Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 November 2010

Mesti Tengok Video 3 Pemimpin PR Anti Kebebasan Media @ Aziz @ HARAKAH + Anwar @ AGENDADAILY + Azizan @ RTM

MB Kedah marah wartawan hingga melarang wartawan buat liputan adalah tindakan Pakatan Rakyat sejak dulu lagi.

Mereka pernah lancar kempen boikot Utusan TV3 dll bukti kebebasan bersuara mereka perjuangkan hanya indah khabar dari rupa.

Indah bila tidak kena batang hidung, buruk bila kena batang hidung sendiri.

Penulisan berita seperti Utusan dll tidak sama seperti blog kerana ia lebih berintegriti dan tinggi kualitinya.

Soalan fakta dimanipulasi, atau berita berbentuk provokasi lain cerita.

Jadi apabila peguam PAS kritik Ustaz Azizan maka saya kira Hanipa Maidin sudah nyanyuk ingatannya.

Adakah ini satu cara untuk jatuhkan MB Kedah sekarang dan naikkan calon lain lebih berwibawa.

Dalam fasa 2-3 tahun ini tidak mustahil beberapa pertukaran besar akan berlaku.

Serangan pemimpin muda dalam PR kepada pemimpin lama PR mungkin strategi untuk PRU 13 akan datang.

Bayangkan Husam jadi MB Kelantan (atau Nik Amar) atau Hanipa Maidin MB Kedah atau Azmin MB Selangor, tentu agak sukar bagi BN mengatasi tenaga muda mereka.

Soal cerdik soal lain pula kerana tidak ramai orang muda cerdik dan ramai orang tua pun pandai juga otak mereka.

Kalau tidak tentu Nik Aziz tak akan kekal sampai hari ini. Tengok cerdiknya Nik Aziz selepas video 'mu mampus' tersebar semasa perbalahannya dengan Ust Mohd Nor Idris maka beliau dihebahkan telah ke Mekah.

Samada kebetulan atau tidak ia menunjukkan Nik Aziz masih tinggi siasahnya walaupun sudah tidak ada daya...

Kadangkala ada orang badang tidak sihat tetapi otak jahatnya merosakkan hampir seluruh umat.


Apa komen demo pandangan kawe ni ?


Untuk baca kenyataan Hanipa Maidin sila tengok di blog ini


http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/11/hanipa-maidin-larang-media-tindakan.html



Ulang tayang video Ustat Azizan marah wartawan, Nik Aziz marah bekas kawan dan Anwar marah wartawan Agendadaily

Video 1 : Anwar marah wartawan RTM dan AgendaDaily






Video 2 : Ustaz Azizan marah wartawan RTM TV3




Video 3 : Nik Aziz marah wartawan Harakah

2 ulasan:

PEJUANG BANGSA berkata...

Pemimpin PR ni memang kaki belit bro.Wartawan tanya dia meradang pulak.Yang si Anwar pulak orang tanya, dia tanya balik.Kalau dah rasa bersalah tu macam tu la bro.Apapun PRU akan datang kita buat mereka terduduk sampai tak boleh bangun lagi.

Tanpa Nama berkata...

Lirik Lagu Mabuk - Spider

Sepuluh sembilan
Katamu satu pun tak boleh pakai
Sepuluh sembilan
Janjimu satu pun tak boleh pegang

Dunia dan apa isinya
Hanya kau punya
Segala-gala kau dah ada
Tak cukup kau masih minta tambah

Mabuk bukan mabuk
Mabuk nama mabuk cinta mabuk kuasa

Sepuluh sembilan
Bertemu tak satu bukan khayal
Sepuluh dan sembilan
Putihmu tak satu bukan sihir

Rembulan dan sinar cahaya
Pada yang kau puja
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Rembulan dan sinar cahaya
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

http://www.youtube.com/watch?v=rRX9OKmyrE8&feature=related

lebih kurang cam nie laa depa nie

Cari Blog Ini

Translate