya dan benar dalam memahami agama dan mengamalkannya dalam aliran yang terjamin oleh Nabi dan Quran ini, dengan tidak melupai ada perlara-perkara yang masih tidak sempurna di kalangan kita. Kita wajib mengelak diri daripada Wahabiyah. Mereka yang dari awal bermazhab dengan mazhab Wahhabiah ini jangan mengembangkannya kepada Orang Islam di negara ini.



Kedua pihak pemerintah mesti memutuskan untuk terus berpegang kepada aliran Ahlisunnah ini dan menguatkuasakannya. Jangan terpesona dengan slogan pembaharuan atau reformasi dangkal yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang beraliran demikian. Malaysia mencapai kejayaan selama ini bukan kerana aliran dangkal itu. Ia berjaya dalam rangka Ahlisunnah wal-Jamaah yang disertakan dengan sikap positif menerima perkara-perkara baharu yang penting dalam konteks kerangka ajaran yang sudah ada; dalam negara-negara OIC ia terkenal dengan kejayaannya. Untuk apa hendak kita gantikan ini dengan aliran Wahabiah? Untuk menjadi kacau bilau seperti beberapa kawasan yang mengamalkan aliran yang seperti itu? Adakah kita berjaya kerana tidak membaca usalli? Tidak berselawat kepada nabi? Tidak bermazhab? Tidak membaca berzanji? Tidak berkunut? Tidak mengadakan tahlil arwah? Tidak berwirid selepas sembahyang? Ajaran ‘pembaharuan’ apa ini? Adakah ini pemikiran sejahtera? Maha suci Allah.



Ketiga, untuk menulis dengan ringkas, kita boleh tegaskan bahawa ajaran tauhid itu ada tiga, tauhid rububiah, tauhid uluhiah, tauhid asma’ wassifat yang dihuraikan oleh mereka itu bukan cara Ahlissunnah, itu cara Wahhabiah.Wahabiah mengajarkan tauhid rububiah ialah mempercayai Tuhan menjadikan alam, memberi rezeki daln lain-lain; tauhid uluhiah ialah menyembahNya dan taat kepadaNya. Tiap-tiap satunya terasing daripada yang lain. Sebab itu, kata mereka, penyembah berhala, bertauhid rububiah sebab ia percaya Tuhan menjadikan alam, hanya ia tidak bertauhid secara uluhiah. Sebab itu dia kafir, lalu berlaku hukum Syara’ sebagaimana yang diketahui itu. Orang yang mengucap syahadat kalau ia tidak mengamalkan Islam dengan baik, ia bertauhid rububiah sahaja, hukumnya sama dengan penyembah berhala; dia dijadikan objek jihad menentangnya. Sebab itu mereka menyerang Orang Turki Othmaniah kerana katanya mereka ia bertauhid rububiah sahaja, tidak bertauhid uluhiah. Maka halal darahnya. Maha suci Allah.



Sebab itu kemudian mereka mengebom bank, membunuh orang yang tidak berdosa, membunuh ‘orang yang bertauhid rububiah’ sahaja. Tidak ada kitab Ahli sunnah yang mengatakan bahawa penyembah berhala ahli tauhid; yang dikatakan dalam kitab Ahlisunnah – dalam Quran dan Sunnah – ialah mereka musyrikin.



Keempat, mereka berkata bahawa orang yang berdoa di kubur orang soleh dan meminta dengan keberkatan mereka supaya Tuhan menyembuhkan penyakit, mengangkatkan bala, itu syirik. Dengan itu halal darah mereka. Dalam Ahlissunnah itu harus, sebab itu orang Islam berdoa di kubur nabi saw untuk mendapat syafaatnya dan hajatnya dunia dan akhirat.



Kelima kita dalam Ahlisunnah mendapat pengajaran bahawa Tuhan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, tidak ada sifat yang kekurangan. Ia ada, sedia kala, kekal, bersalahan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu, berdiri sendiri (bukan dijadikan oleh sesiapa, tidak memerlukan sesiapa atau apa-apa dari sekalian makhluk), Maha Esa, mempunyai sifat hidup, ilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat, berkata-kata; keadaanNya hidup, berilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan keadaannya berkata-kata. Ini sekurang-kurang yang perlu diketahui dan diyakini. Sifat-sifatNya tidak terkira.



Keenam, sekali lagi kita tegaskan, tauhid tiga kategori yang terpisah-pisah ini – tauhid rububiah asing, tauhid uluhiah asing, tauhid asma wassifat asing tidak ada dalam Ahlissunnah; sebab terasing tauhid yang tiga itu, mereka boleh berkata penyembah berhala ahli tauhid rububiah. Orang yang tak sempurna taatnya hanya bertauhid rububiah; orang berdoa di kubur hanya bertauhid rububiah-sebab itu maka semua halal darah dan harta mereka. Tauhid cara huraian seperti ini sudah tersebar dalam setengah IPT-IPT di Malaysia. Kalau ini tersebar dengan meluas dan pengaruhnya mendalam, percayalah, maka ia menjadi ‘sarang’ tempat bertelur dan membesar fahaman keganasan, anti-establishment, dan fahaman menentang pihak berotoriti yang tidak bersefahaman dengan mereka. Ini terbukti dalam wacana mereka (‘Tarikh najdin’, ‘Unwan al-Majdi’, dan ‘Kitab al-Syubuhat’ antara lainnya). Sesiapa yang memandang ringan tentang perkara itu –mengatakan itu tuduhan melulu, nanti dulu, itu helah setengah orang—akan menyesal dengan tidak berkesudahan. Dijauhkan Allah. Ia akan membawa kepada kerosakan akidah, mengancam keselamatan negara, dan konflik yang tidak berkesudahan, kemusnahan sistem negara, dan bila itu berlaku, dijauhkan Allah, kuasa luar akan menuduh negara kita pusat keganasan; dan pihak yang sinis, sebagaimana yang biasa berlaku, tidak akan membantu kita bila perkara buruk ini berlaku.



Dr Uthman ketika seminar Meja Bulat 1Malaysia anjuran JAKIM

( http://www.islam.gov.my/ )



Ketujuhnya di setengah IPT sudah ada pensyarah-pensyarah yang memaksa pelajar memberi huraian ini – bukan hanya untuk perbandingan akademik – dan kalau tidak berbuat demikian pelajar itu akan mendapat akibat yang buruk dalam ujiannya. Ini perlu diberi perhatian oleh pihak rasmi negara. Nampaknya ‘proses membuat rekrut’ juga ada berlaku, mungkin untuk gerakan akan datang; kita perlu berwaspada tentang hal ini dan jangan membiarkannya berkembang.



Kelapannya, natijah daripada ‘tauhid Wahhabi’ seperti itu maka mereka tidak memandang taat kepada ulil-amri itu sebagai kewajipan. Mereka dengan senang sekali keluar menentang ulil-amri, pihak berkuasa, ini jelas dalam sejarah dan teks-teks ajaran mereka, walhal dalam Ahlil-Sunnah kita tidak boleh keluar menentang, bermusuh dengan ulil-amri, ‘kecuali bila zahir daripada mereka kekufuran yang nyata’. Berwaspadalah wahai ulil-amri dan umat Islam Malaysia supaya umat dan agama serta negara tidak binasa. Jangan menempah penyesalan yang jalan kembali kepada kesejahteraannya sudah tidak ada lagi. Allahumma sallimna wal-Muslimin.



Kesembilannya, sebagai kesimpulan, ringkasnya kita tidak boleh bersikap naif dan membenarkan aliran Wahabiah ini diamal dan disebarkan dalam negara, termasuk memberi ‘tempat penting’ kepada orang Wahhabi. Kita tidak membenarkan Wahhabiah disebar kepada Orang Islam Malaysia yang bermazhab Ahlisunnah. Kita tidak menggangu orang Wahhabi yang asal pegangannya demikian (tetapi jangan ia kembangkan kepada orang Islam Malaysia yang bermazhab Ahlissunnah). Kalau tidak mereka yang terkena pengaruh ini akan berkembang bersama dalam aliran keganasan antarabangsa yang akan menganiaya Muslimin dan negara. Kita boleh ingatkan bahawa baru-baru ini dalam ‘Saudi Gazette’ ada berita bagaimana ada gerakan bahawa menteri di sana akan ditangkap, disembunyikan dan sesuatu akan dilakukan terhadap mereka yang menjalankan gerakan ini, dan memang mereka sekarang dalam berjaga-jaga. Orang yang sinis, yang menganggap dirinya ‘tahu semua’ memang akan mengatakan itu hanya ‘conspiracy’, sebagaimana yang biasa berlaku.



Penulis ini hanya dengan rasa ikhlas ingin menegaskan: berjaga-jagalah atas nama keselamatan negara dan keselamatan agama serta keamanan, supaya negara ini tidak menjadi ribut dan daif seperti kawasan-kawasan lain dalam dunia Islam. Wallahu a’lam.




sumber : http://blogtraditionalislam.wordpress.com/




Komen Tambahan : Maharaja Zhou telah menjawab satu persatu tulisan yang disiar di blog saya samada hasil sendiri atau dipinjam dari orang lain. Usaha keras beliau sangat bagus dan wajar diikuti Wahhabiy yang lain. Ia akan membuka ruang perbincangan secara ilmiah isu ini bukan berasaskan fitnah. Namun malang sekali saya dituduh menyebar fitnah walhal apa yang saya tulis berdasarkan apa yang saya kaji.



Beliau juga nampak bersungguh sungguh mempertahankan aliran wahabiy dengan membawa segala macam fakta dan juga jawapan. Baguslah kerana sangat jelas tokoh wahabi ulung di Malaysia iaitu Nik Aziz Nik Mat dibela dengan sepenuhnya oleh beliau. Jelas demi membela wahhabi beliau sanggup membela Nik Aziz yang menjadi punca kepada perpecahan umat Islam dulu hingga sekarang.



Saya nak tanya mudah saja kepada Maharaja Zhou kerana jika mahu diulas satu persatu segala hujjah yang dikemukan oleh sahabat saya itu, maka ia aka sangat panjang. Maka saya tidak mahu menjawabnya secara ilmiah kerana memakan masa dan masa saya pun tidak berapa lapang untuk tujuan tersebut disebabkan faktor faktor tertentu. Kecuali saya seorang ahli akademik yang sepenuh masa dengan buku dan laptop.



Saya nak tanya satu soalan pendek dan ringkas : kenapa ULAMA ISLAM menolak aliran WAHABIY ini sejak dulu hingga sekarang ?



Kalaulah betul hujjah yang dikemukakan oleh Maharaja Zhou maka kenapa IJMAK ULAMA telah mengharamkan fahaman sesat WAHABIY ini ?



Sila lihat kajian Penolong Pengarah di JAKIM di blog beliau senarai ULAMA MASYHUR DUNIA ISLAM yang mengharamkan aliran WAHHABIY ini di sini http://al-ghari.blogspot.com/



Harap Maharaja Zhou sudi jawab satu soalan pendek dan ringkas dari saya tentang hal ini. Terima kasih. Jangan lupa isu Wahhabiy hina keturunan Syed yang masih belum ada jawapannya oleh Maharaja Zhou.




Salam perjuangan untuk Malaysia dan Agama Islam sepanjang zaman !!!




(mohon maaf isu wahabi terpaksa dilanjutkan ekoran puluhan komen Maharaja Zhou yang menerjah dalam kotak komen blog Panglima - harap maklum)

13 ulasan:

Ana Salafi berkata...

Ramai sungguh wahabi dlm dunia nie, Imam Masjidil Haram pun Wahabi kan ?

apa hukum kita beimamkan mereka masa di Makkah ? Confius nie.

mahacu berkata...

Assalamualaikum Tuan,

Namun malang sekali saya dituduh menyebar fitnah walhal apa yang saya tulis berdasarkan apa yang saya kaji.

Terima kasih byk2 tuan. Saya memuji tuan kerana mengiktiraf usaha saya. Semua yg saya dapat adalah hasi kajian saya berasaskan Al Quran, Ahadith dan juga kata2 ulama2.

Saya mengatakan itu adalah fitnah berdasarkan satu cnth.

Si A dituduh tuan mencuri. Tapi, apabila saya menyelidik, rupanya B. tapi, tuan masih menyebut2 si A mencuri. Tidakkah itu fitnah.

Saya telah memberikan cnth yg Nik Aziz bukan Wahabi, tetapi tuan masih menyebut nik Aziz itu Wahabi, itu adalah fitnah.

Saya telah memetik fatwa dr mufti Arab Saudi, tapi tuan masih mengambil artikel ust Uthman Al Muhammady yg mengandungi bab suicide bombing. Ini adalah juga fitnah.

Baguslah kerana sangat jelas tokoh wahabi ulung di Malaysia iaitu Nik Aziz Nik Mat dibela dengan sepenuhnya oleh beliau. Jelas demi membela wahhabi beliau sanggup membela Nik Aziz yang menjadi punca kepada perpecahan umat Islam dulu hingga sekarang.

Seperti yg saya sebutkan dan buktikan, Nik Aziz adalah Deobandi. Jika ada jawapan yg peliknya, selain dr Deobandi, dia dapat di Azhar. jadi adakah Nik Aziz itu Wahabi kerana dia belajar di Azhar?

Tuan, tuan tahu sejarah PAS? Bukan Nik Aziz yg tubuhkan PAS, yg tubuhkan PAS itu pd Oktober 1951 adalah Hj Ahmad Fuad dan juga termasuklah Hj Ahmad Badawi, bapa Pak Lah dan anak Hj Abdullah fahim. Adakah mereka ini Wahabi?

Bg saya, menuduh Nik Aziz itu Wahabi seolah2 mengatakan Nik Aziz itu org terengganu.

Tuan, adab berblog terutamanya blog politik adalah berita mesti sahih. Tuan, jika berita tidak sahih, kita boleh tipu org lama mana di alam cyber ini?

Itu sebabnya tuan kena hati2, org boleh kaji, org boleh baca fatwa, boleh baca apa itu Wahabi, Asyairah, siapa Nik Aziz dan sebagainya. Jikalau, org tahu itu tidak benar, siapa yg akan percaya tuan.

Kesannya bukan pada tuan seorg. Org akan kata parti kita ni penipu. Sekali saja org tidak percaya, dia bukan sabit tuan seorg, tapi semua gol. Asyairah, dan malang sekali, saya jugak akan kena, sebab saya ni UMNO mcm tuan.

Tuan nampak tak kesannya?

Saya tak kisah kalau tuan kata, Wahabi ni tak baca yasin, tak baca tahlil, cakap2 sebegitu, tapi cuba mengaitkan benda yg takda. akhirnya org yg tahu, tak percaya kat kita.

Nak dpt seorg pengikut tegar blog kita yg baca tiap2 hari bukan senang tuan.Mcm org buka kedai makan, hati customer dalam bidang kita ni nak pastikan org dapat maklumat betul, dan sahih.

Saya terjah blog tuan ni bukan utk defend Wahabi saja, tapi maruah tuan di masa akan dtg, maruah saya, dan maruah parti sebab byk yg tuan tulis pasal Wahabi ini tidak betul dan fitnah.

mahacu berkata...

Saya nak tanya mudah saja kepada Maharaja Zhou kerana jika mahu diulas satu persatu segala hujjah yang dikemukan oleh sahabat saya itu, maka ia aka sangat panjang. Maka saya tidak mahu menjawabnya secara ilmiah kerana memakan masa dan masa saya pun tidak berapa lapang untuk tujuan tersebut disebabkan faktor faktor tertentu. Kecuali saya seorang ahli akademik yang sepenuh masa dengan buku dan laptop.

Ya, kita semua byk kekangan. Saya pun byk kekangan, tapi disebabkan fitnah pihak tuan yg perlu dibetulkan, saya terpaksa cari masa betulkan apa yg tuan tulis.

Tuan, kita ni ada pemegang taruh. pemegang taruh kita adalah pembaca kita, parti dan agama.

Bila kita nak cakap pasal satu gol. pastikan maklumat kita sahih. Kalau kita tak dapat jwb, dan lawan kita beri hujah munasabah, kita terima.

Saya ni mengkaji, saya dulu kaji ABIM, saya nampak tak betul. Saya kaji PAS, PAS tak betul. Saya kaji Wahabi, saya nampak munasabah. Saya kaji aliran asyairah, saya dapati meragukan. Jikalau Asyairah betul, saya takda masalah sokong Asyairah.

Saya dan keturunan saya bukan ada hutang budi, makan gaji, cari untung dengan Saudi, kerajaan perlis, dan shahidan kassim. Saya takda apa pun dengan mereka.

mahacu berkata...

Saya nak tanya satu soalan pendek dan ringkas : kenapa ULAMA ISLAM menolak aliran WAHABIY ini sejak dulu hingga sekarang ?

Kalaulah betul hujjah yang dikemukakan oleh Maharaja Zhou maka kenapa IJMAK ULAMA telah mengharamkan fahaman sesat WAHABIY ini ?


Assalamualaikum Tuan Panglima,

Ttg yg dikatakan ijmak ulama' itu kita kena tapis, apa sebenarnya ulamak itu cakap, benarkah dia kata sedemikian?

Dan juga apakah alirannya.Jikalau aliran ulama2 seseorg itu sufi, ada tariqat tariqat tertentu tentulah mereka tidak suka dengan gol.Wahabi yang mahukan ibadah terutamanya zikir2 itu mestilah terus dari amalan Rasulullah SAW. Syeikh Al Azhar yg baru adalah dr kalangan sufi.

Ttg Dr Ali Gomah, komen saya mudah saja, Mufti Arab Saudi mengatakan bahawa Wahabi mengutuk keganasan, jadi siapakah Wahabi yg dimaksudkan sebagai pengganas?

Mereka adalah Osama yg dihukumkan oleh Syeikh Bin Baz sebagai Khawarij.

Kita lihat dalam video Yusuf Al Qardhawi, dia merujuk kepada gol.masjid Ibn taymiyyah yg merupakan dr gol. takfiri. Perlu diingatkan bahawa mereka dikatakan sebagai gol, tahrir sedangkan gol. Hizbut tahrir dihukumkan sesat oleh gol. salafi bukan sahaja di Saudi tetapi juga di UK.

Begitu juga dengan kata2 bhw saudara Syeikh Muhamamd Abdul wahhab menentang beliau.hakikatnya, ya, tetapi kemudiannya dia telah bertaubat dan peristiwa taubatnya telah dirakamkan oleh Ibnu Bisyr dan Ibnu Ghannam yang hidup sezaman dengan Muhammad Abd Wahhab.

Ijmak ulama2 yg dimaksudkan mestilah memetik pendapat2 Wahabi yg dikatakan "sesat" tapi masalahnya, "kesesatan" Wahabi tidak dapat dibuktikan melalui Al Quran, hadith dan cnth salafusssoleh.

Yg jadi "sesat" sebab tak baca qunut, tak baca yasin, tak baca tahlil. Sedangkan perbuatan2 itu pun Nabi, para Imam yg 4 apatah lagi Imam Syafie pun tak pernah buat.

mahacu berkata...

Harap Maharaja Zhou sudi jawab satu soalan pendek dan ringkas dari saya tentang hal ini. Terima kasih. Jangan lupa isu Wahhabiy hina keturunan Syed yang masih belum ada jawapannya oleh Maharaja Zhou.

saya telah menjwb dgn panjang di posting sebelumnya di atas isu syed tak syed ini.Sila rujuk dan sila luluskan.

wallahu a'lam.

tentang pendapat Ustaz Uthman Al Muhammady, jika ada masa, saya jawab.

Debat ini antara saya dengan tuan, bukan antara saya dgn ustaz uthman Muhammadi.

mahacu berkata...

Mereka yang dari awal bermazhab dengan mazhab Wahhabiah ini jangan mengembangkannya kepada Orang Islam di negara ini.

pertamanya, seruan ini saya kena tambah. jangan pula org bukan Wahabiyyah menyebar fitnah terhadap gol. Wahabiyyah.

Kedua, rujuklah blog saya, ada artikel saya menyebarkan Wahabiyyah?Adakah pernah saya menyebarkan dakyah Asyairah itu sesat, Ahbash itu kufur? Tidak ada. Jadi, apa yg saya buat selama ini, bertepatan dengan seruan Uthman Muhammady.

Oleh itu, apabila org cerita tak betul ttg gol. kami apa yg saya buat adalah utk mempertahankan apa yg kami faham.

mahacu berkata...

Adakah kita berjaya kerana tidak membaca usalli? Tidak berselawat kepada nabi? Tidak bermazhab? Tidak membaca berzanji? Tidak berkunut? Tidak mengadakan tahlil arwah? Tidak berwirid selepas sembahyang? Ajaran ‘pembaharuan’ apa ini? Adakah ini pemikiran sejahtera? Maha suci Allah.

Saya nak tanya, adakah Nabi membaca usalli? Adakah nabi bermazhab? adakah Nabi mesti berqunut tiap2 kali solat subuh? Adakah Nabi buat tahlil, adakah Nabi berwirid dengan jahar.

Kita boleh mengeluarkan pendapat, tapi pastikanlah pendapat kita tidak menghina Rasulullah. Rasulullah berjaya dalam dakwahnya dan Nabi tidak pernah buat pun amalan2 tersebut. Imam Shafie pun tak pernah pun bertahlil arwah, dan berusalli.

Jadi adakah pembaca2 hendak membuat kesimpulan Nabi, dan Imam Shafie bukan gol. sejahtera?

Satu pemkiran yg amat berbahaya.

mahacu berkata...

Assalamualaikum Tuan,

Sebahagian saya telah jawab. Oleh kerana ia terlalu mengambil masa saya,jawapan kepada Ustaz Uthman Al Muhamamdy ada sebahagiannya terangkum dalam buku kecil Ustaz Rasul Dahri:

Wahabi! Wahabi!Wahabi!

Sebab itu kemudian mereka mengebom bank, membunuh orang yang tidak berdosa, membunuh ‘orang yang bertauhid rububiah’ sahaja.

rujuk komen2 saya yg lalu, Mufti Arab saudi dan ulama2 "wahabi" megharamkan suicide bombing.

Keempat, mereka berkata bahawa orang yang berdoa di kubur orang soleh dan meminta dengan keberkatan mereka supaya Tuhan menyembuhkan penyakit, mengangkatkan bala, itu syirik.

Rujuk buku kecil.

Ketiga, untuk menulis dengan ringkas, kita boleh tegaskan bahawa ajaran tauhid itu ada tiga, tauhid rububiah, tauhid uluhiah, tauhid asma’ wassifat yang dihuraikan oleh mereka itu bukan cara Ahlissunnah, itu cara Wahhabiah.

Rujuk Tafsir Ibnu kathir. Beliau sendiri memuatkan tauhid uluhiyyah, rububiyyah bila dalam tafsirnya ttg ayat Iyyaka na'budu dalam surah Al fatihah.

Rujuk link:

http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=35

Kelapannya, natijah daripada ‘tauhid Wahhabi’ seperti itu maka mereka tidak memandang taat kepada ulil-amri itu sebagai kewajipan. Mereka dengan senang sekali keluar menentang ulil-amri, pihak berkuasa, ini jelas dalam sejarah dan teks-teks ajaran mereka, walhal dalam Ahlil-Sunnah kita tidak boleh keluar menentang, bermusuh dengan ulil-amri, ‘kecuali bila zahir daripada mereka kekufuran yang nyata’

Ini merupakan fitnah yg nyata. Kesemua hujah di atas adalah hujah kami dalam mengatakan bahawa PAS itu tidak syari'e. Harus diingat bahawa taat kepada pemerintah adalah hukumnya wajib kerana terkandung dalam Sahih Muslim dalam babul Imara.

Malahan, Syeikh Abdul Aziz Al Syeikh mengatakan dalam khutbah jumaatnya pada 1 februari 2004 mengatakan bahawa, islam telah membenarkan hukum bunuh terhadap mereka yang cuba menjatuhkan pemerintah atau pemimpin Islam yg sah.

Jadi, kenyataan yang cuba mengaitkan Wahabi dengan usaha menjatuhkan pemerintah adalah suatu fitnah.

wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak Subuh berqunut,

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertahlil bagi yang berumur singkat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak wirid berjemaah lepas sholat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak membaca Yaasin malam Jumaat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak menyambut mawlid Pemberi Syafa'at;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertawassul berhajat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak bertalqin berkhairat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak berlafaz niat "usholli" waktu solat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia tak nak Tarawih 20 rakaat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
bukan kerana dia Wahhabi pekat;

TAPI!!!!!

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi memusuhi kita secara berselimut;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi mengkafirkan kita bulat-bulat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita ahli bid`ah lagi sesat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita khurafat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi menyembelih umat Islam di merata tempat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi kata kita tak ikut Qur`an dan Sunnah secara Salaf yang tepat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi halalkan darah kita atas alasan beraqidah Allah tanpa bertempat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi menghina dan mengherdik ulama-ulama kita ikut dia punya otak khianat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi tak biarkan kita beramal dengan aman sebagaimana Ulama' silam beribadat;

kita bermusuh dengan Wahhabi,
kerana Wahhabi berakidah yahudi bukan Islam yang hakiki dari langit;

wahai wahabi.......
لنا ديننا ولكم دينكم


petikan blog Leekubo

http://leekubo.blogspot.com/2010/07/bahasa-allah.html#comment-form

leekubo berkata...

sumber asal dr anon adalah petikan dr pasvspas.blogspot.com

leekubo berkata...

komen maha

Saya nak tanya, adakah Nabi membaca usalli? Adakah nabi bermazhab? adakah Nabi mesti berqunut tiap2 kali solat subuh? Adakah Nabi buat tahlil, adakah Nabi berwirid dengan jahar.

hanya ini lah hujah yg slalu sang wahabi gembar gembor kan pada satu masa dahulu...istifham sang maha adalah istifham inkari...

usahlah dijawab akan hujah ini..sang wahabi tidak akan menerimanya..kerana sang wahabi menyangka bahawa merekalah yg ittiba' sunnah 100%..

اولئك الذين ضل سعيهم فى الحياة الدنيا وهم يحسبون انهم يحسنون صنعا


bila melihat komen sang maha yg suka mengeluarkan hujah dr karangan2 penerus fahaman wahbi..teringat kpd kata-kata hassan khazbyak dalam sebuah karangannya :

bahawa Muhammad ibn Abd Wahhab pada ketika mudanya banyak membaca buku2 karangan ibn taimiyah dan lain2 pemuka yg sesat".

tersebut dalam tarikh, pernah terjadi perdebatan antara Muhammad ibn Abd Wahab dan saudaranya Sulaiman ibn Abd Wahab..

sulaiman bertanya kpd adiknya : berapa rukun islam?

muhammad : lima

sulaiman : tetapi kamu menjadikannya enam!!!

muhammad : apa ?!!!

sulaiman : kamu memfatwakan bahawa siapa yang mengikutmu adalah mukmin dan yang tidak sesuai dengan fatwamu adalah kafir.

muhammad : terdiam dan marah.

sesudah itu ia berusaha menangkap abangnya dan akan membunuhnya, tetapi sulaiman dapat lari ke makkah dan setibanya di makkah ia menggarang sebuah kitab panahan petir dr untuk menolak fahaman wahabi...

saya suka membuat pendahuluan komen dengan berkisar di umbi wahabi...

Unknown berkata...

membaca komen2 maha2020 , saya mendapat kesimpulan dia ni memang fanatik wahabi , wahabi totok , ..

perangai wahabi memang begitu , sekejap cakap lain , kejap cakap lain , dia memutar perkataan ikut sedap hati ,

sehingga tergamak bertanya , adakah nabi baca usolli ? adakah nabi wirid jahar , adakah nabi qunut ? bangang ke apa dia ni ..

nak tanya maha2020 , kenapa nabi baca syahadah 'Ashadu allaailaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasulullah ?

kenapa nabi tak baca 'wa asyhadu ana rasulullah ?

kenapa nabi cakap 'muhammad ' rasulullah , bukan 'saya' rasulullah ? sedangkan muhammad itulah nama nabi ?

tdk payahlah memandai berijtihad sekiranya diri belum mampu menggapai ilmu mujtahid ..

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih komen di atas.

kesimpulannya : ulama mana lebih muktabar antara ulama rujukan wahabi denga ulama rujukan aswj ?

itu sahaja.

wallahu a'lam.

Cari Blog Ini

Translate