Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label kampus(MMU). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kampus(MMU). Papar semua catatan

24 Ogos 2010

EDISI KAMPUS - BANTAHAN BEKAS MPP MMU DAN EMAIL TERBARU PRESIDEN MPP MMU KEPADA PANGLIMA !

Sebentar tadi Panglima menerima email dari individu yang mendakwa mempunyai salinan surat bantahan dari bekas MPP MMU yang sedia maklum akan kerendahan moral Gavin Clement Fernando selaku Presiden MPP MMU 2010/2011. Menurut email ini usaha bekas MPP MMU itu adalah menuntut supaya pihak STAD MMU membuat siasatan semula berhubung kes ini sekiranya tidak percaya dengan dakwaan bahawa Gavin ini terlibat dlm perilaku curi laptop. Menurut email itu lagi surat bantahan ini turut telah dihantar kepada beberapa individu penting MMU antaranya Tun Hasmah menggunakan alamat Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).

Panglima sedikit keliru disini, jika HEP MMU tahu perkara ini kenapa mereka masih berdiam diri hingga kesaat ini tanpa mempedulikan rungutan serta bantahan yang dibuat? Pada pendapat Panglima, HEP MMU harus bertanggungjawab menjalankan siasatan bagi membersihkan nama Universiti Multimedia lantas meredakan keadaan. Ini HEP MMU dilihat seperti sengaja ingin mewujudkan persengketaan jangka panjang antara Gavin dengan mahasiswa yang tidak bersetuju dipimpin oleh seorang pencuri. Rugikah HEP MMU menjalankan siasatan bagi memuaskan hati warga universiti dan bukannya untuk tujuan menghukum mana-mana pihak. Boleh jadi dakwaan terhadap Gavin hanyalah fitnah dan boleh jadi juga dakwaan terhadap Gavin ini memang suatu kebenaran.

Sekiranya Panglima rujuk kepada Surat Bantahan ini, tiada apa yang menjadi masalah dalam kes Gavin ini kerana kes ini sudahpun didalam pengetahuan Pengarah HEP dan pegawai-pegawainya sejak dari pemecatan Gavin lagi pada 3 tahun lepas. Maka logik lah bantahan dibuat oleh sesetengah mahasiswa MMU yang tidak mahu nama baik universiti tercalar. Akal nakal Panglima terdetik seketika, adakah HEP MMU mendiamkan kes ini kerana tidak mahu dipandang rendah oleh mahasiswa MMU kerana kesilapan mereka merestui seorang pencuri bertanding didalam pilihanraya kampus MMU? Bukan susah rasanya untuk HEP MMU meminta maaf dan bukan susah juga rasanya mahasiswa MMU menerima maaf tersebut sekiranya HEP MMU meminta maaf dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

Panglima juga sangat berharap agar Saudara Hafidz Osman selaku Presiden MPP MMU Melaka 2008/2009 yang memecat Gavin dari barisan kepimpinannya boleh tampil memberikan keterangan di blog Panglima ini MENGAPA & KENAPA beliau memecat Gavin pada sesi 2008/2009. Sekurang-kurangnya dengan keterangan yang dibuat maka makin ’clear’ lah kes ini dan diharap ia juga boleh menjadi titik tolak kepada suatu kebenaran. TAMAT.



DIBAWAH ADALAH EMAIL MR GAVIN PRESIDEN MPP MMU YANG TERBARU :


Greetings,

Saya berasa gembira dengan tindakan pro-aktif En. Panglima. Agak terkilan kerana saya bersangkan En. Panglima mungkin menjadi "bias" dalam isu ini. Selepas menghantar comment yang dianggap sebagai "ugutan". Saya cuba menghantar kebenaran ini dengan hasrat ianya tidak akan dipolitikkan. Namun, sebelum En. Panglima mendapat mesej ini, ada pihak yang menerima berita ini and mempolitikkan isu ini. Mereka mewawarkan isu ini seolah-olah terdapat kebenarannya. Sudah tentu saya telah mengenal pasti beberapa pihak yang cuba menimbulkan isu ini di mana mereka ingin menjejaskan imej saya.

Sekiranya En. Panglima mampu menjadikan blog ini sebagai tapak neutral, saya sangat sudi dan gembira dengan hasrat En. Panglima. Namun, saya juga berharap agar En. Panglima boleh bertukar cara melontarkan messege kepada pembaca di mana saudara melebelkan saya sebagai "si pencuri". Saya tidak akan bertindak kebudak-budakan di mana saya inginkan pernyataan memohon maaf. Saya rasa bermohon maaf adalah tidak perlu. Tetapi cara En. Panglima memaparkan mesej itu ada kalanya boleh membuat sesetangah pihak yang tidak bersalah menjadi beremosi.

Dengan itu, sekali lagi saya ingin berterima kasih dengan En. Panglima dengan mengendalikan isu ini dengan bersikap neutral.

(*Saya berminta maaf sekinaya bahasa yang digunakan ini mengandungi kesalahan tatabahasa dan meningung perasaan En. Panglima)

Warmest Regards.

============END MESSAGE===============

"Integration through Objectivity, Implementation with Sincerity"

Gavin Clement Fernando
President
Students' Representative Council 2010/2011
Multimedia University

H/P: +6016 6588220
SRC Melaka Office: +6 06-2523464
SRC Cyberjaya Office: +6 03-83125059
Official Email: president.srcmmu@gmail.com


ULASAN PANGLIMA :

DALAM HAL INI TIDAK ADA PIHAK BERSALAH HINGGA DIBUKTIKAN BERSALAH. PANGLIMA TIDAK INGIN BIAS KEPADA MANA MANA PIHAK DAN MEMBUKA PELUANG KEPADA SEMUA.

SEGALA PANDANGAN AKAN DISIARKAN UNTUK MEMBERI PELUANG KEBEBASAN BERSUARA KEPADA SEMUA PIHAK YANG MENUDUH DAN DITUDUH.

EMAIL GAVIN JUGA DISIARKAN TANPA TAPISAN DEMI MEMBOLEHKAN BELIAU MEMBELA DIRI ATAS TUDUHAN TERSEBUT.

SEBENARNYA DALAM HAL INI PANGLIMA TIDAK INGIN MEMANJANGKAN ISU INI KERANA ISU LAIN MASIH BANYAK UNTUK DISENTUH.

NAMUN TANPA PENJELASAN YANG KONKRIT DAN DENGAN KIRIMAN EMAIL BERTALU TALU KE KOTAK EMAIL PANGLIMA SUDAH TENTU ISU INI TERPAKSA DISAMBUNG HINGGA SELESAI.

MUNGKIN ISU INI KECIL TETAPI BAGI PANGLIMA IA BESAR DEMI MEMASTIKAN TIADA MASALAH MORAL DI KALANGAN PEMIMPIN MAHASISWA YANG AKAN MENJADI PEMIMPIN NEGARA.

BAIK KITA BERTEKAK SEKARANG DARI MENYESAL DIPERINTAH OLEH MEREKA YANG KORUP DAN TIDAK BERMORAL.


MOGA TUHAN SELAMATKAN MALAYSIA DARI SEGALA BALA BENCANA FIZIKAL DAN MENTALNYA.


AMEN.

Permohonan Maaf Presiden Mahasiswa MMU !!!




Di bawah ini salinan email Panglima kepada Mr Gavin selaku Presiden Mahasiswa MMU dan juga email beliau kepada Panglima.

Selamat Pagi.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih atas kiriman email Mr Presiden Mahasiswa MMU kepada Panglima. Ia sangat dihargai.

Meskipun agak terlewat dan memakan masa beberapa hari, namun kesudian saudara menghantar email dan sms kepada Panglima dialu-alukan walaupun tidak membawa mesej penjelasan yang saya harapkan.

Saya juga tidak mahu menimbulkan polemik dan mencemar mana mana individu dengan menyentuh isu ini tetapi sekadar mahu penjelasan dari pihak terlibat agar perkara ini akan selesai dengan baik dan harmoni..

Sebagai blogger kita terpaksa membongkar kisah 'bawah karpet' yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak. Bukan untuk membuka aib tetapi demi melihat kebenaran dan menutup kebatilan.

Panglima tidak ada agenda lain dalam hal ini dan DEMI TUHAN tidak mendapat apa apa imbuhan atau tawaran. Inisiatif ini demi untuk melihat Malaysia akan diterajui pemimpin yang bermoral dan tinggi akhlaknya. Samada mereka berugama Islam atau lain lain agama.

Hari ini sudah ada cubaan untuk mengangkat pemimpin tidak bermoral menjadi pemimpin tertinggi negara kita. Pemimpin juga banyak yang terbukti menipu samada mereka itu Melayu, Cina atau India atau lain lain bangsa... Hal ini tidak wajar dibenarkan berleluasa dan maka itu Panglima sebagai Blogger Pembela Negara (BPN) mahu perkara ini dihentikan bersama sama dengan sokongan anda semua.

Panglima yakin tidak ada orang tidak percaya Tuhan. Sebab itu Rukun Negara yang pertama yang diterapkan kepada kita semua sejak kecil ialah Kepercayaan kepada Tuhan.

Ini kerana setiap agama mempunyai nilai yang positif dan sudah semestinya mereka yang beragama perlu berpegang dengan nilai positif yang ada dalam ajaran agama mereka dalam melengkapkan diri sebagai seorang pemimpin.

Apabila ajaran murni ini dipraktikkan maka tentulah aspirasi kepimpinan negara kita agar semua rakyat dapat bersatu padu akan tercapai. Jika tidak tentu pergaduhan antara agama dan kaum akan tercetus dan semua orang akan rugi dalam hal ini.

Bayangkan jika ada pemimpin yang bakal lahir dari generasi anda yang korup dan tidak bermoral tentu mereka akan menggadaikan apa sahaja demi nafsu mereka. Mereka akan jual kepentingan negara kepada pihak asing, mereka akan menghalalkan perbuatan songsang demi kehendak kuasa asing, mereka akan membiarkan huru hara demi keuntungan pihak asing khasnya Barat.

Semua untuk hegemoni kuasa Barat yang rakus atas dasar kapitalis untuk menghirup segala peluang untuk menambah kekayaan mereka.

Mereka yang tidak bermoral itu pasti akan menyokong tindakan menghasut, menghina orang lain, mencabar kaum lain, menggalakan penentangan terhadap pemimpin negara, menganjurkan ceramah haram, mengajak demonstrasi haram dan sebagainya.

Saya terpanggil menulis isu ini kerana mendapat email dari pihak tertentu dan saya juga telah memohon penjelasannya dari anda dan MMU jika ia tidak benar. Jika dibiarkan tanpa penjelasan, seolah olah pihak yang terlibat dan tertuduh dalam hal ini telah mengiakan segala cerita yang ditulis oleh pengirim email tersebut.

Semoga kebaikan akan mengiringi hidup kita sebagai rakyat Malaysia dan marilah kita menyokong hanya pemimpin bebas skandal dan juga bermoral akan menjadi pemimpin kita untuk hari ini,esok dan seterusnya. Sebagai orang percayakan agama kita mesti membantu antara satu sama lain membina perpaduan dan memerangi permusuhan kalangan rakyat di bumi bertuah ini...

Maaf atas kelewatan membalas email anda.

Terima kasih sekali lagi atas kiriman email anda dan selamat berjuang menegak keadilan.....




From: Gavin Fernando
To: panglimaperangcyber@yahoo.com
Sent: Tue, August 24, 2010 1:42:57 AM
Subject: MMU

Greetings,

Terima kasih ke atas tindakan tangkas En. Panglima dalam mengemas kini blog tersebut.

Dengan ini saya ingin memberi tahu sekali lagi bahawa comment yang saya hantar terlebih dahulu bukannya sebarang ugutan mahupun cabaran. Sekiranya En. Paglima mengambil comment tersebut sebagai cabaran atau ugutan, saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf. Sekiranya saya menyingung perasaan sebarang pihak, saya sudi memohon maaf. Tetapi tidak sama sekali saya akan meletakkan jawatan saya sebagai Pengerusi MPP MMU. Ini kerana saya tidak melihat sebarang logik untuk saya meletakkan jawatan saya kerana isu yang dibangkitkan ini adalah khabar angin.

Sekiranya saya meletakkan jawatan saya, seolah-olah saya bersalah dan tunduk kepada isu ini. Sekarang inilah kebenarannya dan saya berharap agar En. Panglima boleh membuat pertimbangan yang positif terhadap isu negatif ini.

Sekian.

Warmest Regards.

============END MESSAGE===============

"Integration through Objectivity, Implementation with Sincerity"

Gavin Clement Fernando
President
Students' Representative Council 2010/2011
Multimedia University

H/P: +6016 6588220
SRC Melaka Office: +6 06-2523464
SRC Cyberjaya Office: +6 03-83125059
Official Email: president.srcmmu@gmail.com

21 Ogos 2010

Email dari Kampus : MANIFESTO,TIN ARAK DAN KEKASIH PRESIDEN MMU ?


MANIFESTO SI PENCURI ?

Saja merayau-rayau di FB tanpa tujuan, tiba-tiba teringat nama Presiden MMU 2010/2011 @ Pencuri laptop tu. Sesuatu yang menarik perhatian ialah terdapat juga MANIFESTO Pilihanraya. Dah macam Pilihanraya Umum pulak bunyi manifestonya.



Bagaimana Gavin ni nak memimpin dengan moralnya yang buruk tu? Tak malu ke Mahasiswa MMU mempunyai Presiden SRC yang buruk akhlaknya ? Penulis hanya mampu tersenyum bila mengenangkan betapa liciknya gavin memperbodohkan Mahasiswa MMU termasuklah Prof Dr Zaharin. Canselor MMU iaitu Tun Hasmah akhlaknya terbilang tapi Presiden MPP MMU 2010/2011 akhlaknya temberang.



Penulis TAK NAK TUDUH tapi Jolly Shandy bukan minuman yang memabukkan ke? Sesuaikah Mahasiswa mengambil minuman keras? Wajarkah seorang Presiden MPP mabuk-mabuk bersama rakan2nya? Tapi mungkin si Presiden ini tak minum tapi cuma bergambar sahaja.


kekasih Presiden MMU ? ermmmm no komen !







Komen Panglima : pada awalnya isu di kampus tidak menarik perhatian sangat memandangkan tidak ada kenalan atau blogger di sana kecuali di beberapa Universiti sahaja. Namun untuk membolehkan perkara ini dibincangkan dengan lebih jelas agar tidak ada perkara disembunyikan dari pengetahuan umum maka penyiaran email ini dibuat TANPA TAPISAN.

Dalam hal ini sesiapa dapat menjelaskan fakta yang disiarkan samada benar atau tidak, dapat menulisnya di ruang komen di bawah. Atau menghantar ke email Panglima. Kerana kita sangat terbuka kepada penjelasan semua pihak yang ingin menjelaskan lebih lanjut isu tersebut.

Bukan setakat di MMU, mana mana Universiti boleh juga menghantar isu isu yang berlaku di tempat mereka untuk mendapat perhatian umum semua pihak jika saluran saluran dalam sudah gagal digunakan. Panglima sedar adik-adik di kampus memerlukan blogger menyelesaikan isu isu yang timbul agar dipandang serius oleh pihak yang terlibat dengannya.

Kita tidak mahu di zaman siber ini masih ada beranggapan perbuatan mereka yang salah akan ditutup tanpa takut ia diketahui orang ramai. Sebagai pemimpin masa depan mahasiswa perlu memilih pemimpin yang bermoral walaupun dari kalangan bukan islam. Prinsip Rukunegara kita mesti dipegang iaitu ' Kesopanan dan Kesusilaan '

Mereka yang menjadi pemimpin peringkat mahasiswa perlu dipilih berlandaskan moral yang tinggi apatah lagi jika seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kualiti pemimpin perlu ditetapkan agar tidak akan wujud di negara kita pemimpin yang GAY atau LESBIAN seperti negara lain.

Selepas artikel ini disiarkan beberapa panggilan telah dibuat ke no hp Panglima tetapi tidak dapat dijawab kerana masalah bateri. Panglima mohon sebarang penjelasan dibuat secara email. Ini bukan bermakna Panglima tidak mahu bercakap dengan pihak yang menghubungi Panglima tetapi lebih baik ia ditulis dengan lengkap agar tidak menimbulkan kekeliruan kemudian hari.

Lihat respon pembaca artikel pertama bertajuk benarkah Presiden MMU pencuri (klik sini ) yang mendapat respon seperti berikut :

Anonymous said...

Adik saya dari Mmu melaka kata kes ini memang benar berlaku dan dah hangat dibincangkan dikalangan mahasiswa yg aktif berpersatuan tapi xde saper yg berani persoalkan kerana takut pada Zam. Takut nnt Zam ambil tindakan pada persatuan yg bangkitkan kes ini. Ada juga pendapat yg kata Gavin ni anak emas Zam. Saya mohon kebenaran penulis utk repost artikel ini di FB. Thanxx

Yb raz said...

hahaha orang tua berpolitik orang mudapun mahu juga..tapi inilah jadinya.

biasalah dalam hal macam ni, kalau ada kes tak baik selalunya pihak pentadbiran akan menutup mulut supaya nama universiti tidak tercemar. sekolahpun selalu buat begini.

fitnah dari pihak lawan pun mungkin juga. contoh terbaik adalah anuar ibrahim dan rpk.mereka selalu membuat fitnah terhadap umno.

masa belajar dulu, saya memang tak pernah ambil tahu pasal mpp ni. sebabnya bagi saya mereka ni bukannya boleh tolong apa apa.

dan masa yang singkat, 3 tahun membuatkan saya tak anggap mpp ni penting.lebih baik fokus pada study dari melayan politik kampus.

Anonymous said...

Daripada,
Pelajar MMU yg aktif dalam kelab.

Penulis memang bodoh..!! Kalau macam itu, Perdana Menteri kita juga harus didakwa kerana kes Altantuya walaupun ia hanya khabar angin..President MCA,Dr Chua Soi Lek juga perlu didakwa kerana kes beliau dan kes beliau mempunyai bukti yang kukuh..

Saya hanya ada satu soalan.. Seseorang itu tidak boleh insafkah, kalau melakukan sebarang kesalahan? Kenapa seseorang itu tidak boleh diberi peluang kedua?

Tapi, kes di MMU ini hanya khabar angin..apakah bukti untuk mempersalahkan Presiden MPP MMU itu?? kes ini disebarkan hanya untuk memperburukkan nama beliau. Permainan politik kotor yg ditunjukkan oleh sesetengah pihak kerana gila kuasa amat bodoh sekali..!! Keluar saja lah kalau tak boleh kerja dibawah seorang pemimpin yg diburukkan dgn nama"SI PENCURI"..

Anonymous said...

terlajak perahu,boleh diundur,terlajak undi..apa nak buat..

KAMI TUNTUT KEBENARAN!!!!

Anonymous said...

terlajak perahu,boleh diundur,terlajak undi..apa nak buat..

KAMI TUNTUT KEBENARAN!!!!

Nor Akmal said...

Salam,

To Anonymous:
saya nak buat clarification di sini on your statement "...Takut nnt Zam ambil tindakan pada persatuan yg bangkitkan kes ini. Ada juga pendapat yg kata Gavin ni anak emas Zam.."

Take it from someone who definitely knows him better than you do, En. Zam bukan jenis org mcm tu. Adil is one of his qualities. In fact, semua students anak emas En. Zam.

I know u're entitled to your own opinion but saya minta jasa baik anda utk berhati-hati ketika mengeluarkan fakta especially bile tak tau perkara sebenar yg dah berlaku. :)

Ada sebab why things happened when it happened.

-Bekas MPP MMU 2008/2009-

Cari Blog Ini

Translate