Panglima Perang Cyber / Cyber Warlords

YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence

Pengikut Blog Panglima

Pages

  • Laman utama
  • Biodata Panglima
  • Tulisan Panglima di Akhbar/Portal/Blog Lain
  • Live Streaming Makkah Madinah
  • Pengumuman
  • Blog/Website Ulama Terkenal Dunia
  • Islam Online
  • Live Streaming Parlimen
  • Radio Online
  • RSS Blog
  • Penafian / Disclaimer

Translate

Video Pilihan

09 Oktober 2010

PENAMPAR 'MAUT' KU LI KEPADA PAS - AGENDADAILY


Ku Li kembali dengan semangat juang rampas balik Galas



Oleh: ROSLI ISMAIL DAN LUKMAN ABDULLAH




PAS boleh lupakan hajat untuk melihat Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah 'buat perangai' menjelang pilihanraya kecil Dun Galas pada 4 November ini.


Sebaliknya Ku Li memberi tamparan awal pada Pas dengan mengumumkan sendiri beliau menerima tawaran untuk jadi pengarah pilihanraya kecil N45 itu dan akan turun padang sebagai ahli dan Ketua Bahagian Umno. 


Beliau yang kembali dari London pagi Sabtu mengadakan sidang akhbar di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelihatan ceria dan bersemangat untuk menghadapi pilihanraya tersebut.


Mengenai hasrat sesetengah pihak untuk melihat beliau menjadi calon BN di Galas, kata Ku Li, beliau tidak boleh memberi kepastian mengenai perkara tersebut. 


"Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan. 



"Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya sambil tersenyum penuh makna.


Turut hadir menyambut beliau ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. 


Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno mengakui Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional.



Menjawab soalan dari wartawan yang penuh sesak di bilik VIP itu, mengenai isu royalti minyak Kelantan yang cuba dimainkan oleh Pas kerana mereka sependirian dalam isu berkenaan , Ku Li tegaskan PAS sudah bawa kes ini ke mahkamah dan ia adalah subjudis untuk di sentuh dalam kempen nanti. 



Ku Li juga hanya menjawab dengan sinis tanggapan bahawa Pas boleh menang mudah di Galas dengan alasan undi untuk Ku Li bagi kerusi Parlimen di DUN Galas adalah rendah dari calon Parlimen Pas. 



“Kita tunggu 4 November ini,” kata Ku Li yang disambut dengan tepukan gemuruh dari kira-kira 50 orang penyokong beliau yang turut serta menyambut kepulangannya. 



Ku Li yang menjadi Ahli Parlimen Gua Musang dari tahun 1974 dan tidak pernah kalah di kawasan tersebut, biarpun penah keluar Umno untuk memimpin Semangat 46 satu ketika dulu. 



Mengulas mengenai kekalahan BN di Dun Galas pada pilihanraya umum lalu, kata Ku Li ia adalah sebahagian dari trend semasa (tsunami politik) waktu itu dan beliau yakin BN mampu menawan kembali kali ini.


Ku Li juga menafikan cakap-cakap beliau tidak boleh berkerjasama dengan Datuk Seri Mustapa Mohamad. "Saya boleh berkerjasama dengan sesiapa saja dari zaman Tengku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Datuk Seri Mustapa Mohamad sekarang ini," katanya tegas.



Sementara itu, Mustapa ketika ditemui wartawan kemudian melahirkan kesyukuran kerana Ku Li menerima perlantikan sebagai pengarah pilihanraya kecil itu sambil menyifatkan pertemuan pagi tadi sebagai pertemuan dalam suasana penuh kekeluargaan. 



Pilihan raya kecil DUN Galas bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaiman dari Pas pada 27 September lalu. 


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 4 November sebagai tarikh pengundian. -9/10/2010




TAMBAHAN PANGLIMA : KU LI CALON SESUAI UNTUK MENJADI MB KELANTAN JIKA PAS KALAH PRU AKAN DATANG.


SELAMAT BERJUANG KEPADA YB TENGKU RAZALEIGH (KU LI) DAN PARA BLOGGER KITA TERMASUK BLOGGER PEMBELA NEGARA AKAN SENTIASA BERSAMA ANDA 



GALAS AKAN TERLEPAS DARI TANGAN PASSSSS


SILA BACA BLOG PEMBANGKANG @ PAHANGDAILY YANG MULA MENFITNAH KU LI DENGAN ANDAIAN PALSU DAN FITNAH TANPA BUKTI DI SINI http://pahangdaily.blogspot.com/ 
disiarkan oleh : Panglima Perang Cyber pada 9:41 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Labels: KU LI

2 ulasan:

MEGAT berkata...

YANG TERSIRATNYA : JELAS UMNO SUDAH SEMAKIN TERDESAK UNTUK MENAMBAT HATI RAKYAT. UMNO TERPAKSA AKUR DENGAN KU LI KERANA UMNO TAHU HANYA KU LI SAHAJA YANG BOLEH MEMBERI SEDIKIT PELUANG UNTUK KEARAH KEMENANGAN., WALAU PUN KU LI TIDAK SEHALUAN DENGAN MEREKA DALAM KES ROYALTI. ....UMNO OH UMNO....... SUDAH KETANDUSAN PEMIMPIN YANG BERKALIBAR SEKARANG YE. KERNA TERPAKSA WALAUPUN BENCI, PURA -PURA SAYANG AJELAH. KEH..KEH..KEH.

Ahad, 10 Oktober, 2010
Bahtera Merdeka berkata...

Ku Li paling layak dicalonkan kerana pengalaman dan kedudukan beliau di hati rakyat Gua Musang.

Lebih jauh dari itu, Ku Li dilihat mampu mengubah trend mood rakyat Kelantan seluruhnya dlm PRU 13 kerana Ku Li masih diterima sebagai tokoh rakyat di Kelantan.

Pas akan menghadapi kesukaran sekiranya KU Li dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU 13.

Ahad, 10 Oktober, 2010

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Cari Blog Ini

Translate

Langgan

Catatan
Atom
Catatan
Ulasan
Atom
Ulasan

Online Visitor

Senarai Blog Pilihan Saya

  • KERENGGA
    Misteri gadis muntah cacing hidup terungkai
  • WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
    Adun Sabah didakwa di mahkamah, Rafizi ingatkan Anwar, 'Takut berakhir d...
  • PDO
    Ketua Polis Selangor Mengesahkan 'Tiada unsur khianat' Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights
  • Malaysia Dateline
    Kontrak Ahmad Shabery sebagai Pengerusi Felda tidak disambung
  • Malaysia Today
    SST, E-Invoice, and Rent Hikes. How Much More Can Rakyat Tahan?
  • rocky's bru
    It’s the job of the media to ask tough questions, not just the ones you like, Redzuan
  • apekinah.com
    HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” (2025) NOW AVAILABLE IN MALAYSIA
  • .
    Momen yang tidak akan terhilang
  • Dr MiM
    Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB - Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?
  • MalaysiaGazette
    Lelaki miliki 37 rekod jenayah samun kedai runcit ditahan
  • HASRULHASSAN.COM
    Cara Mudah Masak Lemang di Rumah
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
  • Suara Melayu Baru
    Hadi Awang Pernah MENSABOTAJ Usaha Kerajaan Merealisasikan RUU355
  • The Scribe A Kadir Jasin
    Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
  • indah.com
    Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu
  • Ameno World
    Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
  • DIALOG RAKYAT
    ‘Pakar’ senjata api buatan sendiri ditahan di Beaufort
  • SnapShot
    Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin?
  • BUMI YANG TERCINTA (2)
    “SYAITAN” TIDAK MAHU ANDA MELIHAT KEINDAHAN MATAHARI TERBIT.
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN

Engin Carian Blog

User online





Hits Blog

Popular Posts

  • Update - Edisi Khas : Debat Perdana BNM vs BPN Malam Ini ~ Malaysiakini
  • Komen saya tulis di blog setiausaha Presiden PAS tentang cerita WAHID ENDUT menangis
  • Edisi Petang - Cabaran Debat Diteruskan Malam Ini antara BPN dan BNM ~ Malaysiakini
  • Edisi Pagi : Ulama perlu menjadi Penasihat Umarak ( Pemerintah ) -Malaysiakini
  • Sultan Kelantan Adalah Keturunan Ke 35 Keluarga Rasulullah SAW | TV14
  • Panassss : Gambar Marina Anak Mahathir & Nori Bini KJ Di Program NGO Sisters In Islam - Pejuang Liberalisme di Malaysia
  • 5 Fakta Menarik Perbicaraan Kes Zahid Hamidi ( 2018 -2021)
  • Penjelasan Kesahihan Artifak Rasulullah saw Oleh Prof Manan Embong
  • Mesti Sebar : Kita Mesti Sekat Bible Di Hotel Malaysia Berdasar [Kuasa Perlembagaan Malaysia 11 (4) ]
  • Edisi BPN : Surat untuk Sekupangdua dan sahabat rakan blogger alam siber !!!

Twitter

Tweets by @panglima_cyber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

About Me

Panglima Perang Cyber
Lihat profil lengkap saya

Penafian

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di sini.tq
Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.