Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Ogos 2010

EDISI KAMPUS - BANTAHAN BEKAS MPP MMU DAN EMAIL TERBARU PRESIDEN MPP MMU KEPADA PANGLIMA !

Sebentar tadi Panglima menerima email dari individu yang mendakwa mempunyai salinan surat bantahan dari bekas MPP MMU yang sedia maklum akan kerendahan moral Gavin Clement Fernando selaku Presiden MPP MMU 2010/2011. Menurut email ini usaha bekas MPP MMU itu adalah menuntut supaya pihak STAD MMU membuat siasatan semula berhubung kes ini sekiranya tidak percaya dengan dakwaan bahawa Gavin ini terlibat dlm perilaku curi laptop. Menurut email itu lagi surat bantahan ini turut telah dihantar kepada beberapa individu penting MMU antaranya Tun Hasmah menggunakan alamat Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).

Panglima sedikit keliru disini, jika HEP MMU tahu perkara ini kenapa mereka masih berdiam diri hingga kesaat ini tanpa mempedulikan rungutan serta bantahan yang dibuat? Pada pendapat Panglima, HEP MMU harus bertanggungjawab menjalankan siasatan bagi membersihkan nama Universiti Multimedia lantas meredakan keadaan. Ini HEP MMU dilihat seperti sengaja ingin mewujudkan persengketaan jangka panjang antara Gavin dengan mahasiswa yang tidak bersetuju dipimpin oleh seorang pencuri. Rugikah HEP MMU menjalankan siasatan bagi memuaskan hati warga universiti dan bukannya untuk tujuan menghukum mana-mana pihak. Boleh jadi dakwaan terhadap Gavin hanyalah fitnah dan boleh jadi juga dakwaan terhadap Gavin ini memang suatu kebenaran.

Sekiranya Panglima rujuk kepada Surat Bantahan ini, tiada apa yang menjadi masalah dalam kes Gavin ini kerana kes ini sudahpun didalam pengetahuan Pengarah HEP dan pegawai-pegawainya sejak dari pemecatan Gavin lagi pada 3 tahun lepas. Maka logik lah bantahan dibuat oleh sesetengah mahasiswa MMU yang tidak mahu nama baik universiti tercalar. Akal nakal Panglima terdetik seketika, adakah HEP MMU mendiamkan kes ini kerana tidak mahu dipandang rendah oleh mahasiswa MMU kerana kesilapan mereka merestui seorang pencuri bertanding didalam pilihanraya kampus MMU? Bukan susah rasanya untuk HEP MMU meminta maaf dan bukan susah juga rasanya mahasiswa MMU menerima maaf tersebut sekiranya HEP MMU meminta maaf dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Panglima juga sangat berharap agar Saudara Hafidz Osman selaku Presiden MPP MMU Melaka 2008/2009 yang memecat Gavin dari barisan kepimpinannya boleh tampil memberikan keterangan di blog Panglima ini MENGAPA & KENAPA beliau memecat Gavin pada sesi 2008/2009. Sekurang-kurangnya dengan keterangan yang dibuat maka makin ’clear’ lah kes ini dan diharap ia juga boleh menjadi titik tolak kepada suatu kebenaran. TAMAT.



DIBAWAH ADALAH EMAIL MR GAVIN PRESIDEN MPP MMU YANG TERBARU :


Greetings,

Saya berasa gembira dengan tindakan pro-aktif En. Panglima. Agak terkilan kerana saya bersangkan En. Panglima mungkin menjadi "bias" dalam isu ini. Selepas menghantar comment yang dianggap sebagai "ugutan". Saya cuba menghantar kebenaran ini dengan hasrat ianya tidak akan dipolitikkan. Namun, sebelum En. Panglima mendapat mesej ini, ada pihak yang menerima berita ini and mempolitikkan isu ini. Mereka mewawarkan isu ini seolah-olah terdapat kebenarannya. Sudah tentu saya telah mengenal pasti beberapa pihak yang cuba menimbulkan isu ini di mana mereka ingin menjejaskan imej saya.

Sekiranya En. Panglima mampu menjadikan blog ini sebagai tapak neutral, saya sangat sudi dan gembira dengan hasrat En. Panglima. Namun, saya juga berharap agar En. Panglima boleh bertukar cara melontarkan messege kepada pembaca di mana saudara melebelkan saya sebagai "si pencuri". Saya tidak akan bertindak kebudak-budakan di mana saya inginkan pernyataan memohon maaf. Saya rasa bermohon maaf adalah tidak perlu. Tetapi cara En. Panglima memaparkan mesej itu ada kalanya boleh membuat sesetangah pihak yang tidak bersalah menjadi beremosi.

Dengan itu, sekali lagi saya ingin berterima kasih dengan En. Panglima dengan mengendalikan isu ini dengan bersikap neutral.

(*Saya berminta maaf sekinaya bahasa yang digunakan ini mengandungi kesalahan tatabahasa dan meningung perasaan En. Panglima)

Warmest Regards.

============END MESSAGE===============

"Integration through Objectivity, Implementation with Sincerity"

Gavin Clement Fernando
President
Students' Representative Council 2010/2011
Multimedia University

H/P: +6016 6588220
SRC Melaka Office: +6 06-2523464
SRC Cyberjaya Office: +6 03-83125059
Official Email: president.srcmmu@gmail.com


ULASAN PANGLIMA :

DALAM HAL INI TIDAK ADA PIHAK BERSALAH HINGGA DIBUKTIKAN BERSALAH. PANGLIMA TIDAK INGIN BIAS KEPADA MANA MANA PIHAK DAN MEMBUKA PELUANG KEPADA SEMUA.

SEGALA PANDANGAN AKAN DISIARKAN UNTUK MEMBERI PELUANG KEBEBASAN BERSUARA KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENUDUH DAN DITUDUH.

EMAIL GAVIN JUGA DISIARKAN TANPA TAPISAN DEMI MEMBOLEHKAN BELIAU MEMBELA DIRI ATAS TUDUHAN TERSEBUT.

SEBENARNYA DALAM HAL INI PANGLIMA TIDAK INGIN MEMANJANGKAN ISU INI KERANA ISU LAIN MASIH BANYAK UNTUK DISENTUH.

NAMUN TANPA PENJELASAN YANG KONKRIT DAN DENGAN KIRIMAN EMAIL BERTALU TALU KE KOTAK EMAIL PANGLIMA SUDAH TENTU ISU INI TERPAKSA DISAMBUNG HINGGA SELESAI.

MUNGKIN ISU INI KECIL TETAPI BAGI PANGLIMA IA BESAR DEMI MEMASTIKAN TIADA MASALAH MORAL DI KALANGAN PEMIMPIN MAHASISWA YANG AKAN MENJADI PEMIMPIN NEGARA.

BAIK KITA BERTEKAK SEKARANG DARI MENYESAL DIPERINTAH OLEH MEREKA YANG KORUP DAN TIDAK BERMORAL.


MOGA TUHAN SELAMATKAN MALAYSIA DARI SEGALA BALA BENCANA FIZIKAL DAN MENTALNYA.


AMEN.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lahir d Malaysia, dah belajar hingga d peringkat Universiti... Presiden MPP .. Kasihan masih ada kelemahan tatabahasa dan ejaan sewaktu
menulis dalam bahasa Malaysia, namun punya peribadi baik memohon maaf atas kelemahan tersebut ... Hanya diri sendiri saja yang tahu samada kenyataan itu ikhlas atau TIDAK ikhlas

Tanpa Nama berkata...

"SEBENARNYA DALAM HAL INI PANGLIMA TIDAK INGIN MEMANJANGKAN ISU INI KERANA ISU LAIN MASIH BANYAK UNTUK DISENTUH.

NAMUN TANPA PENJELASAN YANG KONKRIT DAN DENGAN KIRIMAN EMAIL BERTALU TALU KE KOTAK EMAIL PANGLIMA SUDAH TENTU ISU INI TERPAKSA DISAMBUNG HINGGA SELESAI.

MUNGKIN ISU INI KECIL TETAPI BAGI PANGLIMA IA BESAR DEMI MEMASTIKAN TIADA MASALAH MORAL DI KALANGAN PEMIMPIN MAHASISWA YANG AKAN MENJADI PEMIMPIN NEGARA.

BAIK KITA BERTEKAK SEKARANG DARI MENYESAL DIPERINTAH OLEH MEREKA YANG KORUP DAN TIDAK BERMORAL."

Kenyataan panglima disini seperti tarik tali. Konon tidak mahu membesarkan tetapi ada maksud tersirat. Syabas panglima! Anda memang hebat bermain politik.
Terima kasih kerana membawa politik ke MMU.

Tanpa Nama berkata...

saudara panglima perang cyber, boleh berikan emel saudara dan hantar kepada anuarsafian75@gmail.com

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

give the position to someone that deserve for it..

Tanpa Nama berkata...

he definitely deserve the post more than u. MMu culture uses English widely.. Have u guys not seen him on TV?

Cari Blog Ini

Translate