Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Oktober 2010

Jawapan di Parlimen 5 Soalan Pembangkang Isu Pengetua Dicop Rasis & Perkauman


Tuan Lim Guan Eng ( Bagan ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas pengetua dan guru sekolah di Kulai, Kedah dan Pulau Pinang yang menghina pelajar India sebagai anjing dan pelajar Cina balik ke China.

Dato’ Seri Nizar bin Jamaluddin ( Bukit Gantang ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang diambil ke atas pengetua sebuah Sekolah Menengah di Kulaijaya, Johor dan sebuah sekolah lagi di Sungai Petani, yang mengeluarkan kenyataan menghina pelajar Cina dan India di sekolah tersebut baru – baru ini.




Tuan Mohamed Azmin bin Ali ( Gombak ) minta PERDANA MENTERI menjelaskan apakah status penyiasatan terhadap Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman , Kulai yang dilaporkan membuat kenyataan bersifat perkauman di hadapan para pelajar.

Tan Sri Datuk Dr. Fong Chan Onn ( Alor Gajah ) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah tindakan akan diambil untuk memecat pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra serta Sekolah Menengah Bukit Selambau kerana kenyataan mereka yang berunsur rasis terhadap murid – murid di sekolah mereka.

Tuan Nga Kor Ming ( Taiping ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apa tindakan dan surcaj yang akan diambil terhadap Pengetua SMK Bukit Selambau , Kedah dan Pengetua SMK Pulai Jaya , Johor yang mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman yang menghina pelajar – pelajar kaum Cina dan India di sekolah – sekolah tersebut.


JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,

Saya mohon izin supaya soalan YB Bagan ini dijawab bersekali dengan soalan daripada YB Bukit Gantang ( 18 Oktober ), YB Gombak ( pada I November 2010), YB Alor Gajah ( pada 29 November 2010) dan YB Taiping ( pada 6 Disember 2010) kerana ia berkaitan perkara yang sama.

Tuan Yang di Pertua,

Kerajaan sedar bahawa sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitivity kaum dan agama. Kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan sama sekali tidak akan bertolak ansur ke atas perbuatan tersebut walaupun bilangan terlibat amat kecil berbanding 1.2 juta orang pegawai awam. Kerajaan akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini. Kerajaan member jaminan akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pegawai terbabit berasaskan peruntukan undang – undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

Insiden – insiden yang melibatkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian Kerajaan.Malah pihak petadbiran Kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan berlaku apa –apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada pegawai awam yang merupakan golongan pelaksana dasar – dasar Kerajaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 mengenai Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Yang Mengeluarkan Kenyataan Menyentuh Sensitiviti Kaum dan Agama. Langkah ini adalah sebagai peringatan tegas dan serius Kerajaan kepada semua penjawat awam agar tidak membuat apa –apa kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama dalam apa –apa keadaan sekalipun . Kerajaan juga telah memutuskan supaya mana – mana pegawai yang didapati berbuat demikian, akan digantung daripada menjalankan tugasnya serta – merta sementara menunggu siasatan dijalankan.

Tuan Yang di Pertua,

Mengenai tindakan ke atas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, pengetua yersebut kini sedang dalam prosiding tatatertib berdasarkan Peraturan – peraturan Pegawai Awam ( kelakuan dan TYatatertib) 1993. Tindakan ini diambil kerana pihak Kerajaan mengambil kira factor bahawa pengetua tersebut telah membuat empat kali permohonan maaf dan menarik balik ucapannya kepada pihak terlibat iaitu semasa perhimounan mingguan, di Bilik Gerakan Sekolah semasa pertemuan dengan guru bukan Melayu ( sesi pagi), dikantin sekolah dan dari kelas ke kelas.

Pengetua tersebut telah dihadapkan dengan tiga (3) pertuduhan kerana membuat pernyataan yang menyentuh sensitivity kaum dan berbaur perkauman . Surat pertuduhan terhadap pegawai telah pun dikemukakan dan pegawai diberi peluang untuk membela diri selama 21 hari. Apabila pegawai mengemukakan representasi bertulis, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No.1) akan bersidang dan memutuskan hukuman tatatertib terhadap pegawai sekiranya didapati bersalah.

Dalam tempoh prosiding tatatertib berjalan, pegawai telah digantung daripada menjalankan tugasnya dan pegawai ditempatkan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor berkuatkuasa pada 23 Ogos 2010.

Sementara itu, bagi Pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, beliau telah diberikan amaran oleh pihak kementerian Pelajaran Malaysia.Pegawai juga telah memohon maaf secara terbuka kepada pihak terlibat di atas ucapan berbaur perkauman yang dilakukannya. Pegawai telah digantung daripada menjalankan tugasnya dan kini ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda berkuatkuasa pada 23 Ogos 2010.

Sekian,Terima Kasih.



http://politikputramerdeka.blogspot.com/2010/10/parlimen-soal-jawab-lisan.html


Komen anda ?



Komen Panglima : sejauh mana siasatan dibuat terhadap pengetua atau guru Cina dan India yang bercakap dalam bahasa mereka dan berbaur perkauman ?

Sejauh mana pihak tertentu memantau perkara ini ?

Adakah ada pembelaan terhadap nasib dua pengetua yang diserang ahli politik di atas ?

Kenapakah satu demi satu orang Melayu yang menjadi pegawai/penjawat awam dalam kerajaan diserang 'kiri kanan atas bawah' oleh pemimpin pembangkang yang cukup anti pejuang hak hak Melayu dalam Perlembagaan ???

Kenapa kita pula asyik 'lembik leher' dengan puak pelampau ini sampai dipijak kepala kita sesuka hati mereka ?

Apa nak jadi pada bangsa dan negara kita jika kita masih melihat tanpa membuat apa apa ?

Siapa bersalah dalam hal ini ? Sudah pasti PAS yang sanggup bersekongkol dengan PKR DAP adalah munafiq paling jelas dalam bab ini !!! Demi kuasa mereka sanggup tuduh Melayu Islam rasis dan perkauman....

Ayuh kita bangkit saudara/i ku sekelian, mari kita melawan petualang Pakatan Rakyat yang sudah jelas mencari jalan melemahkan orang Melayu Islam dalam negara kita demi menjatuhkan imej dan semangat bangsa Melayu Islam dengan bantuan puak asing dari serata dunia.


Tonggak kekuatan Melayu Islam pertahanan terakhirnya di Malaysia dan jika runtuh entah bila ia akan dapat dibina kembali.

Jangan sampai air mata darah mengalir seperti mana yang telah berlaku di negeri mereka kuasai hari ini di Pulau Pinang, Selangor yang menyaksikan kezaliman demi kezaliman berlaku tak ubah seperti di Palestin.

Moga Allah memelihara kita dengan berkat 'keramat' semangat Anbiya dan Awliya dari dulu hingga kiamat.


Al Fatihahhhhhh !!!




Baca juga tulisan 'rasis' di bawah untuk tambah kesedaran kita sebagai rakyat Malaysia !


Kenapa Melayu sahaja yang salah?
Oleh - Abd Jalil Ali


Saya lahir sebelum merdeka di sebuah kampung terpencil dalam daerah Muar, dan membesar dalam suasana masyarakat majmuk, tanpa sebarang masalah. Baik di sekolah atau di luar sekolah kawan-kawan saya terdiri dari berbilang kaum – Cina, India, Benggali, Jawa dan lain-lain. Sekali lagi, tidak ada masalah. 

Kita berkawan tanpa batasan kaum dan warna kulit. Malah, agama juga bukan penghalang. Memang, dari semasa ke semasa kita bergaduh, dan saling kata-mengata. Tetapi lepas ‘tidak kawan’ dua tiga hari, kita akan baik semula dan bermain seperti biasa. 

Melayu dicap sebagai ‘bodoh makan belacan’. Cina dikata ‘berak tidak cebok’. Kawan-kawan India pula digelar ‘kicap’ atau ‘manggis’. Dan, ada ‘branding’ khas diberikan kepada orang Jawa yang menjadi penduduk majoriti di tempat saya: ‘Wak Tempe’. Tidak kira yang tua atau kanak-kanak, lelaki atau perempuan, orang Jawa akan digelar seperti itu. Dulu-dulu tempe dianggap makanan paling koman. Siapa sangka kini tempe mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah satu sumber protein utama. 

Tanpa prejudis dan tidak ada berasa hati atau dendam, baik Melayu, Cina, India, Jawa menerima panggilan dan gelaran seperti itu sebagai perkara biasa. Sebenarnya ada gelaran-gelaran yang lebih teruk, kalau saya tulis sekarang pasti ada orang buat laporan polis, dan tidak fasal-fasal saya disiasat. 

Dulu gelaran-gelaran itu tidak pernah menjadi punca pergaduhan kami. Dalam majlis-majlis rasmi seperti kenduri kahwin, mesyuarat PIBG dan perayaan-perayaan kaum pun panggilan dan gelaran itu disebut untuk mengeratkan lagi persahabatan. 

Itulah ‘1Malaysia’ zaman saya kanak-kanak lebih setengah abad lalu! Walaupun belum wujud dan tidak diuar-uarkan dalam iklan siang malam, semangat kekitaan itu sudah meresap di jiwa tanpa mengira kaum. 

Hari ini setelah sekian lama merdeka, gagasan ‘1Malaysia’ terpaksa diwujudkan – dan diiklankan pagi petang siang malam hampir di mana sahaja – untuk menimbulkan rasa cinta dan harmoni masyarakat majmuk moden kita. Hairan makin lama merdeka kita seolah-olah makin renggang. 

Hari ini kita tidak boleh sembarangan mengecap atau menggelar satu-satu kaum. Sikit sahaja kita tersilap cakap, ada pihak akan melenting, dan kita akan disiasat polis. Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, dituduh rasis hanya kerana dia menyebut Cina sebagai ‘Si mata sepet’ dan India sebagai ‘Si botol’. 

Kenyataan itu yang dibuat pada satu majlis tertutup telah disiarkan di sebuah laman portal berita. Bagaimana perkara tertutup boleh disiarkan media? Patut sekali wartawan dan pemilik media tersebut disiasat, manalah tahu kalau-kalau ada muslihat di sebalik penyiaran perkara yang sepatutnya rahsia itu. 

Tetapi, yang kena gasak ialah pegawai BTN berkenaan. Kepimpinan tertinggi cepat sahaja mengarahkan siasatan dilakukan secara terperinci. Laporan polis pun dibuat. Siasatan dalaman dilakukan, macamlah pegawai berkenaan telah melakukan satu jenayah besar. 

Bukanlah saya menyebelahi Hamim. Tidaklah juga saya menyokong mana-mana pihak yang suka mengecap atau menggelar satu-satu kaum dengan gelaran-gelaran yang dikatakan rasis. Kalau betul kita tidak boleh lagi menerima gelaran ‘kicap’, ‘sepet’, ‘Wak Tempe’ dan sebagainya, semua orang mesti tidak boleh menyebut perkara itu. 

Masalahnya ialah kita seperti bertindak tegas sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang Melayu. Sebelum kes pegawai BTN yang malang itu, beberapa orang kita, termasuk seorang pegawai khas Perdana Menteri, juga beberapa orang guru, telah diambil tindakan kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan rasis. 

Seperti yang dilaporkan media, seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berbangsa Melayu telah dihadapkan ke mahkamah kerana menulis komen yang dikatakan berunsur perkauman di Facebook. 

Tetapi, betapa pula halnya jika yang mengeluarkan kenyataan negatif itu orang bukan Melayu. Sebagai contoh Katy Lim Li Nian yang terang-terang menghina Islam di internet, termasuk di laman sosial Facebook. Tidakkah itu dianggap menghina kaum juga? Sebenarnya itu lebih teruk dari menghina kaum. Kenapa pihak berkuasa tidak cepat bertindak dalam kes ini? 

Dan betapa halnya dengan Wee Meng Chee, atau nama penanya ‘Namewee’ yang pernah tidak lama dulu dimaafkan kerana menghina lagu kebangsaan ‘Negaraku’, tetapi baru-baru ini berani pula mengeluarkan kenyataan yang lebih menghina menerusi internet. Laporan polis telah dibuat ke atasnya, tetapi apa tindakan selanjutnya? Bila pula dia akan dihadapkan ke mahkamah? Atau, apakah dia akan sekali lagi dimaafkan? 

Saya bersetuju siapa sahaja yang melakukan tindakan, dan mengeluarkan kenyataan berbau rasis, patut dihukum. Tetapi, janganlah dalam menghukum kita seperti berat sebelah. Janganlah tindakan diambil hanya jika yang rasis itu orang Melayu. Orang bukan Melayu yang rasis pun perlu dikenakan tindakan. Lagi pun apa bezanya Namewee dan Katy dengan Hamim? Saya harap saya tidak dianggap rasis dengan tulisan ini.









3 ulasan:

Penyokong berkata...

Mohon promosi blog kami. terima kasih.

- Galas untuk BN -

Wake UP! berkata...

Kalau ingin adil kerana tindakan sudah diambil terhadap 2 pengetua itu, maka tindakan juga harus diambil terhadap kaum lain yang rasis.

Panglima Perang Cyber berkata...

galas utk BN [ mana alamat blognya ?


wake up : u r right sir

Cari Blog Ini

Translate