Itu yang Panglima mampu ucapkan apabila menerima sokongan kiri kanan dalam hal membantu AIDC yang ketenatan kewangan mereka. Meskipun belum sampai lagi sumbangan menurut pihak AIDC semalam tetapi Panglima yakin ia memakan masa. Apatah lagi bukan semua kita mampu memberikan dana kepada AIDC di waktu tengah bulan tanpa gaji.
Pihak AIDC juga rakam jutaan terima kasih kepada sahabat semua yang sudi gerakkan kempen ini dengan menulis sokongan mereka di blog Panglima termasuklah meletakkan logo kempen SAVE AIDC ini blog masing-masing..Ada yang sms seperti saudara HALIM membuat komitmen akan menggunakan duit petrolnya untuk memberi sumbangan bulanan kepada AIDC. Terima kasih En Halim...
Lebih mengharukan Blogger Papagomo dan Azlishukri turut 'blast sms' dan Panglima yakin blogger yang lain turut sama menyebarkan sms memohon agar pihak yang berharta dan berada dapat membantu blogger AIDC. Blogger lain juga disms oleh Panglima yang mungkin belum menyedari kempen SAVE AIDC sedang marak menyala di alam siber ketika ini...Dalam hal ini kita bukan mahu nama kita dikenang tetapi kita yakin perbuatan kita akan dipandang oleh Allah dan dibalas olehNYA dan satu hari nanti kita juga akan memerlukan pertolongan orang lain jika dalam kesusahan. So, jangan sombong !
Bukan kita tidak mahu meminta kepada Kerajaan yang diperintah oleh UMNO tetapi demi menaikkan semangat jihad berjuang menentang musuh Allah yang memutarbelitkan agama serta bersekongkol dengan kafir harbi yang memusuhi agama kita maka tidak dapat tidak sumbangan jihad ini perlu dilancarkan bersama dengan meminta bantu rakyat yang telah sedar bahaya golongan PAS PKR DAP yang sanggup gadaikan kepentingan agama, bangsa dan negara demi KUASA POLITIK mereka.
Jika Perdana Menteri kita juga sanggup menghulurkan bantuan agar keamanan negara lebih terjamin dengan sumbangan blogger siang malam di alam siber maka kita sangat menghargainya.....
Alangkah baik jika semua antara kita dapat berjumpa secara langsung dengan Perdana Menteri menyuarakan hasrat agar kita dijaga di bawah kementerian atau yayasan yang khusus demi menyusun serangan lebih teratur lagi menyerang pengkhianat siber yang ingin rosakkan nama baik PM kita termasuklah ahli keluarga beliau.
Semangat kita juga akan lebih membara apabila roh jihad ini dibantu dengan dana infaq dari tuan puan yang mempunyai kelebihan duniawi demi memastikan perjuangan mulia ini tidak akan terhenti akibat masalah kewangan. Jika tidak maka bersedialah kita diperintah oleh golongan yang jelas membawa fahaman karut yang boleh merosakkan agama,bangsa dan negara kita. Penjajahan versi moden pasti terjadi jika Pembangkang berjaya menipu rakyat dan berjaya kuasai negara sampai ke Putrajaya...
Sekali lagi Panglima sangat yakin AIDC akan membantu blogger lain yang mengalami masalah kewangan jika mereka diberikan dana yang sangat besar. Pengalaman Panglima bertemu pengendali AIDC menguatkan keyakinan kepada diri Panglima bahawa mereka orang yang boleh dipercayai jika diberikan amanah tersebut. Ia akan menyelesaikan perkara yang timbul sebelum ini (gosip kot ) seperti penggunaan nama blogger untuk tujuan mendapat dana yang akhirnya digunakan untuk kepentingan peribadi bukan untuk blogger yang ikhlas berjuang demi masa depan umat Islam Melayu
Kepada blogger yang belum menyertai kempen ini bolehlah letakkan logo selamatkan AIDC seperti di bawah ini agar kita dapat tarik perhatin umat Melayu Islam yang telah kaya raya bagi menyertai gerakan kita di alam maya menentang musuh negara.
Takbir !!!
Kepada AIDC ada cadangan diletakkan akaun Maybank2u untuk menyenangkan blogger transfer duit...
Senarai terbaru :
http://waadat.blogspot.com/2010/11/anwaribrahimdotcom-aidc.html
http://www.kitagempur.com/index.php?
pakmie.blogspot.com/2010/11/kempen-selamatkan-aidc-blog.html
http://garamanis.blogspot.com/2010/11/gempar-blog-aidc-ditutup-anwar-ibrahim.html
http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2010/11/kempen-save-aidc.html
http://ulatdankulat.blogspot.com/2010/11/jom-sahut-save-aidcmusnahkan-si-peliwat.html
http://irs-hursaini.blogspot.com/
http://qasehnuryz.blogspot.com/2010/11/tentang-aidc.html
http://betoika.blogspot.com/
http://anakbukitgantang.blogspot.com/
http://tersenarai.blogspot.com/
http://wadahkelanajaya.blogspot.com/?zx=8198777cfe2ecaa9
tambahan terbaru jam 11.53 pagi
http://rajahmas.blogspot.com/2010/11/kempen-selamatkan-aidc.html
http://lydiausm72.blogspot.com/2010/11/support-100-kita-mesti-selamatkan-blog.html
http://badutrakyat.blogspot.com/2010/11/support-100-kita-mesti-selamatkan-blog.html
http://warisantamar.blogspot.com/2010/11/selamatkan-aidc.html
http://aku-peduli-apa.blogspot.com/
Kepada yang tercicir nama blognya sila tulis dalam komen di bawah... terima kasih !!!
5 ulasan:
salam bro, kwn tercicir..
insyallah...AIDC akan berjaya `diselamatkan'...
AIDC blog sumber
Blog saya turut menyokong usaha murni Panglima.Salam
terima kasih kepada semua sahabat...
moga misi kita berjaya.
Catat Ulasan